Zed Zaidi Tidak Matang Pertikai Kemenangan Aaron Aziz

Posted on the April 10th, 2012 under Artis by admin

PETALING JAYA: Bintang Paling Popular, Aaron Aziz menegur aktor Zed Zaidi yang mempersoalkan kemenangannya dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) Ahad lalu.

Aaron berkata Zed yang menjadikan faktor kenegaraan bagi mempertikaikan kemenangannya adalah satu pemikiran yang tidak matang apatah lagi ia datangnya daripada Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

“Saya tak boleh nak halang dia untuk menulis apa sahaja dalam entri Twitter miliknya kerana itu hak masing-masing.

“Cuma jika begitulah pemikiran dia yang juga merupakan orang penting dalam Seniman, saya rasa, dia tak cukup matang. Apa-apa komennya itu tidak menjejaskan saya,” katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Aaron diminta mengulas mengenai entri menerusi Twitter milik Zed pada Ahad lalu yang dilihat seperti kecewa di atas kemenangan Aaron, seorang warga negara Singapura.

Antara komen Zed Zaidi menerusi Twitter miliknya yang mempersoalkan kemenangan Aaron Aziz.

Zed secara menyindir turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang mengundi pelakon itu kerana ia dilihat seperti menggalakkan artis luar merosakkan industri seni tempatan.

Dalam pada itu, Aaron menambah, dia percaya seni lakonan tiada sempadan dan isu kenegaraan sebenarnya tidak perlu dibangkitkan apatah lagi dia tidak pernah mengganggu “periuk nasi” Zed Zaidi selama ini.

“Apa juga jenis seni sekalipun, ia sebenarnya tiada sepadan. Lagipun kemenangan ini adalah pilihan orang ramai. Kalau saya kacau periuk nasi dia, lainlah. Insya-Allah, kalau dia masuk pertandingan saya akan undi dia,” sindir Aaron.

Sementara itu, Aaron berharap permohonannya untuk mendapat taraf penduduk tetap negara ini dapat diluluskan dengan segera bagi membolehkannya melebarkan sayap sebagai pelakon.

“Insya-Allah kalau dah ada kerakyatan nanti boleh dicalonkan dalam Festival Filem Malaysia (FFM) atau anugerah lain yang dinilai secara profesional. Dari situ nanti barulah kita tahu sama ada saya sebenarnya adalah seorang pelakon yang baik atau tidak,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Aaron bakal muncul dengan beberapa buah tangan terbaru untuk para peminatnya iaitu filem KL Gangster 2, Kerat 14, Taikun dan Taicoon serta drama bersiri Adam dan Hawa untuk Astro Prima.

Selain itu, Aaron memberitahu pada bulan Jun depan dia bakal berangkat ke Brunei bagi menjalani penggambaran filem pertama terbitan syarikat produksi negara itu dan juga dipilih oleh KRU Studios untuk terlibat dalam Cicakman 3.

Tahun ini adalah cukup sibuk untuk saya kerana banyak projek yang perlu dilunaskan dan ini semuanya rezeki daripada Allah untuk saya dan keluarga,” katanya.

Aaron diumumkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2011 yang diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands dengan undian sebanyak 87,669.

Kemenangan itu membolehkan Aaron membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Nissan Teana 2.5 sumbangan Tan Chong Motor Sdn Bhd dan barangan kemas sumbangan Rafflesia bernilai RM250 ribu.

Dia turut memenangi anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular menerusi acara itu.

mStar



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • lee

    bgs laa, org luar di agung2 kan…org sndiri di anak tiri kan di negara sndiri..bersabar lah artis2 malaysia…//

  • Appleorange1966

    Sebelum nie artis Malaysia menang pn bising2…x paham dgn sikap org mcm nie

  • Ibrahim m k Rahim

    Well done Aaron, keep up your good work and as a guest in Malaysia be respectful and appreciate their hospitality as you have presently done. May Allah Grant you success with your family.

  • malaysian

     SORRY ZED ZAIDI…INI BUKAN NYA PILIHAN RAYA UMUM KE-13ATAU BUKAN ANUGERAH BINTANG POPULAR MALAYSIA…SO SESIAPA PUN YANG BERGELAR ARTIS LAYAK MASUK BERTANDING..KAU TAK MASUK TOP 5..TU YG KAU BISING TU..!..NAMA JER TIMBALAN  PRESIDEN..PERGI BELAJAR KAT SEKOLAH BALIK LA!

  • Marbisha_3

    Zed Zaidi perlu berfikiran matang dan sebagai pemimpin patut bijak berkomunikasi.
    Dia sepatutnya sahut cabaran dengan cuba menjaga penampilan diri, baiki mutu lakonan
    pandang keliling, berapa ramai orang singapura yang memeriahkan dunia hiburan di Malaysia dan berapa banyak lagu melayu evergreen berasal dari Indonesia……
    Kalau dia artis serba boleh macam M nasir, P ramlee yang dari singapura tu……..
    boleh dia berlagak bagus.

  • Amzar5145

    baru ada fight… dduk dlam kepompong sndri, da rasa bangga… ada org luar bawu la terasa kekurangan dan nak majukan lg…

  • Ariffidham

    ..x yah la x puas hati..dah rezeki Aaron…yg pnting mutu lakonan die jauh bih baik dr org yg x puas hati tuh…adatla mnusia nihhh….ada jer yg bbunyi cam gitu…camna nak maju klau asik dngki ngan org lain…ptotnyer jdkan kejayaan Aaron  satu cabaran tuk bih maju dan bjaya dlam bidang lakonan…!

  • Naziskymoon

    benda mcm ni pon nk bising BONGOK!!!!!!!!!!!!!…………..

  • dia901

    rsenye x menjd masalah even dy menang pon..rupa dan bakat seimbang,, mmg layak n m’buka mata artis tempatan untuk lebih b’saing lg

  • Nurul88

    jelezz la tuhh…huhuhu…terima kenyataan la :)

  • shila

    Rezeki tu semua Dtgnya dari ALLAH..!dah rezeki Aaron Azizi nak buat apa lg nak d pertikaikan.Aaron Aziz pon manusia..pasal dia masih rakyat singapura pon nak bising2 ke,dan fikir2 la siapa yg mengundi Aaron Aziz kalo bkn rakyat malaysia..dan Aaron Azizi pon bukannya bangsa asing..malah seagama dgn kita,dah org minat kat dia nak buat mcmana..so tepuk dada tanya selara

  • intan

    tak profesional..nak disalahkan peminat..peminat menilai dr segi bakat,mutu lakonan, kualiti…lain kali..jgn suruh peminat yg undilah..sama jgk..kenapa ramai rakyat malaysia beli kreta buatan luar? kenapa x beli kereta malaysia..kerana KUALITI!!..nk salahkn pembeli ke?

  • lissyam yanggang

    Harapan saya pada aaron aziz, smoga tabah mghadapi dugaan yang akan di tempuhi, jangan seskali terjejas sgala-gala kerjaya aaron.. teruskan selagi mampu, setiap manusia akan mencari kesalahan orang lain.semangatkan diri jangan mudah melatah…..kami akan sentiasa mdoakan aaron terus berjaya dalam ape2 jua yang aaron buat……. dan yang penting utamakan keluarga dan kesihatan,,, salam

  • qairena

    engkau jeles ker…zed zaidi,dah x laku nak mengata org,….zaman awak dah beralu dah so kena giliran org lain pulak…mgk Aaron aziz pon akan tiba jgk masanya…setiap yg lama semesti ada yg baru….

  • Admin

    ade je celoteh yg nak jadikn isu..ape ko dengki ke zed zaidi oi..tp aku tgk bnyk
    astis yg pkai kereta import..xkn ko nak
    pkai kereta kancil kot.ha nape ko x
    support kereta m’sia..?? xde pulak ko
    nak buat isu artis2 gune kereta luar.!!
    ce citer..ce citer..!!!

  • Mia Yaya

    Rezeki Allah nk bg x kira S’gapore atau Mlysia…..jgn nk mmprtikaikn rezeki org…hindari diri dari sifat dengki..sptutnya anda berbangga dgn pncapaian Aaron..

  • Azlansafee

    Mmg patut pun .takkan zed zaidi kot? Belakun sembilu kasih blhlah.msk blik.pakai tuala.mandi.itujelah setiap minggu.kalo rosyam yg petikaikan org tak ckp apepun sbb die hero malaya.ini zed zaidi.hahahahh