Wartawan buat liputan BERSIH 3.0 patah rusuk

Posted on the April 29th, 2012 under Tempatan by admin

Seorang wartawan akhbar The Sun dimasukkan ke hospital susulan kecederaan di tulang rusuk dan turut disyaki mengalami kecederaan dalaman ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur semalam.

Menurut rakan sekerjanya Alyaa Alhadjri, wartawan berkenaan Radzi Razak kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Alyaa berkata ujian yang dijalankan ke atas Radzi awal pagi tadi menunjukkan wartawan berkenaan mengalami kecederaan dalaman di bahagian perutnya.

Insiden yang menyebabkan Radzi mengalami kecederaan tersebut setakat ini masih belum dapat dipastikan.

Bagaimanapun menurut wartawan Malaysiakini Zulaikha Zulkifli, sekumpulan besar anggota polis menerpa ke kawasan di mana Radzi sedang berdiri pada kejadian kira-kirajam 5.30 petang.

Radzi dikatakan berdiri di satu sudut di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut sementara Zulaikha pada ketika itu berada di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja.

Zulaikha berkata, beliau melihat sekumpulan besar anggota polis berbincang di tengah-tengah persimpangan berkenaan dan kemudiannya menerpa ke satu sudut persimpangan itu.

“Kemudian saya nampak seorang lelaki berbaju putih terbaring dan beberapa orang anggota paramedik memeriksa keadaan lelaki itu,” katanya.

Seorang lagi wartawan Malaysiakini Nigel Aw yang tiba di lokasi tersebut melihat Radzi terbaring dan kelihatan “separa sedar (dan) dikelilingi orang ramai.”

Satu gambar Radzi menunjukkan beliau berpakaian baju putih dalam keadaan terbaring dan dikelilingi pegawai perubatan.

Beliau dilihat memakai kad pengenalan media.

Malaysiakini



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Ayu

    Samanje polis2 bgsat..xslmt korg dnia akhirat..

  • nyumi

     mmg…polis skrg tk brhti prut lgsng…kejam…cuba klau org buat cm 2 kt kuarga dorg bru thu….sy doakn agar Allah memberi blsn stimpal kpd mereka2 ni….

  • akuanakmelayu

     spa sokong bersih sampah..x bersyukur nikmat langsung..dah harmoni dok wt kecoh pa…dah sokong anwar ibrahim…dok balas juboq..org munafik nk skong buad pa..bodoh pr

  • shunichi

    yea, mmg harmoni pun..kerajaan rompak duit rakyat mmg la senyap2, mane ade terbuka..

    bile pilihan raye je, mula tanah air kite dibanjiri warge asing yg ade ic malaysia. xlame lg, negare kite penuh dgn mat indon,myanmar, bangla, nepal dsb…
    ko mmg suke kan mcm tu…
    pilihanraya kotor, mne la rakyat xbangkit…

    lagi satu, sape percaye FITNAH liwat tu mmg la bodoh-sebodohnye. tu cume taktik kotor utk menjatuhkn Anwar. nmpk sgt.

    tu la, nk jd jahil xpe tp jgn jahil sgt dn duduk bwh tempurung….

  • Mohdnabell

    hang bodoh la.. sng sgt kene tipu.. kesian mak hang kn.. dpt anak bebal mcm ko.. ^^