VIDEO: Pontianak Terbang Di Highway Karak?

Posted on the July 6th, 2012 under Tempatan by admin

Kecoh di laman Internet terutamanya di laman Facebook apabila satu video ‘seram’ tersebar meluas kepada pengguna-pengguna Facebook.

Dalam video ‘seram’ iaitu ‘Pontianak …merayau di KM 42 Bukit Tinggi arah ke Kuantan’, jelas menunjukkan terdapat kelibat hantu atau pontianak yang sedang berdiri di tepi jalanraya.

Kalau ditonton sepanjang video itu, pontianak itu sekejap mencecah tanah, dan sekejap kemudian dia terbang ke langit.

Meremang jugalah bulu roma!

Video itu juga jelas menunjukkan kelibat pontianak itu walaupun dirakam dengan hanya menggunakan telefon bimbit sahaja.

Opss!

Jangan terpedaya! Itu hanyalah video yang sengaja diada-adakan.

Yang sebenarnya, kelibat pontianak yang dilihat itu hanyalah lakonan semata-mata.

Tak percaya? Cuba tonton video yang lagi satu.

Video yang kedua itu menunjukkan perjalanan sebenar sewaktu proses pengambaran filem berjudul ‘Momok Jangan Panggil Aku’ arahan M. Jamil.

Jadi, bagi penonton-penonton yang sedang menyaksikan pengambaran yang dijalankan di highway itu, memanglah sengaja merakam ‘aksi’ pontianak manusia yang terbang.

Lagi pun, video ala-ala ‘seram’ itu sudah lama berada di laman You Tube. Sekarang saja baru disebarkan.

Sumber: Mynewshub



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • Ataib2066

    mcm tipu jer pontianak tu, terbang pun di tempat yg sama jer…

  • karoot

    bangang x hbs2 cite antu..

  • http://www.facebook.com/mahadi.jemian Mahadi Jemian

    saya suka cerita2 yang menyeramkan he he he he 

  • Feezzy fz

    producer terbaek yang mampu menyeramkn rmi org…hehe

  • Mat Karak

    bagus mmg bagus, tapi klu x kene gaye ad pulak kemalangan yg berlaku, tu risiko yg perlu kita lihat dari sudut lain. terkejut tgok hantu, maut yg jadi, kawasan tu mmg gelap, nk2 klu lepas hujan lagi lah bahayanya.

  • Elleexa

    crita2 yg langsung x memberi manfaat dlm hidup.

  • annie

    huahuahua..macam dok puja hantu lah pulakk… bongek betol lahh…