Tukang besi bina badan helikopter

SHENGYING (kanan) memeriksa bilah kipas helikopter yang dibinanya di Shenyang semalam.
SHENYANG, China – Seorang tukang besi, Tian Shengying membina badan sebuah helikopter hanya dalam tempoh setengah bulan.
Shengying, 55, turut menghasilkan ekor dan kipas helikopter tersebut.
Dia tidak menggunakan sebarang pelan ketika membuat badan dan peralatan tersebut.
Tukang besi tersebut menghasilkan ciptaannya itu selepas mendapat permintaan daripada sebuah pusat penyelidikan pesawat tanpa juruterbang. – Reuters
| PERINGATAN: Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. |

















