Tuah insan bernama Intan Ladyana
Jadual si gadis manis bernama Intan Ladyana yang kini semakin dikenali ramai sejak menjadi minah rempit dalam filem Adnan Sempit kini semakin padat. Ketika MiG Online menemubual beliau pun dia sibuk dengan skrip baru. Tak henti-henti tawaran berlakon yang diterima, WOW!!! Keep it up Intan
Pada mulanya seorang model iklan dan kini dengan hanya sekali audition beliau telah menjadi seorang pelakon, siapa sangka kan? Rezeki Intan. Intan Ladyana memulakan kariernya sebagai pelakon sejak beliau diterima untuk memegang watak sebagai Tipah didalam filem Tipah Tertipu The Movie. David Teo telah menyunting gadis manis ini untuk menjadi residen artis dibawah pengurusan Metrowealth, dengan terbukanya Intan Ladyana menerima tawaran itu. Tapi dengar cerita Intan pernah juga keluar dari MiG, lepas tu masuk balik, kenapa?
“Saya keluar dari MiG sebab saya nak berdikari dan saya masuk balik sebabnya saya banyak kene tipu” kata Intan yang mempunyai sifat susah nak “say NO to people”. Keserasian dan kepekaan pihak MiG mengurus jadual Intan Ladyana membuatkan beliau berasa amat selesa dan memutuskan untuk kembali dan pada masa yang sama beliau juga tidak henti-henti mendapat tawaran berlakon dalam filem-filem terbitan Metrowealth. Kata Intan juga, beliau amat senang dan tidak ada masalah sama sekali bekerja dibawah pengurusan MiG kerana semuanya dijaga dan diuruskan dengan baik, beliau hanya perlu fokus dengan watak-watak yang diberikan.

Salah satu adengan Intan Ladyana sebagai Ketua Gangster didalam filem Bini-Biniku Gangster.
Kalau nak tau, Intan ni juga pernah dilabelkan sebagai artis yang kaku di set. Beliau merasakan penilaian penonton terhadap lakonannya adalah subjektif tapi Intan Ladyana tidak akan putus asa dan akan sentiasa memperbaiki mutu lakonannya dari semasa ke semasa, katanya. Kalau peminat Intan Ladyana diluar sana nak tau, si jelitawan ni sekarang tengah busy dari satu filem ke filem yang lain, contohnya yang terbaru akan menghantui anda di pawagam pada 14 Julai 2011 ini iaitu filem FLAT 3A. Pada 22 September ini pula dengan filem Bini-Biniku Gangster dan beliau juga baru selesai pengambaran filem Adnan Sempit 2.

Adengan "mesra" dua madu dalam filem Bini-Biniku Gangster
Ketika di interview, Intan juga berkongsi serba sedikit pengalaman beliau melakonkan watak sebagai Fiqah dalam filem FLAT 3A ni, “Bagi saya watak yang dipegang ini memang mencabar dari segi emosi dan fizikal. Di antara scene-scene yang mencabar ialah saya terpaksa bergelut dengan lintah di kaki, scene saya kene muntah hijau di mulut tapi sebenarnya memang banyak scene yang sangat mencabar yang tak dapat Intan kemukakan satu persatu, semua mencabar lah,” kata Intan lagi. Dalam filem Flat 3A ni, Intan Ladyana digandingkan bersama Adey Syafrien dan harapan Intan untuk filem ni, beliau amat berharap filem ini akan diterima oleh orang ramai kerana FLAT 3A merupakan filem bergenrekan seram yang lain dari yang lain.

You all percaya tak Intan Ladyana berkawad? Menembak?? Haaa, jangan tak percaya selain sibuk berlakon, dengan semangat patriotik yang kuat tu, beliau sanggup membahagikan masa untuk menjadi Askar Wataniah. Kelihatan teruja betul Intan ketika berceritakan pengalaman beliau memegang M16 dan lain-lain aktviti.
Intan Ladyana berkongsi perancangan beliau dalam masa 10 tahun yang akan datang beliau ingin mempunyai perniagaan sendiri, selain pembabitannya dalam bidang lakonan, beliau juga ingin memgendalikan business miliknya sendiri untuk jaminan di masa hadapan, katanya. Apa-apa pun, kami dari MiG Online ingin mengucapkan all the best kepada Intan Ladyana dalam apa jua bidang yang beliau ceburi. Jangan lupa tau dating dengan Intan Ladyana untuk filem FLAT 3A di pawagam pada 14 Julai 2011.

Hahaha, padan muka kau Kamal Adli, kau lambat aku kebas!, kata Shaheizy Sam.
| PERINGATAN: Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. |


















