Tiga kelab Johor dalam Liga M bakal berkubur

Posted on the February 17th, 2012 under Sukan by admin

TUNKU Ismail (kiri) ketika bercakap kepada pemberita selepas Kongres Luar Biasa Persatuan Bola Sepak Negeri Johor di Johor Bahru semalam.

TIGA kelab bola sepak negeri Johor yang beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) musim ini mungkin berkubur selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mencadangkan agar hanya satu pasukan sahaja yang beraksi mewakili negeri berke- naan musim hadapan.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang secara rasmi dilantik se- bagai presiden dalam Kongres Luar Biasa PBNJ semalam berkata, cadangan itu diusulkan sebagai usaha mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak Johor seperti era 90-an.

Melalui cadangan itu katanya, PBNJ dapat memberi tumpuan penuh untuk mendapat- kan pemain terbaik bagi memperkukuhkan pasukan Jengking.

“Kita masih berbincang mengenai perkara ini memandangkan musim ini sudah sepa- ruh jalan dan mereka masih mempunyai kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Namun, lebih baik jika kita dapat fokus pada satu pasukan sahaja dan pemain terbaik dapat mewakili negeri. Ini akan memberi kelebihan dari segi kualiti pemain dan juga tajaan,” katanya pada sidang akhbar di Johor Bahru semalam.

Untuk rekod, selain skuad negeri Johor, negeri berkenaan turut memiliki tiga kelab bola sepak yang beraksi dalam Liga M iaitu Johor FC yang beraksi dalam Liga Super serta Majlis Bandaraya Johor Bahru (MB- JB) dan Majlis Perbandaran Muar (MP Muar).

Selain itu katanya, pemain-pemain Johor yang beraksi bersama negeri lain juga di- alu-alukan untuk kembali menyarung jersi Jengking musim depan.

Sementara itu, Tunku Ismail menjelas- kan, antara misi utamanya sebagai Presiden PBNJ adalah untuk memastikan pasukan Johor dapat menjuarai Liga Perdana musim ini dan beraksi dalam Liga Super musim depan.

Pada masa sama, beliau juga berhasrat untuk memperbaiki semula struktur organi- sasi PBNJ selain ingin menghapuskan amalan berpolitik dalam persatuan.

“Saya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu dalam persatuan ini yang terlibat dengan amalan rasuah dan penyalahgunaan dadah.

“Saya dukacita apabila ada pemain di dalam pasukan MBJB dan MP Muar terlibat dengan gejala rasuah,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Tunku Ismail menjelaskan, legenda bola sepak Argentina, Gabriel Batistuta dijangka tiba pada 17 Mac ini bagi membantu Johor dari beberapa aspek termasuk khidmat nasihat mengenai pengambilan pemain import.

Kosmo


Related News:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • http://www.facebook.com/fazemy Ir Fazlly

    Idea penggabungan ini sama seperti memaksa orang yang sihat berkongsi penyakit dengan seorang yang menghidap kusta. Akibat gila kuasa di Johor FA yang gagal tidak menyedari kesilapan mereka sendiri dan sebaliknya mengambil jalan mudah dengan memaksa Johor FC diserap ke dalam Johor FA. Lepas itu sembang kencang, era kegemilangan bolasepak Johor bakal kembali.  Kenapa perlu digabungkan? Johor FC sudah pun memberi sinar buat sekian lama kepada bolasepak Johor. Walau berstatus kelab mereka masih mampu bertahan dalam saingan Liga Super dan layak ke Piala Malaysia. Stadium JCorp Pasir Gudang biar pun kecil tetap ada penyokongnya yang hadir setiap kali Johor FC bermain. Johor FC tidak ada masalah kewangan, kemelut politik dan masalah lain seperti yang melanda Johor FA. Kalau dibiarkan perkara ini berlaku, matlamat FAM untuk menggalakkan penubuhan kelab bolasepak di Malaysia tidak akan kesampaian. Bayangkan apa pula selepas ini, Terengganu FA lingkup dan PBDKT T-Team FC diserap masuk? Kuala Lumpur FA bungkus dan KL PLUS FC dipaksa bergabung? Apa Kejadahnya