Terkejut putih telur berwarna biru

Posted on the March 24th, 2012 under Tempatan by admin

KERTEH – Selera sebuah keluarga di Taman Indah Permai, Kampung Baru Kerteh di sini, kelmarin untuk menjamah hidangan tengah hari terjejas selepas telur yang direbus bertukar menjadi warna biru pada bahagian putih telurnya, dipercayai telur tiruan.

Mohd Yusof Abdul Aziz, 48, yang juga Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) berkata, dua biji telur yang dimasak isterinya, Sharah Shahernie Shafie juga mengeluarkan bau kurang menyenangkan.

Katanya, telur yang telah direbus dikupas kulit dengan setiap biji telur dibelah dua untuk ditumis, sebelum isterinya terkejut apabila melihat bahagian putih pada telur terbabit bertukar menjadi warna biru dan terdapat tompokan seperti dakwat biru di tengah-tengah bahagian putih telur itu serta kuning telurnya juga berwarna agak pekat.

“Seumur hidup, inilah pertama kali saya lihat putih telur berwarna biru. Terkejut saya apabila melihat keadaan putih telur berubah warna sebegini.

“Dua biji telur ini adalah antara 10 biji telur dalam satu bungkusan kotak telur plastik, yang saya beli (malam Rabu lalu) di sebuah pasar raya di Paka, Dungun. Tarikh luput telur yang tertera pada bungkusan juga masih jauh dan ia masih boleh dimakan. Itu menyebabkan saya pelik,” katanya ketika ditemui di rumahnya kelmarin.

Sejurus melihat keanehan pada dua telur tersebut, Mohd Yusof segera memeriksa lapan lagi telur yang tinggal dan mendapati salah sebiji daripadanya berbentuk agak ganjil dengan saiznya lebih besar daripada telur lain.

Menurutnya, pada ruang tengah kulit ayam tersebut licin seolah-olah dilakukan penyambungan pada bahagian luaran kulit telur tersebut manakala pada kotak plastik telur terbabit tertera telur berkenaan dikeluarkan di Melaka.

“Kemungkinan juga telur tiruan dicampurkan bersama telur tulen bagi mengelakkan ia disedari. Kalau dua telur tadi digoreng mungkin kami sekeluarga tidak sedar akan keganjilan pada dua biji telur itu.

Mohd Yusof dan isteri serta anak-anak kemudiannya hanya makan nasi berlaukkan kicap bagi mengalas perut kerana sudah hilang selera makan.

“Jadi saya sebagai pengguna merasa sangat dukacita dengan perkara ini kerana jika benar ia telur tiruan ia boleh membahayakan nyawa pengguna.

“Pengguna lain juga perlu berhati-hati ketika membeli telur bagi mengelakkan ditipu dan diharap pembekal juga tidak mementingkan keuntungan sahaja,” katanya.

Sinar



PERINGATAN:  Harian Metro Online (HMO) tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

  • arshad_95@yahoo.com

    nak haraam bt0i ar…

    haish..

  • Rajamuhduliyaminrajayunus

    Masih tidak faham: macam ane telur tiruan ini boleh wujud dalam pasaran sedangkan kalao dilihat secara logiknya.. utk buat satu telur tiruan bukan mudah dan memerlukan kos yang tinggi..  adakah telur2 itu dijual dalam harga yang murah sehingga orang mudah utk menggunakannya?.. pelikkan..” ayam nak bertelur, dia nak bertelur jgk, ingatkan hantu je yang boleh dilakonkan.. hohoho

  • Dr. J

    mmg pelik.. amat jelas kos chemical lg tggi dr seekor ibu ayam.. tmbh ngn modal jlnkn ujikaji lg.. bkn smpi 50sen pon hrge sebiji telur skg.. mgkn geng2 ni nk upgrade  tu jd omega 3+++.. tp y reject pon jual jg.. hmm

  • Master Crome

    kos buat telur tiruan murah. chemical beli skit mahai. beli selori tgk lagi jimat boleh dapat juta2 telur berbanding telur ayam betul kos dedak semua tu

  • Master Crome

    kos buat telur tiruan murah. chemical beli skit mahai. beli selori tgk lagi jimat boleh dapat juta2 telur berbanding telur ayam betul kos dedak semua tu

  • Nuryanajais85

    apa nak jadilah.. takut plak nk mkn telor,… 

  • Nuryanajais85

    apa nak jadilah.. takut plak nk mkn telor,… 

  • rock

    rasa2nya… berita di china ada telur tiruan itu betul la….. 
    kobis dorang leh bikin…. apa lagi telur… 
    klu salah maaf ya… 

  • Zarinariesyuk

    klau mcm tu kena pecah dulu..tgok tiada keganjilan baru masak…

  • Pooh_eyj85

    saya juga pernah mengalami makan telur rasa pelik,…rasa seperti makan getah..telur dia rasa lain. saya campurkan telur tersebut dengan maggi…sebelum ni jika dicampur..telur pecah sekata dan nampak ok utk di makan.tetapi telur yg ini lain.ada lemak naik ke atas.kuning telur tak terus pecah.kene di kacau dgn sudu.itu pun liat.bila makan rasa lain.sampai terfikir ni mcm bukan telur origanal….jadi terfikir mungkinkah ini telur tiruan…..??

  • aril bgn dlm

    maaf ye jika kata2 ini mengguris hati…
    kpd pihak brwajib, tgu apa lg? buat la keja.. xkan nk tgu ada org mati bru nk ambil tindakan. tetpi selalunya mcm tu la kan kan kan….

  • ar qlate

     telor tamat tempoh la tu

  • http://www.facebook.com/putera.qlate Putera Qlate

    lucu jugak baca article ni “telor tiruan”

  • http://www.facebook.com/putera.qlate Putera Qlate

    penah bela ayam x?? kalau x penah meh nak cte,, telor ayam kalau tak di erang oleh ibu ayam@mesin erang telur , macam nie la jadinye… bukan tahan sampai  setahun.. spttnye pihak tertentu kene la tetapkan, buat tarikh expiret…