
DARIPADA Anas bin Malik, katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, syurga berkata: Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga. Dan sesiapa yang meminta perlindungan daripada neraka sebanyak tiga kali, neraka berkata: Ya Allah, selamatkanlah dia daripada neraka.”
Hadis ini sungguh besar kedudukan dan tahapnya, ia menunjukkan limpah kurnia Allah yang besar dan rahmat-Nya yang begitu luas.

KUALA LUMPUR: “Cara paling mudah seseorang itu mengelakkan diri daripada terkena ilmu pukau ialah dengan sentiasa berada dalam keadaan berwuduk supaya jin dan syaitan tidak dapat menguasai diri kita.
“Latihan seperti itu perlu diamalkan supaya niat jahat seseorang itu tidak berjaya kerana hanya wuduk mampu mematahkan semua niat jahat ingin diperlakukan kepada kita ,” kata Pengasas Pusat Rawatan Terapi al-Quran Darul Hikmah, Abdul Malek Abdul Ladzim Al Azhari.

KARUT...antara barangan yang dijual dalam laman web terbabit.
KUALA LUMPUR: Hanya bermodalkan RM100 hingga RM300, sebuah laman web kini dikesan cuba mempromosi ajaran khurafat kepada sesiapa saja yang berkeinginan untuk memiliki ilmu kebatinan seperti ilmu tujuh silat ghaib, kebal, berjalan atas air, ilmu khadam dan beberapa ilmu lain tanpa perlu melalui proses pertapaan dan latihan selama bertahun-tahun.
Setiap ilmu yang ingin dipelajari mempunyai harga yang sudah ditetapkan, asalkan pelanggan sanggup membayarnya dan segala ilmu yang dihajati akan diperturunkan, tetapi peliknya hanya melalui panggilan telefon pada waktu tertentu di samping menyediakan bahan termasuk kemenyan, limau nipis dan air telaga.

Berikut adalah 10 manfaat kita berlapar pada bulan Ramadhan ini.
- Menjernihkan hati, mencerdikkan otak serta menerangi penglihatan hati.
- Melembutkan hati yang membolehkan ia dapat merasai kelazatan pengaruh zikir kerana apabila perut kosong boleh menghilangkan kekerasan hati yang menyebabkan zikir dilidah terus meresap dihati yang lembut tanpa ada halangan lagi.
- Merasa kalah dan hina serta menghilangkan perasaan bongkak, terlalu gembira dan kufur nikmat di mana semua sifat tercela ini menjadi penyebab kepada penyimpangan dan kelalaian daripada mensyukuri nikmat Allah.
- Sentiasa ingat kepada bala Allah di dunia dan siksaanNya di akhirat apabila merasai sendiri bagaimana peritnya lapar.
- Mematahkan keinginan nafsu serta menguasainya daripada melakukan maksiat kerana bahan yang menguat dan menambah keinginan nafsu kebanyakannya berasal daripada makanan.
- Mengurangkan tidur dan memudahkan untuk berjaga terutama dalam berbuat ibadat.
- Memudahkan diri untuk menumpukan perhatian dalam beribadat kerana tidak banyak masa dihabiskan untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan makanan.
- Dapat menjaga kesihatan dan selamat daripada pelbagai penyakit yang terbit daripada banyak makan.
- Jimat dalam perbelanjaan harian apabila tidak banyak wang dihabiskan untuk membeli banyak makanan.
- Membolehkan dia mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri melalui sedangkan kerana orang lapar lebih memahami masalah dan penderitaan orang lain.
Oleh FERIDE HIKM AT
SHAH ALAM: Protege Ayish atau nama sebenarnya Muhammad Faris Mohamed Razali, 21, tersingkir pada konsert Mentor musim kelima, yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, malam tadi.
Ayish yang dididik di bawah mentornya Noh Hujan itu terpaksa akur apabila dia gagal mengumpul markahnya sepanjang empat minggu konsert diadakan dan hanya mampu memperoleh markah keseluruhan sebanyak 208 sekaligus membuatkan dia gagal mara ke peringkat separuh akhir.
Peserta dari Shah Alam itu menjadi peserta pertama dalam kumpulan A, tewas kepada protege Datuk Sharifah Aini, Nurshiha Mohd Zikir, 24, yang memperoleh markah keseluruhan sebanyak 252 dan protege Afdlin Shauki, Ratnah Awal, 26, pula mendapat markah sebanyak 215.