Posts Tagged ‘Zainal Abidin’

JABI – Kerabat Diraja Terengganu, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah mengisytiharkan menyertai Pas semalam.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Tengku Paduka atau Ku Duka menyerahkan borang sebagai ahli Pas kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Tengku Ibrahim merupakan anak ketiga Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni al Marhim Sultan Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi Perhubungan Parti Melayu Semangat 46 dan menang dalam Pilihanraya Umum kelapan pada 1990 serta menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanggol selama sepenggal.

ANGGOTA polis memeriksa sebuah van keselamatan yang terlibat dalam kejadian samun dan bunuh di Taiping semalam.
TAIPING – Seorang pengawal keselamatan yang memaksa rakan setugasnya menggunakan laluan lain ketika hendak pulang ke pejabat rupa-rupanya berniat jahat apabila dia disyaki menembak mati mangsa sebelum lesap bersama wang lebih RM1.2 juta semalam.
Kejadian pukul 3 petang di Jalan Tekah-Aulong berdekatan sebuah pasar raya di sini itu mengakibatkan Hasnol Hafiz Saad, 28, mati akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat di dada. Mangsa ditemui mati di tempat duduk pemandu dengan kecederaan parah di perut, dada, bahu kanan dan betis kiri.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dan suspek dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai beberapa buah bank di bandar ini.

KUALA TERENGGANU – Penjaga gawang pasukan Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli menafikan terlibat ‘menjual’ perlawanan ketika menentang Kedah Sabtu lalu dan bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan itu.
Kontroversi itu bermula apabila Sharbinee dikatakan menjadi sasaran kemarahan pengendali skuad Penyu, Peter Butler selepas penjaga gol itu melepaskan gol mudah ketika Terengganu mendahului Kedah 1-0 di laman sendiri kelmarin.
Mohd Sharbinee berkata, dia sedia disiasat badan anti rasuah itu kerana dia tiada apa-apa yang hendak disembunyikan.
VLADIVOSTOK (Russia): Dua pelajar Malaysia terbunuh dan lima yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya di Russia lewat malam tadi, demikian menurut duta besar Malaysia, Datuk Zainol Abidin Omar, pada Isnin.
Beliau berkata pelajar itu dikenalpasti sebagai Hanisah Muhd Shah, pelajar tajaan Mara dari Dungun, Terengganu; dan Adzreen Binyati, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam dari Putrajaya.
Penuntut itu, kedua-duanya pelajar tahun lima dari Akademi Perubatan Negeri Nishny Novgorod, sedang dalam perjalanan menaiki sebuah van dengan lima rakan lain universiti itu dari lapangan terbang Moscow ke Vladimirskaya bila kemalangan berlaku, kata beliau.
Beliau berkata pelajar itu baru saja pulang dari Malaysia selepas cuti Hari Raya untuk memulakan semester baru.

SERAMAI 7,000 penyewa rumah PPR di Kuala Lumpur akan menerima surat tawaran pembelian rumah tersebut mulai hari ini.
KUALA LUMPUR – Seramai 7,000 penyewa perumahan awam di sekitar ibu negara akan menerima surat tawaran pembelian rumah di bawah skim pembiayaan khas Program Perumahan Rakyat-Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR-MTEN) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (PA DBKL) bermula hari ini.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, penyewa terbabit merupakan kumpulan pertama pembeli yang melibatkan fasa pertama dana pembiayaan pinjaman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM300 juta.

PETALING JAYA: Stesen televisyen TV3 pada Selasa memohon maaf kepada penonton negara ini terhadap penyiaran adegan kurang sopan dalam filem Into The Wild yang disiarkan menerusi saluran itu pada 24 Mac lalu.
TV3 dalam satu kenyataannya kepada mStar Onlinedi sini Selasa berkata, pihaknya akur terhadap kesilapan yang berlaku sehingga menimbulkan bantahan beberapa pihak.
“Pihak kami memandang serius insiden ini dan TV3 akan berusaha memastikan kandungan dan paparan yang disajikan kepada para penonton bukan sahaja sarat dengan elemen hiburan dan “infotainment” semata-mata, malah turut memastikan ia dapat memberi impak positif dan kesan moral bersesuaian dengan cita rasa penonton,” kata kenyataan itu.

KUALA TERENGGANU — Seorang pemuda yang lumpuh dari pinggang ke kaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana dituduh merogol seorang pelajar berusia 15 tahun sebanyak tiga kali pada November tahun lepas.
Mohd. Sapawi Ismail, 27, yang terpaksa berkerusi roda ketika dihadapkan di hadapan Hakim Zainal Abidin Kamarudin, merupakan bekas tenaga pengajar aktiviti selam skuba sebelum mendapat penyakit lumpuh pada tahun 2010.
Bagi pertuduhan pertama, Mohd. Sapawi didakwa merogol pelajar itu di rumahnya di Kampung Beting Lintang di Kampung Raja, Besut, antara 8 malam dan 11 malam 27 November lepas.