Posts Tagged ‘Youtube’

PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah yang mencetuskan kontroversi susulan kehilangannya sejak enam hari lalu tidak menghampakan peminat-peminatnya apabila dia muncul membuat persembahan di Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia.
Menurut laporan akhbar Berita Harian pada Isnin, Shila telah memberikan persembahan yang cukup bertenaga di Sekolah Tinggi Han Chiang di Pulau Pinang, tengah hari Isnin walaupun kemelut cinta bersama Sharnaaz dan keluarganya masih lagi belum selesai.
Penyanyi itu membuka tirai dengan menyanyikan lagu berbahasa Mandarin, dan lagu berbahasa Inggeris Adele, Set fire to the Rain selain lagu Patah Seribu.
KAHERAH – Mahkamah Kaherah mengarahkan kerajaannya menyekat akses kepada laman YouTube bermula hari ini.
Hakim Hassouna Tawfiq berkata, tindakan itu diambil selepas menerima banyak aduan dari penduduk Mesir bahawa laman YouTube menjadi ancaman kepada keamanan sosial selepas tercetusnya rusuhan di seluruh negara Islam hingga membawa kepada ratusan kematian berpunca daripada penyebaran filem anti-Islam tahun lalu.
“Kerajaan masih boleh mengemukakan petisyen terhadap keputusan sekatan ini,” katanya dipetik AP.
Beliau berkata, penduduk Mesir melahirkan kebimbangan sekiranya perkara sama bakal berulang berikutan laman web ini mudah diakses.

Wajah Shila di dalam klip YouTube yang dimuat naik, kelmarin.
SHAH ALAM – Polis mengesahkan penyanyi popular, Shila Amzah, 23, telah ditemui semula, beberapa jam selepas dilaporkan hilang sejak enam hari.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, pihaknya dimaklumkan tentang penemuan itu oleh bapa Shila, ND Lala sendiri semalam.

Wajah Shila ketika meluahkan perasaan sedihnya di Youtube.
PETALING JAYA: Stesen radio Hot FM pada pagi Jumaat berjaya menyiarkan ke seluruh negara audio terbaharu penyanyi Shila Amzah yang menyampaikan lagu “Ombak Rindu” sambil menangis ketika dia meluahkan rasa sedih terhadap masalah yang berlaku melibatkannya, keluarga serta kekasih, Sharnaaz Ahmad.
Rakaman itu dipetik daripada laman YouTube yang dimuat naik oleh Shila.
“Saya memohon maaf terhadap apa yang telah terjadi beberapa minggu ini. Saya juga merindukan ibu dan ayah,” katanya.

GEORGE TOWN – Penyanyi rap Korea Selatan yang popular dengan tarian kudanya, Psy (gambar) bakal membuat persembahan pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional Pulau Pinang pada 11 Februari nanti.
Bintang berusia 35 tahun itu yang dikenali menerusi lagu Gangnam Style dijangka menghiburkan kira-kira 60,000 tetamu yang bakal menghadiri majlis itu nanti.
Kosmo! difahamkan, perbincangan sedang diadakan oleh sebuah syarikat pengurusan acara dengan pengurus bintang popular itu bagi mengesahkan kunjungan pertama Psy atau nama sebenarnya Park Jae Sang ke Malaysia.

GAMBAR yang diambil daripada laman perkongsian video YouTube menunjukkan Mohammed Hourani membuat laporan mengenai pertempuran di Basra al-Harir sebelum mati ditembak.
BEIRUT – Seorang wartawan agensi berita Al-Jazeera, Mohammed Hourani terbunuh apabila ditembak oleh penembak curi di Basra al-Harir, wilayah Daraa, Syria kelmarin.
“Mohammed Hourani ditembak mati di Basr al-Harir ketika beliau membuat liputan mengenai pertempuran antara penentang Presiden Bashar Al-Assad dengan tentera kerajaan,” lapor Al-Jazeera.

SATU imej yang dirakam daripada laman perkongsian video YouTube menunjukkan mayat-mayat penduduk kampung bergelimpangan selepas sebuah kampung di wilayah Kahtaniyeh diserang tentera rejim Syria.
DAMSYIK – Seramai 20 orang termasuk lapan kanak-kanak terbunuh selepas kereta kebal tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad membedil sebuah kampung di wilayah utara Kahtaniyeh semalam, kata Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia untuk Syria.
“Sekurang-kurang 20 orang termasuk lapan kanak-kanak dan tiga wanita terbunuh selepas tentera rejim Bashar menyerang sebuah ladang di kampung Kahtaniyeh, barat bandar Raqa,” kata kumpulan pemerhati itu.