Posts Tagged ‘Warna’

Beraksi di pentas akhir ML Mega 2012, di antara Jozan, Jambu, Boboi, Shiro dan Saywho peserta manakah yang akan dinobatkan selaku juara ML Mega 2012 sekaligus merangkul hadiah wang tunai bernilai RM 500,000 dan trofi
Untuk persembahan final malam ini ia bersiaran dari Dataran MBJB (Dataran Bandaraya) Johor Bahru dan akan disiarkan secara langsung dan serentak menerusi di Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134) jam 10 malam.

Johan (kanan) dikhabarkan bakal muncul di pentas akhir Maharaja Lawak Mega bersama Zizan pada malam ini di Stadium Tertutup Johor Bahru, Johor.
PETALING JAYA: Aksi komedi solo Zizan daripada kumpulan Jozan yang tidak konsisten pada Maharaja Lawak Mega (MLM) 2012 sejak dua minggu lalu bakal terubat apabila pasangannya Johan dijangka membuat kemunculan mengejut pada pentas akhir, malam Jumaat (malam ini).
Pengurus Zizan Razak, Marina Juki berkata, pihaknya berharap Johan akan muncul pada malam Jumaat seperti yang diluahkannya ketika dihubungi pihaknya pada Khamis.

Taki Takazawa, jika dilihat dari namanya sudah dapat diketahui bahawa dia adalah orang Jepun. Dengan ciri-ciri rambut panjang dan tubuh penuh dengan tato, membuatkannya kelihatan seperti ahli geng mafia Jepun, Yakuza. Dia adalah bekas tukang tato untuk anggota geng yang paling ditakuti di Jepun itu. Kerja sebagai ‘tukang tato’ itu telah dilakukannya selama 20 tahun.
Tapi pandangan negatif pada penampilan fizikalnya itu berubah apabila dia mengumandangkan Azan. Takazawa kini menjadi Imam di sebuah masjid di Ibu kota Tokyo. Setelah mengucapkan dua kalimat Syahadat, Takazawa menggunakan nama muslim Abdullah, yang bermaksud hamba Allah SWT.
Dia menhenali Islam secara tidak sengaja di wilayah Shibuya. Takazawa melihat seseorang dengan kulit dan janggut putih. Orang itu juga mengenakan baju dan serban warna putih. “Orang itu memberikan sebuah kertas dan menyuruh saya membaca kalimat tertera bersama dia,” ujarnya seperti dilaporkan oleh laman web islamicmovement.org.

1. Tahukah anda bahawa selain bangsa Yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?
2. Tahukah anda bahawa setiap bangsa yahudi yang ada di setiap negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar Palestin.
3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan antara bangsa Yahudi dan bukan Yahudi.

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) sukar menentukan status halal bakso di pasaran negara itu kerana urusan jual beli daging di pasar terdedah kepada percampuran daging lembu dan babi.
Ketua Hariannya, Maruf Amin, berkata kemungkinan itu berlaku kerana tidak semua pasar menyediakan lot khas yang memisahkan daging halal dan haram. “Kami sukar menentukan status halal itu kerana aliran proses daging lembu tidak dikawal.
“Peralatan digunakan peniaga juga tidak boleh dipastikan sama ada benar-benar terpisah atau tidak,” katanya.

NOR ARIF dijaga neneknya Tuan Kembang Tuan Muda di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu semalam.
KUALA TERENGGANU – Sudah jatuh ditimpa tangga. Itu nasib seorang budak lelaki berusia empat tahun apabila tangan kanannya yang patah setelah terjatuh tangga rumah pada Rabu lalu kini membengkak dan berwarna kehitaman.
Ia gara-gara tindakan bapa mangsa, Nor Azhadi Nordin, 35, mendapatkan khidmat seorang bomoh patah untuk merawat anaknya, Nor Arif Luqman yang bertindak membalut luka tangannya yang patah itu dengan kain.

Palestin secara umumnya sebuah tanah yang subur dan cantik. Kedudukannya terletak di kawasan Laut Mediterranean sangat mempengaruhi keindahannya sebagai sebuah negara pelancongan.
Namun sejak berlakunya penjajahan oleh British sebelum diserahkan kepada Israel mereka telah membolot semua tempat-tempat yang cantik yang mempunyai nilai komersial pelancongan.
Gaza yang disrang sejak Pilihanraya 2006 ketika Hamas menjadi kuasa utama politik ketika itu, Gaza diserang bertubi-tubi oleh Israel dan kuasa besar dunia seperti US yang tidak mengiktiraf Hamas walaupun mereka dipilih dengan cara demokrasi pilihanraya, satu sistem yang diagung-agungkan US dan Barat sebelum ini.