Posts Tagged ‘Tuhan’

Kisah yang satu ini merupakan salah satu contoh dari sekian banyak potret kehidupan seorang wanita muslimah yang begitu bangga dan merasa terhormat dengan agama yang selama ini ia telah hadir mewarnai perjalanan hidupnya. Seorang muslimah yang di hatinya terdengar keras degupan syiar agama Allah.
Itualah hati yang mampu mengenal Allah dan Rasul Nya sehingga keraguan tak pernah lagi ditemui di dalamnya. Dialah peribadi seorang wanita muslimah yang hatinya selalu memikul tanggung jawab dakwah. Namun sayang watak semacam ini ternyata jarang untuk kita temui. Ya memang sangat jarang sekali.
Ummu Abdul Aziz, begitulah wanita ini biasa disapa dalam hariannya. Suaminya seorang doktor yang tinggal di bandar Riyadh, Saudi Arabia.
Setelah menghilangkan kedahagaan penduduknya dengan darah warga Palestin, Israil kononnya bersetuju terhadap genjatan senjata bersama puak penentang Palestin di Semenanjung Gaza.
Persefahaman, walaubagimanapun tidak bererti Israil prihatin terhadap jumlah besar orang awam Palestin yang terbunuh akibat “Wehrmacht Yahudi”. Sesungguhnya nafsu kanibal Zionis memang tidak pernah puas. Ini berdasarkan apa yang kami benar-benar pelajari dari Israil sejak pembentukan entity jahat 64 tahun dahulu.
Sewaktu keganasan terbaru, “satu-satunya demokrasi di Tebing Barat” itu telah membunuh 33 kanak-kanak, 14 wanita dan lebih daripada 60 orang awam yang tidak berdosa. Lebih daripada itu, 1,300 orang yang majoritinya orang awam yang tidak berdosa termasuk 400 kanak-kanak cedera, kebanyakan mereka parah dan terbakar.

Jantung, organ manusia yang paling sibuk di dunia. Sebuah beg berdenyut yang tidak pernah berhenti bekerja sekalipun manusia tertidur. Mesin manakah yang lebih canggih daripada jantung manusia itu?
Rahsia kerja jantung ini sekali lagi menunjukkan betapa sempurna dan lengkapnya daya seni Allah dalam penciptaan-Nya. “(Yang memiliki sifat-sifat seperti itu) ialah Allah Tuhan kamu. Tidak ada Tuhan selain Dia. Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia. Dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu, “[QS. Al-An'am: 102]
Rata-rata sepanjang hidupnya, jantung manusia berdetak 3 bilion kali tanpa henti. Jantung tetap bekerja dengan menurunkan denyutan 10 – 30 denyutan / minit ketika tidur. Hal ini menghasilkan penurunan tekanan darah, yang berlaku dalam tidur nyenyak. Jika saja jantung berhenti berdenyut, maka akan berakhirlah hidup kita.

BINTULU yang juga bandar keempat terbesar di Sarawak berkembang pesat hasil pembangunan sektor minyak dan gas.
KUALA LUMPUR – Stesen televisyen TV3 dan pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI), Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin, 28, (gambar kecil) memohon maaf berhubung ulasan semasa siaran lintas langsung Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada Jumaat lalu berkenaan pemilihan lokasi sambutan Hari Malaysia di Bintulu, Sarawak yang dikatakan daif.
TV3 membuat permohonan maaf dalam satu kenyataan di sini semalam sementara Nurul Syuhada pula menulisnya dalam laman sosial Facebook beliau setelah menerima kritikan serta gesaan pelbagai pihak supaya berbuat demikian.

NOORZAINALIZA Hashim sentiasa di sisi bayinya, Siti Nur Alia Sofea yang menghadapi masalah tidak boleh menelan air liur sendiri di Tanjung Mergong Jaya, Alor Setar semalam.
ALOR SETAR – Kelahiran Siti Nur Alia Sofea Noor Hashimuddin yang kini berusia sembilan bulan memang amat dinanti-nantikan sepasang suami isteri yang sudah sedekad mendirikan rumah tangga.
Namun takdir Allah SWT tiada siapa yang tahu apabila pasangan berkenaan terus diduga apabila anak tunggal mereka itu disahkan mengalami masalah kesihatan serius.

BEBERAPA orang cuba untuk menangkap daging ayam di Gunung Bromo, Jawa Timur kelmarin.
JAKARTA – Ratusan penduduk Indonesia sanggup memanjat gunung berapi Bromo setinggi 2328.98 meter untuk mencuri makanan yang dilemparkan oleh penganut agama Hindu ke kawah gunung itu di Jawa Timur kelmarin.
Sebahagian mereka membawa batang kayu yang mempunyai jaring bagi menangkap daging ayam, sayur-sayuran, beras dan buah-buahan yang dibaling oleh para penganut agama tersebut.

Tengku Mahkota Johor tutup akaun twitter, semua media sosial
SHAH ALAM – Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah memaklumkan bahawa baginda memutuskan untuk menutup akaun twitternya dan kesemua media sosial mulai hari ini.
Dalam satu mesej yang dihantar kira-kira 4.30 petang tadi, Tunku Ismail berkata, baginda mahu mulai sekarang memfokus kepada kehidupan dan perkara-perkara yang baginda lakukan “secara peribadi.”