Posts Tagged ‘Timbal’

Gempar! Team Harimau Malaya Perlu Disiasat!

Posted on the December 16th, 2012 under Sukan by

Nampaknya, Peminat bola sepak Malaysia merelakan dan menerima seadanya akan kekalahan Malaysia kepada Thailand dengan alasan Pengadil berat sebelah dan sebagainya.

Namun, saya tidak fikir begitu. Saya melihat Datuk Raja Gopal dan pengurusan team Malaysia menyembunyikan sesuatu beberapa jam sebelum team Malaysia berangkat ke Bangkok.

Pertama, mengapa pengurusan Malaysia memberi kebenaran kepada PBNJ dan Safie Salee berjumpa dan menandatangani Perjanjian dengan Johor. Sepatutnya masa itu masa latihan, masa di mana Safie Salee menumpukan perhatiannya kepada Latihan dan Negara! Tidak bolehkah dilakukan selepas Piala AFF!!! Nampaknya berlaku kejar-mengejar, desak-mendesak dan paksa-memaksa kerana sebelumnya acara menandatangani hendak dibuat di Johor Bahru tetapi terpaksa mengganggu Safie Salee di Pusat Latihan Negara!

Jika gagal, saya letak jawatan

Posted on the September 18th, 2012 under Sukan by

Perlu realistik, jangan terlalu mendesak dan saya buat yang terbaik: Raja

Kuala Lumpur: Mereka boleh cakap apa saja. Saya hanya mengikut sasaran ditetap majikan (FAM) iaitu skuad kebangsaan perlu layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015. Jika gagal, saya sendiri akan letak jawatan.

Demikian jawapan jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal ketika ditanya adakah dia akan tunduk dengan desakan sesetengah pihak yang mahu dia meletak jawatan jika Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF 2012, 24 November hingga 22 Disember ini. Menurut pengendali berusia 56 tahun itu, peminat bola sepak tempatan perlu lebih realistik dan tidak terlalu mendesak, sebaliknya terus memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada skuad Harimau Malaya yang masih dalam proses menjadi pasukan mantap di peringkat Asia.

Perlawanan persahabatan: Malaysia Singapura 2-2

Posted on the June 8th, 2012 under Sukan by

Skuad Harimau Malaya gagal mempamerkan aksi cemerlang untuk mencatat kemenangan apabila hanya terikat seri 2-2 dengan Singapura dalam perlawanan persabahatan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura malam ini.

Skuad kendalian jurulatih Datuk K.Rajagobal yang banyak menguasai permainan sejak awal perlawanan membuka tirai jaringan apabila jaringan Azamudin Akil pada minit ke-42 berjaya membolosi pintu gawang lawan untuk memperoleh gol pertama pasukan Malaysia.

Bersambung babak kedua, Malaysia yang semakin mengasak kubu pasukan tuan rumah terus berhasil mencipta gol apabila jaringan Syafiq Rahim pada minit ke-60 berjaya untuk mendahului Singapura 2-0.

Perjalanan rakyat Malaysia ke Rusia tanpa visa

Posted on the March 15th, 2012 under Tempatan by

PELANCONG dari Rusia kini tidak perlukan visa untuk datang ke Malaysia selama 30 hari. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Rusia bakal memperkenalkan perjalanan tanpa visa kepada rakyat Malaysia ke negara itu, sebagai timbal balas kepada kemudahan serupa diberikan kepada pelawat Rusia ke Malaysia, kata Duta Besar Russia ke Malaysia, Lyudmilla G. Vorobyeva.

Beliau berkata, perjanjian perjalanan tanpa visa itu sedang diperincikan dan berharap perjanjian itu dapat ditandatangani tahun ini.

Bukan salah kami

Posted on the July 29th, 2011 under Sukan by

TERSINGKIR di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 dengan agregat 6-4 selepas seri 1-1 dalam aksi timbal balik menentang Singapura, malam tadi adalah keputusan yang tidak adil buat ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal.

Bagi pengendali negara berusia 55 tahun itu, barisan Harimau Malaya sebenarnya mampu memenangi perlawanan itu jika tidak kerana taktik pemain lawan yang gemar melengah-lengahkan permainan.

“Saya tidak fikir keputusan ini adil buat kami, secara jujurnya kami boleh memenangi perlawanan ini. Walaupun secara keseluruhan kami tidak tewas malam ini (semalam), saya gembira dengan permainan pemain-pemain khususnya pada babak kedua,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan.

Semuanya tidak menjadi buat Malaysia pada babak pertama apabila bahagian serangan yang diketuai, Mohd Safee Sali gagal memecah benteng pasukan pelawat meskipun mendapat sorakan padu 90,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Benteng hilang fokus

Posted on the July 25th, 2011 under Sukan by

SELEPAS status juara Asia Tenggara dicalar musuh tradisi, Singapura, ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal perlu segera memulihkan semangat pemain Harimau Malaya kerana peluang mereka masih belum tertutup meskipun tumpas 3-5 pada perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, kelmarin.

Baki 90 minit permainan di Stadium Nasional Bukit Jalil Khamis ini bagi aksi timbal balik untuk menentukan slot ke pusingan ketiga harus digunakan sebaik mungkin pemain Malaysia meskipun skuad Singa kini memiliki sedikit kelebihan.

Di sebalik keyakinan skuad negara untuk mencipta kemenangan sekurang-kurangnya 2-0 pada aksi kedua untuk layak dengan peraturan gol di tempat lawan, persoalan juga timbul sejauh mana benteng pertahanan boleh menahan asakan anak buah Radojko Avramovic jika prestasi pertembungan pertama diambil kira.

Sime Darby membara

Posted on the July 19th, 2011 under Sukan by

JURULATIH Sime Darby FC, Ismail Zakaria menganggap peluang seimbang untuk anak buahnya layak ke Piala Malaysia 2011 apabila turun menentang Pahang, malam ini.

Namun pengendali berusia 50 tahun itu tetap mengharapkan barisan pemain mudanya mengambil kesempatan meledak jumlah jaringan yang selesa pada perlawanan aksi pertama play-off yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

“Kami sememangnya kurang berpengalaman jika dibandingkan dengan Pahang yang beraksi di Liga Super, namun ia tidak bermakna mereka akan mendapat laluan mudah terutamanya membabitkan satu tempat untuk melengkapkan 16 pasukan ke saingan berprestij seperti Piala Malaysia,” katanya.

Menurutnya, tahap kecergasan pemainnya juga sudah pulih selepas berehat agak panjang apabila saingan Liga Perdana berakhir.