Posts Tagged ‘Tiang’

[VIDEO] Lelaki Bercahaya Berjaya Dirakam Di Masjid Nabawi

Posted on the December 13th, 2012 under Agama by

Ada yang kata rakaman yang menampakkan sorang lelaki bercahaya sewaktu khutbah Jumaat didalam Masjid Nabawi ni, hanya edit semata-mata. Mulanya kami ingatkan silauan matahari atau lampu spotlight dalam Masjid Nabawi. Tetapi apabila di’play’ semula secara perlahan-lahan, cahaya itu memang datangnya dari sosok lelaki yang berada ditepi tiang sekali.

Tapi ramai jugak yang percaya bahawa kejadian ni sebenarnya realiti untuk menunjukkan kebesaran Allah SWT kepada manusia.

Terpulanglah pada persepsi masing-masing. Kejadian sebegini memang tidak mustahil boleh berlaku. Dan kalau nak difikirkan, perkara macam ini kecik sahaja bagi Allah SWT berbanding penciptaan seluruh alam semesta dan juga segala isinya.

Kelantan juara Piala Malaysia 2012

Posted on the October 21st, 2012 under Sukan by

KELANTAN membuktikan kehebatan sebagai gergasi Pantai Timur apabila mencatat kejuaraan treble musim ini dengan merangkul Piala Malaysia 2012 setelah menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 di Stadium Shah Alam, malam ini.

Sebelum ini, Kelantan menjuarai Liga Super dan Piala FA.

Indra Putra Mahayuddin menjadi wira pasukan Kelantan apabila menjaringkan gol kemenangan sekali gus memastikan Piala Malaysia menjadi milik The Red Warriors setelah hampa pada tahun lepas.

‘Kereta terbang’, 7 selamat

Posted on the October 13th, 2012 under Tempatan by

KUANTAN – Beberapa pelanggan yang sedang menikmati cendol di sebuah gerai tergamam selepas menyaksikan adegan kereta ‘terbang’ disusuli dengan dentuman kuat setelah kenderaan tersebut tercampak ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta lain di Jalan Beserah di sini, petang semalam.

Nasib mereka baik apabila kereta jenis Toyota Camry dipandu seorang seorang lelaki bersama penumpangnya tidak terus menggelongsor merempuh gerai sebaliknya terhenti beberapa meter di tepi jalan selepas bertembung dengan kereta jenis Perodua Kenari yang terbang dari arah laluan bertentangan.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, lima remaja belasan tahun difahamkan pelajar salah sebuah sekolah di sini terselamat walaupun kereta Kenari yang dinaiki remuk dalam nahas tersebut.

Piala Malaysia: ATM mara ke final

Posted on the October 12th, 2012 under Sukan by

PENANTIAN selama 46 tahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk beraksi di pentas final Piala Malaysia akhirnya menjadi kenyataan apabila menewaskan Lions XII menerusi sepakan penalti 5-4, selepas kedua-dua pasukan terikat agregat 2-2 selepas berakhirnya 120 minit masa perlawanan.

Dengan kemenangan ini, ATM bakal bertemu sama ada Selangor atau Kelantan, yang akan beraksi di Shah Alam, malam esok.

Tuan rumah hampir mendapatkan jaringan awal pada babak awal perlawanan menerusi percubaan Hai-0. Bagaimanapun sepakannya tersasar.

17 jam mayat bersujud

Posted on the September 6th, 2012 under Tempatan by

Orang ramai menjumpai Zairul Azri dalam keadaan bersujud, berdekatan semak, sehari selepas kemalangan. Gambar kecil: Mohd Zairul Azri Mohd Zuri.

PASIR MAS – Seorang remaja maut dalam kemalangan di Kampung Tok Dap, jam 9.45 malam, Isnin lalu dan hanya ditemui orang ramai, 17 jam kemudian.

Mangsa terkejut

Bendera Malaysia dinaikkan di selatan Thai

Posted on the September 1st, 2012 under Luar Negara by

SEKUMPULAN anggota polis memeriksa kawasan sekeliling sebuah hentian bas yang dipasang dengan bendera Malaysia di wilayah Narathiwat, semalam. – AFP

PATTANI, Thailand – Kumpulan pemberontak disyaki membakar beberapa helai bendera Thailand dan menaikkan bendera Malaysia di sini dalam satu operasi pengeboman terancang yang amat jarang berlaku di kawasan selatan negara ini semalam.

Menurut polis, alat seperti bom ditemui di sekurang-kurangnya 60 lokasi di Narathiwat dan Pattani, wilayah yang majoritinya terdiri daripada penganut Islam. Kebanyakan alat itu adalah palsu, tetapi hampir 12 unit daripadanya meletup dan mencederakan enam orang tentera.

Kes kecurian: Al-Quran bertaburan di lantai

Posted on the August 30th, 2012 under Tempatan by

Polis menjalankan siasatan berhubung kejadian curi di Masjid Sharifah Fatimah Kemunting.

JITRA – Seorang siak yang mahu menunaikan solat Subuh terkejut apabila melihat al-Quran berselerak atas lantai di Masjid Sharifah Fatimah Kemunting, di sini, semalam.

Ahmad Othman, 68, berkata, kira-kira jam 5.30 pagi, dia yang merupakan orang pertama sampai ke masjid terbabit mendapati pintu utamanya terbuka dan mengesyaki berlaku kes kecurian kerana tabung masjid turut hilang.