Posts Tagged ‘Terus’

Dirogol bergilir-gilir, gambar bogel dirakam

Posted on the January 15th, 2013 under Tempatan by

Klang: Seorang wanita bukan saja dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan lelaki malah gambarnya dalam keadaan berbogel turut dirakam kumpulan itu.

Mangsa juga mendakwa dijadikan tebusan selama sehari dalam kejadian Selasa lalu itu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang ketika mangsa sedang menunggu bas di Seksyen 15, Shah Alam, dekat sini bersama seorang rakannya sebelum dia diculik serta dibawa ke satu tempat oleh kumpulan lelaki itu.

Bapa, anak kantoi khalwat

Posted on the January 9th, 2013 under Tempatan by

Melaka: Bapa borek anak rintik. Itu yang digambarkan terhadap dua beranak apabila si ayah ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan seorang ibu tunggal dan pada masa sama anak gadisnya ditemui berkurung bersama teman lelakinya di bilik di rumah sama di Bukit Katil, di sini.

Dalam operasi jam 12.30 tengah malam, Sabtu lalu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyerbu rumah didiami seorang ibu tunggal berusia 46 tahun dan anak lelakinya berusia 15 tahun.
Dalam pemeriksaan dilakukan, anggota penguat kuasa menemui seorang lelaki berusia 48 tahun berstatus duda di ruang tamu rumah berkenaan dan siasatan mendapati dia kenalan rapat kepada wanita terbabit.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM, Rahimin Bani berkata, selepas menemui lelaki berstatus bukan muhrim itu anggotanya terus membuat pemeriksaan lanjut. Selepas soal tanya mendapati ada dua lagi individu iaitu anak kepada wanita terbabit dan anak perempuan lelaki itu yang berusia 14 tahun.

32 rahsia penting Yahudi

Posted on the December 27th, 2012 under Luar Negara by

1. Tahukah anda bahawa selain bangsa Yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda bahawa setiap bangsa yahudi yang ada di setiap negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar Palestin.

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan antara bangsa Yahudi dan bukan Yahudi.

Kelibat buaya dalam parit disangka batang pokok

Posted on the December 25th, 2012 under Tempatan by

DUA kakitangan Jabatan Hidupan Liar memasang perangkap buaya di Jalan Penampang, Kota Kinabalu semalam.

KOTA KINABALU – Para pelatih jururawat di Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1) gempar apabila melihat kelibat seekor buaya yang disangka batang pokok buruk di tepi parit besar di Jalan Penampang, berhampiran Muzium Sabah di sini pagi semalam.

Kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu berlaku ketika beberapa pelatih sedang menunggu bas sebelum melihat seekor buaya di tepi parit.

Bantah AES di TV3: Situasi Sebenar Zizan Raja Lawak

Posted on the December 24th, 2012 under Artis,Politik by

Zizan sedang memegang kertas membantah AES mungkin telah diberikan kepada Zizan semasa kesibukan tersebut.

Zizan baru menjelaskan kepada kami sebentar tadi dan meminta bantuan agar kes beliau difitnah memegang kertas AES itu kerana selepas beliau mahu masuk ke Seri Pentas Tv3 untuk mengacara racangan siaran langsung MELODI dan beliau telah lambat kerana di demonstrasi oleh penunggang motosikal kerana Mazidul Akmal dari 999 memfitnah penunggang motor berkuasa tinggi.

Zizan keluar dari kereta dan mahu masuk ke studio kerana kereta beliau tersangkut di tengah-tengah demonstrasi depan itu dan tidak mahu kelewatan. Sebagai seorang artis paling popular beliau di datangi dan diserbu oleh ahli demonstrasi yang mengenali beliau dan juga orang berebut untuk bergambar oleh orang yg membuat demotrasi dan tangan Zizan ketika dilihat dalam gambar amat banyak sekali barang dan ketika itu seorang ahli demontrasi itu telah memberi kertas yg Zizan tidak perasan apa itu dan terus mengangkat tangan dan masuk ke Studio tanpa mengetahui apa yg tertulis.

Rosmah mahu Harimau Malaya atasi Thailand

Posted on the December 12th, 2012 under Sukan by

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berharap skuad Harimau Malaya akan melakar kejayaan menentang Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2012, di Bangkok esok.

“Kepada skuad Harimau Malaya, semoga terus berjuang hingga ke titisan terakhir bagi mengharumkan nama negara,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program bual bicara ‘Hello Malaysia’, terbitan Bernama TV, di Wisma Bernama, di Kuala Lumpur malam tadi.

Rosmah turut meminta rakyat Malaysia, khususnya peminat bola sepak agar menyokong skuad kebangsaan dengan semangat ’1Malaysia Boleh!’.

Pada perlawanan pertama di gelanggang sendiri di Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad lepas, Harimau Malaya diikat 1-1 oleh skuad Gajah Perang.

Bekas Sarjan rugi RM1.46 juta

Posted on the December 10th, 2012 under Tempatan by

ANGGOTA polis menjalankan siasatan di rumah seorang ahli perniagaan yang dipecah masuk di Kuching pada 1 Disember lalu.

KUCHING – Kegembiraan seorang lelaki bercuti di Jakarta, Indonesia terbantut apabila dia mendapati wang sebanyak RM1.46 juta yang disimpan di dalam almari rumah teresnya di Taman Malihah, Matang di sini lesap semalam.

Ahli perniagaan merangkap kontraktor berusia 55 tahun tersebut menyedari kejadian itu sebaik tiba di rumahnya pada pukul 12.45 tengah malam.