
BOLA GERGASI…Liu membina ‘Bahtera Noh’ dilengkapi pelbagai keperluan.
BEIJING: Berdasarkan kalendar Mayan, kiamat akan berlaku 10 hari lagi.
Berikutan itu, sesetengah pihak yang percaya kepada ramalan itu cuba mencari jalan untuk menghadapi bencana berkenaan. Seorang petani di China percaya, dia mampu menghadapi sebarang malapetaka selepas membina tujuh ‘bola gergasi’ yang mampu menyelamatkannya dalam keadaan darurat. Liu Qiyuan menyiapkan alat itu yang digelar ‘Bahtera Noh’ menggunakan gentian kaca selepas mendapat ilham daripada filem Hollywood, 2012.

NEW YORK – Pertembungan dua lagi aliran cuaca yang bertukar menjadi taufan hampir menenggelamkan kota raya New York dan menjadikan Sandy sebagai taufan paling digeruni dalam sejarah Amerika Syarikat.
Sandy yang mulai membadai telah menyebabkan sebahagian besar kawasan rendah di Manhattan dilanda banjir sehingga bandar raya yang menjadi ikon Amerika Syarikat itu terputus bekalan elektrik.
Kira-kira 400,000 rumah terputus bekalan elektrik di kesemua lima kawasan pilihan raya bandaran iaitu dari selatan Pulau Manhattan sehingga ke kawasan 39th Street.

Kota Kinabalu digemparkan dengan kejadian awan yang berbentuk luar biasa, jarang sekali kita melihat awan seperti ini sebelum ini dan mungkin belum pernah pun. Awan aneh terbentuk pada jam 7:50 hingga 9:15 pagi 12 Jun 2012. Ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan. Namun begitu, menjelang tengahari, ribut kencang berserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah
Namun begitu menjelang tengah hari, ribut kencang beserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah. Amaran ini juga telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

WASHINGTON – Satu taufan besar bersaiz lima kali Bumi meletus di permukaan matahari melibatkan pusingan gas-gas terpanas lebih daripada 160,934 kilometer (km) sejam dan melebihi dua juta darjah Celsius.
Penemuan bersama taufan, Dr Huw Morgan berkata, taufan unik dan hebat itu mungkin memainkan peranan penting terhadap cetusan ribut-ribut solar global.
Gas-gas terpanas bermula 50,000 kepada 2 juta Kelvin disedut daripada akar dasar dan berpusar memasuki atmosfera sejauh 200,000 km tidak kurang tiga jam.
JAKARTA: Asean sudah bersiap sedia untuk membantu Myanmar, ekoran kejadian gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter yang melanda wilayah Shan di negara itu Khamis lepas.
Wakil Tetap Myanmar ke Asean, U Nyan Lynn berkata beliau menerima ucapan takziah serta sokongan padu dari Setiausaha Agung Asean, Dr Surin Pitsuwan sendiri dalam pertemuannya dengan Dr Surin di pejabat Sekretariat Asean pada Isnin.
“Saya juga menerima banyak panggilan telefon, e-mel dan pesanan teks dari Wakil Tetap lain-lain negara Asean,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Asean di sini.
“Saya ucapkan terima kasih kepada semua mereka yang mengambil berat mengenai Myanmar, dan kami amat menghargai segala tawaran dan bantuan yang dihulurkan,” tambahnya.