
Asisten Komisioner (ACP) Yahaya Ramli pada sidang media di Balai Polis Subang Jaya.
SUBANG JAYA: Polis memberi kepastian hampir 75 peratus bahawa mayat kanak-kanak yang ditemui di Pelabuhan Klang adalah William Yau.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Yahaya Ramli bekata, ia berikutan keluarga William mengenal pasti mayat mangsa berdasarkan parut di hadapan dan belakang kepala serta seluar pendek yang dipakainya.

William Yau Zhen Zhong
KLANG – Ibu bapa kanak-kanak yang hilang, William Yau Zhen Zhing, 6, hadir di bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, hari ini untuk membuat pengecaman ekoran penemuan satu mayat di jeti nelayan Sungai Sireh malam tadi.
Yau Kok Kang dan isterinya, Goh Ying Ying tiba di bilik mayat kira-kira jam 11 pagi tadi.
Mereka masuk ke bilik mayat melalui pintu belakang dan Ying Ying dilihat dalam keadaan menangis.

Video yang dimuat naik dalam akaun yang bernama Muhammad Ar-Rifa’i ini menunjukkan seorang yang berada di atas bumbung bangunan sedang mengangkat tangan memberikan tanda isyarat bahawa dia mahu menyerah diri.
Tahukah anda bahawa orang yang yang menyerah diri dalam video tersebut yang berdurasi 16 saat itu adalah tentera bayaran Bashar Al-Asad (shabiha) iaitu sniper yang menyerah kepada tentera FSA (pembangkang). Video tersebut dimuat naik pada hari selasa, 14 Januari 2013.

ANGGOTA polis menyiasat mayat Suntarambhal yang ditemui mati dikelar di dalam kereta miliknya di Desa Mentari, Petaling Jaya semalam.
PETALING JAYA – Tanda-tanya seorang suami mengenai isterinya yang gagal dihubungi terjawab apabila wanita itu ditemui mati dibunuh di dalam kereta jenis Honda City miliknya di tepi jalan berdekatan kawasan perumahan Desa Mentari di sini semalam.
Mayat S. Suntarambhal, 33, ditemui dengan lehernya dikelar pada pukul 1.15 pagi oleh orang awam.

Setiap orang, termasuk mereka yang lahir kembar, memiliki pola cap jari yang khas dan berbeza di antara satu sama lain. Itulah sebabnya, cap jadi menjadi tanda pengenal manusia untuk membezakan seseorang dengan orang lain.
Menurut Harun Yahya, sistem pengekodan ini dapat disamakan dengan sistem kode garis (barcode) sebagaimana yang digunakan ketika ini. Penekanan pada cap jari mempunyai makna sangat khusus.
Apa pasal? Menurut Harun Yahya, hal itu disebabkan cap jari setiap orang adalah khas bagi dirinya sendiri. Setiap orang yang hidup atau pernah hidup di dunia ini memiliki siri cap jari yang unik dan berbeza dari orang lain.

PENYOKONG Ultras Malaya bertindak menahan bas yang membawa pemain-pemain Harimau Malaya sebagai tanda protes berikutan kekalahan 0-3 Malaysia kepada Singapura pada kempen Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin.
DESAKAN peminat sejati Harimau Malaya yang menuntut pembaharuan skuad bola sepak kebangsaan dengan Datuk K. Rajagobal mengambil tindakan drastik meletak jawatan selaku jurulatih, bukanlah satu cerita baharu sebenarnya.
Bermula apabila skuad negara ditunjukkan jalan keluar oleh Singapura menerusi agregat 4-6 pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia pada Julai tahun lalu, kemarahan penyokong dilihat tidak lagi boleh dibendung sebaik dikecewakan lawan sama dengan keputusan 0-3 dalam aksi sulung kempen Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.

Pada zaman Nabi s.a.w, jumlah penduduk di kota Makkah masih sedikit, begitu pula dengan bangunannya. Rasulullah saw telahpun memberi amaran bahawa saat dekatnya kiamat ialah apabila didirikan bangunan sekitar Ka’bah melebihi dari pergunungan sekitarnya.
Inilah membuktikan mukjizat Nabi saw apabila secara khusus menggambarkan pembangunan pesat yang akan berlaku di sekitar Ka’bah. Tetapi yang lebih memeranjatkan apabila dinyatakan bahawa golongan yang sama itu jugalah yang bakal meruntuhkan Ka’bah! Alasan golongan tersebut ialah mereka akan membuat binaan yang lebih moden lagi.
Ibnu Syaibah meriwayatkan dengan sanadnya kepada Ya’la ibn Atha’ dari ayahnya, dia berkata: pada suatu hari, aku menuntun tali kekang onta Abdullah ibn Amr, lalu beliau berkata: “Bagaimana pendapat kalian, jika kalian hancurkan Ka’bah dan tidak menyisakan ada batu yang masih menumpuk? Mereka menjawab: oleh kita yang beragama Islam? Beliau menjawab: benar, kalian yang beragama Islam. Seseorang bertanya: lalu apa lagi? Beliau menjawab: kemudian ia akan dibangun dengan yang lebih bagus darinya. Apabila kalian telah melihat galian-galian besar di Makkah, dan bangunan-bangunannya menjulang tinggi melebihi pegunungannya, maka ketahuilah bahwa kiamat telah mendekatimu”[1].