
Laman web syarikat AirAsia yang menawarkan pakej tambang murah tetapi dikenakan tindakan denda oleh Mahkamah Persekutuan Australia.
MELBOURNE (Australia) – Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia telah dikenakan denda kerana tidak memasukkan cukai dan lain-lain caj dalam laman sesawangnya.
Syarikat penerbangan itu didenda A$200,000 (kira-kira RM600,000) di Mahkamah Persekutuan Melbourne semalam kerana melanggar peruntukan peletakan harga tunggal Undang-Undang Pengguna Australia, kata Australian Associated Press (AAP).

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd, kini positif untuk berpindah ke terminal penerbangan kos rendah baharu, KLIA2, di Sepang, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes Isnin.
Beliau berkata syarikat penerbangan itu akan memindahkan operasinya ke lapangan terbang baharu itu sebaik ia siap.
Lapangan terbang baharu itu dijangka memulakan operasi pada April tahun depan.

KUALA LUMPUR – Harga saham AirAsia Bhd. (AirAsia) di Bursa Malaysia terus menjunam buat hari kedua berturut-turut semalam ekoran pengumuman penubuhan syarikat penerbangan tambang murah baharu, Malindo Airways pada Selasa lalu.
Harga saham syarikat penerbangan tambang murah itu ditutup pada RM2.92 semalam, turun tujuh sen sesaham melibatkan 102.2 juta unit saham bertukar tangan.
Sehari selepas pengumuman pembentukan Malindo Airways, harga saham AirAsia jatuh 17 sen untuk ditutup pada harga RM3.02 dengan melibatkan volum 42.7 juta unit saham.

Pakistan International Airlines (PIA).
LAHORE – Gara-gara tertidur, seorang penumpang Pakistan International Airlines (PIA), yang sepatutnya turun di Paris terpaksa patah balik ke Lahore sebelum meneruskan penerbangan ke ibu negara Perancis itu.
Penumpang itu hanya tersedar dari tidur apabila pesawat hendak mendarat di Lahore, tempat dia berlepas pada hari sebelumnya.

BEBERAPA anggota penyelamat memeriksa lokasi nahas pesawat milik syarikat penerbangan Agni dekat Jomson, Nepal semalam.- Agensi
KATHMANDU – Sebuah pesawat terhempas di sebuah gunung di banjaran Himalaya ketika cuba mendarat di sebuah lapangan terbang di utara Nepal semalam dengan menyebabkan 15 orang terbunuh manakala enam lagi parah.
Ketua pentadbir tempatan, Laxmi Raj Sharma berkata, pesawat berkenaan berpatah balik untuk mendarat di Lapangan Terbang Jomson sebelum kapal terbang berkenaan terhempas.

BADAN sebuah pesawat Eva Airlines yang dihiasi dengan gambar watak kartun Hello Kitty berada di Lapangan Terbang Taoyuan, utara Taiwan kelmarin.
TAIPEI – Badan sebuah pesawat penumpang milik syarikat penerbangan Eva Airlines di Taiwan dihiasi dengan gambar watak kartun Hello Kitty.
Syarikat itu bekerjasama dengan firma komik Jepun, Sanrio yang memiliki jenama Hello Kitty untuk mempamerkan gambar kartun tersebut.

NYALAAN matahari terbesar dirakamkan satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan pada Selasa lalu.
WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Dua letusan kuat yang berlaku pada permukaan matahari diramalkan mencetuskan ribut geomagnetik dan radiasi terbesar yang pernah dialami Bumi dalam tempoh lima tahun, kata beberapa pakar cuaca kelmarin.
Ribut berkenaan yang akan berterusan sehingga ke hari ini, dijangka mengganggu grid kuasa, sistem navigasi dan satelit selain menyebabkan beberapa syarikat penerbangan mengubah laluan di sekitar kawasan kutub.