Posts Tagged ‘Susur’

KIAN WAN di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.
SHAH ALAM – Nenek kepada 30 cucu menerima padah apabila dia dihukum penjara 14 tahun dan denda RM30,000 atas kesalahan memperdagangkan tiga bayi yang berusia lima bulan ketika kejadian, empat tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu selepas mengenetepikan keputusan Mahkamah Sesyen Kajang yang melepaskan dan membebaskan Lian Kim Wan, 60, dari tuduhan tersebut.
Beliau juga memerintahkan hukuman penjara tambahan tiga tahun sekiranya gagal membayar denda.

GOPENG: “Anggota badan beberapa rakan saya bersepah di atas jalan, malah otak mereka turut hancur. Lebih menyedihkan, ketika saya mengangkat mayat seorang daripada mereka yang tubuhnya hampir putus dua akibat digilis treler.”
Itu kata Abdul Nasir Abdul Rahman, 49, rakan empat pekerja kontraktor syarikat Projek Penyelenggara Lebuhraya Berhad (Propel) yang terbunuh selepas digilis dan diseret sebuah treler lebih 10 tan berhampiran Kilometer 294.1, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Gopeng, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi yang turut menyebabkan enam parah itu, treler membawa coklat terbabit hilang kawalan dan memasuki lorong kecemasan lalu merempuh lapan pekerja Propel yang melakukan tugas pemasangan kabel optik di bahu lebuh raya.

BENTONG: Dua maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan treler dan sebuah Perodua Myvi di Kilometer 42.8 Lebuh Raya Karak menghala ke Kuala Lumpur berhampiran susur keluar Janda Baik, dekat sini, kira-kira 9.25 malam tadi.
Kemalangan berlaku apabila treler yang membawa muatan besi buruk dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan itu terbabas, bergesel dengan pembahagi jalan sebelum terbang serta terhumban ke laluan bertentangan.
Menurut jurucakap Peronda Lebuh Raya Karak, pemandu treler dikenali Mohd Yusof Mansor, 38, dan kelindannya yang belum dikenal pasti identiti maut di tempat kejadian selepas tercampak ke dalam longkang berhampiran.

PEMANDU kereta dinasihat tidak berhenti jika kenderaan mereka dilanggar dari belakang kerana dikhuatiri ia dilakukan oleh kumpulan penjenayah. – Gambar hiasan
KAJANG – Hati-hati jika kenderaan anda dilanggar dari belakang ketika memandu seorang diri melalui beberapa laluan utama di daerah ini ekoran sudah terdapat 10 kes kenderaan disamun pada tahun ini selepas perlanggaran itu.
Berdasarkan aduan, lokasi sasaran kenderaan banyak dilarikan penjenayah selepas dirempuh dari belakang ialah semua persimpangan menuju ke Lebuh Raya Silk, susur ke Lebuh Raya Utara-Selatan, jalan menuju ke Besraya dan semua susur masuk ke Lebuh Raya Grand Saga.

Kegiatan ajaran Pak Habib yang terletak di atas tanah seluas kira-kira 1.2 hektar.
RAWANG – Nabi Muhammad SAW dianggap tuhan, al-Quran hanya sebuah salinan buku lama, solat hanya perlu pada hari Khamis dan tidak perlu berpuasa di bulan Ramadan adalah antara amalan yang jelas terpesong dilakukan sekumpulan pengikut ajaran Pak Habib yang bergiat aktif sejak beberapa tahun di Bandar Country Homes (BCH) di sini.
Demikian maklumat yang didedahkan seorang individu yang hampir terikut dengan ajaran sesat itu.

ANGGOTA polis memeriksa kesan tembakan pada motosikal yang dinaiki dua jurutol yang ditembak berhampiran Plaza Tol Seremban kelmarin.
SEREMBAN – Dek kerana duit RM2,000, dua jurutol Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) cedera ditembak sebelum disamun perompak berhampiran Plaza Tol Seremban susur keluar ke arah utara di sini kelmarin.
Semasa kejadian pukul 9.57 malam itu, mangsa Nurijah Rosli, 24, dan Mohd. Haffiz Zamri, 26, menaiki sebuah motosikal dari Plaza Tol Seremban susur masuk ke Seremban dari arah utara menuju ke pejabat syarikat itu.

KERETA peronda trafik yang dilarikan suspek dekat susur keluar Plaza Tol Lanchang semalam.
KUANTAN – Seorang penjenayah bertindak berani melarikan kereta peronda trafik dan sempat berhenti untuk menyamun dua mangsa sebelum dia sendiri mati ditembak dalam kejadian di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat sini semalam.
Lelaki terbabit, Chiang Hon Hing, 39, yang berasal dari Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur dikatakan memberhentikan kenderaannya di tepi jalan susur masuk Plaza Tol Lanchang, LPT menghala ke Kuantan sebelum sebuah kereta peronda trafik jenis Proton Waja yang dinaiki dua anggota berhenti menyiasat pada pukul 1.10 pagi semalam.