Posts Tagged ‘Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia’

GOLONGAN belia kini boleh memilih mana-mana 70 jenis telefon pintar 3G yang tersenarai di bawah pakej PKB. – Gambar hiasan.
BEAUFORT – Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) mengemukakan 70 model telefon pintar yang boleh dipilih belia bagi mendapat rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB).
Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, model telefon berkenaan akan dipapar menerusi laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan belia membuat perbandingan harga di pasaran.

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Kabinet semalam bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar tanpa mengira harga untuk mendapatkan rebat RM200 seperti yang diumumkan dalam Bajet 2013.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini menjelaskan, keputusan itu diumumkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementerian tersebut semalam.
Pemberian rebat RM200 kepada 1.5 juta belia itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lalu.

KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah bersedia melaksanakan pemberian rebat RM200 bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G kepada belia berumur 21 hingga 30 tahun, mulai 1 Januari depan.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yakin program itu dapat dijalankan tanpa sebarang masalah berikutan persiapan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang sangat baik. “Kementerian itu bagaimanapun sedang meneliti makna sebenar istilah ‘smartphone’ yang digunakan dan kadar harga yang melayakkan pembeli menerima rebat tunai.
“Bila itu beres, saya kira tiada hal lagi (untuk pelaksanaan pemberian rebat). Ramai yang bertanya, jadi kita nak beri ruang secukupnya supaya mereka boleh berhubung terus dengan SKMM atau kedai dan ejen yang sudah didaftar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi 2012 kementerian itu di Muzium Negara di sini, semalam.
KUALA LUMPUR, 18 Okt — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini berkata keberatan untuk mendakwa pasangan muda Malaysia yang menyiarkan gambar dan video aksi seksual mereka dalam blog kerana ia akan menjejaskan masa depan pasangan tersebut.
“Jika saya pergi mencari mereka, ia akan menjadi kes jenayah … masa depan mereka akan terjejas,” Pengerusi SKMM, Datuk Sharil Tarmizi memberitahu The Malaysian Insider.
“Cukuplah,” tambah beliau merujuk kepada penyiasatan telah diumumkan oleh Lembaga Disiplin Universiti Nasional Singapura (NUS).

MOHD. RODWAN (kiri) menunjukkan peralatan Televisyen Protokol Internet yang dirampas di Butterworth, Pulau Pinang semalam.
BUTTERWORTH – Kira-kira 2,000 pelanggan televisyen menggunakan protokol internet yang dikenali sebagai MyIPTV di sini berputih mata apabila syarikat pembekal langganan siaran antarabangsa itu diserbu pihak berkuasa kelmarin.
Serbuan tersebut dilakukan kerana syarikat terbabit didapati membekalkan siaran televisyen berinternet secara haram termasuk lima saluran lucah yang dikenakan bayaran tambahan.

KUALA LUMPUR – Golongan belia akan menikmati rebat sebanyak RM200 secara one-off atau bayar sekali bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G, yang bertujuan membuka akses untuk golongan itu kepada lebuh raya maklumat, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.
Perdana Menteri berkata, pakej khas itu, yang akan diperkenalkan kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan syarikat telekomunikasi, terbuka kepada belia berumur antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.
“Sebanyak RM300 juta disediakan dan akan memanfaatkan 1.5 juta belia,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebahagian paparan skrin yang menunjukkan klip filem di YouTube tidak dapat diakses oleh pengguna di Malaysia.
SHAH ALAM – Treler filem kontroversi Innocence of Muslims berdurasi 13 minit, yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, tidak boleh diakses oleh pengguna dari Malaysia mulai petang tadi.
Sekatan itu berkuat kuasa sehari selepas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar mengambil tindakan sewajarnya.