
Manchester City merupakan kelab Liga Primer Inggeris pertama yang menyediakan surau untuk pemain muslim.
Dilaporkan Prayermagazine.net sebelum ini, surau tersebut berada di dalam Stadium Etihad dan biasanya dimanfaatkan para pemain sebelum pertandingan bermula.
Di Newcastle pula pada 7 Mei lalu jurulatih Newcastle United Alan Pardew mengemukan tentang rancangan kelab membina surau di dalam kompleks Sports Direct Arena.
“Kita telah memikirkan membina sebuah bilik khas untuk berdoa bagi semua agama di St James ‘Park (nama lama Sports Direct Arena) yang boleh digunakan semasa hari pertandingan,” kata Pardew berkenaan pendapatnya yang diterbitkan Daily Mail.

KUALA LUMPUR – Semua masjid dan surau di seluruh negara diminta mengadakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan penduduk Palestin yang sedang berdepan dengan kekejaman Israel.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata beliau juga telah meminta masjid-masjid utama di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia iaitu Masjid Negara, Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Wilayah Persekutuan serta seluruh masjid di Wilayah Persekutuan untuk berbuat demikian mulai hari ini.

GAMBAR Pierre siap berkopiah putih yang diambil dari Intagramnya.
UCAPAN Pierre Andre saat menerima trofi Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012 menggegarkan banyak jiwa. Bermacam persoalan dan andaian juga dibuat. Paling utama, kecenderungan anak sulung pelakon handalan Khatijah Tan itu terhadap ilmu agama terbuka jelas.
“Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah,” katanya membuka cerita tentang kehidupan baharu yang sedang dilaluinya ketika ini.
Jumaat lalu, Pierre membuka mulut di pentas yang disaksikan lebih empat juta penonton dengan kalimah ‘Bismillah.’

SEORANG penduduk, Zulkifli Mat menunjukkan tempat Abdullah ditemui mati di Tanah Merah semalam.
TANAH MERAH – Hasrat seorang warga emas untuk melaungkan azan dan mengimamkan solat Subuh di sebuah surau bertukar tragedi apabila dia ditemui mati dibunuh dalam kejadian di Kampung Gual Petai Lima, Gual Ipoh, dekat sini semalam.
Mayat Abdullah Nawang, 77, ditemui pada pukul 6 pagi oleh dua jemaah wanita yang mahu menunaikan solat Subuh di surau tersebut dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah selepas kepala mangsa disyaki dipukul dengan objek keras.

Redzuan menunjukkan gendang gergasi yang ditinggalkan di Surau Asy-Syakirin, Sungai Petani, Kedah semalam.
SUNGAI PETANI – Selepas setahun dikejutkan dengan penemuan sebuah beduk lama milik sebuah masjid di Johor, ahli jemaah sebuah surau di sini sekali lagi dikejutkan dengan penemuan hampir serupa apabila sebuah gendang lama didapati ditinggalkan di pintu pagar surau tersebut sejak beberapa hari lalu.
Kejadian itu disedari oleh ahli jemaah surau Asy-Syakirin, Bandar Perdana, Seksyen 8 di sini ketika mereka mahu mengerjakan solat Subuh.

ANGGOTA bomba melihat bumbung konkrit yang runtuh hingga mengakibatkan seorang buruh maut manakala tujuh lagi cedera di Shah Alam semalam.
SHAH ALAM – Sekumpulan enam buruh Indonesia yang sedang melakukan kerja-kerja ubah suai di sebuah banglo mewah bernilai hampir RM4 juta bernasib malang apabila salah seorang mereka maut manakala bakinya cedera parah apabila bumbung konkrit seberat 40 tan kediaman tersebut tiba-tiba runtuh.
Kejadian pukul 4.20 petang semalam di Jalan Jed Satu 7/5A, Seksyen 7 di sini itu berlaku ketika kesemua buruh berkenaan sedang melakukan pengubahsuaian di bahagian dalam serta aras atas banglo dua tingkat tersebut.

AZHAM (tiga dari kiri) menunjukkan pelbagai komponen motosikal yang dirampas daripada tiga lelaki pada sidang akhbar di Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU – Tiga remaja nakal terpaksa bermalam di lokap selepas ditahan kerana disyaki terlibat mencuri antara 10 hingga 20 buah motosikal jenis Honda EX5 bernilai RM80,000 milik jemaah yang sedang bersembahyang di surau dan masjid sekitar daerah ini sejak tiga bulan lalu.
Kesemua suspek berusia antara 16 hingga 19 tahun tersebut ditahan secara berasingan bermula pukul 8.30 malam Isnin lalu.