
Shila semasa menghadiri sidang media AIM ke-19 di Kuala Lumpur, kelmarin. – Foto Sinar Harian oleh Muhammad Azmi Aryanto
SELEPAS pulang ke pangkuan keluarga setelah hampir seminggu gagal dihubungi, penyanyi Patah Seribu, Shila Amzah terkilan dengan tindakan ayahnya, ND Lala membuat laporan polis mendakwa dia hilang.
Shila juga menegaskan, dia tidak melarikan diri, sebaliknya hanya mencari ketenangan.

Keadaan dalam masjid lama yang terbiar dan kotor. Gambar kecil: Ismail
MARANG – Penduduk di sini merayu pihak berkaitan agar membaik pulih semula atau merobohkan sebuah masjid lama di sini, agar tidak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab kerana keadaannya tidak terjaga.
Dakwa mereka, kemudahan lama di Binjai Rendah tidak lagi digunakan selepas masjid baru iaitu Masjid Haji Muda siap dibina lebih dua tahun lalu terletak bersebelahan masjid lama berkenaan sekaligus kemudahan itu terbiar dan mereput.

SEORANG pemuda (duduk) ditangkap oleh orang ramai selepas menceroboh bilik hotel didiami jurujual wanita.
MELAKA — Seorang lelaki dibelasah orang ramai selepas menyamun dan cuba merogol seorang jurujual di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Melaka Raya 3 di sini hari ini.
Kejadian berlaku pada 11.45 pagi di mana lelaki sekitar 20-an tersebut dipercayai menceroboh bilik mangsa ketika mangsa keluar untuk makan di sebuah restoran berhampiran.
Wong Siew Hong, 38, dari Johor Baharu berkata dia hanya menyedari kehadiran lelaki terbabit selepas pulang ke biliknya di tingkat dua hotel berkenaan.
KUALA LUMPUR: Tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam menyambut Ramadan, sindiket pelacuran, khususnya di Bukit Bintang, terus beroperasi dengan sasaran bukan saja penduduk tempatan, malah pelancong, terutama warga Asia Barat.
Malah, ulat atau ‘kapten’ yang berlegar sekitar kawasan itu tidak putus-putus menawarkan perkhidmatan urut dan perkhidmatan ‘tambahan’ setiap kali wartawan melintasi pusat urut refleksologi, walaupun menyedari wartawan dan jurugambar beragama Islam.
Bagaimanapun, mereka tidak menyedari kunjungan berkenaan sebenarnya untuk menyertai ‘Ops Noda’ oleh sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Bukan saja penduduk tempatan, golongan itu turut menyasarkan pelancong Islam, terutama dari Asia Barat yang bercuti di Malaysia, terutama sepanjang Jun, Julai dan Ogos.

Noraini (kiri) terkejut ketika aktivitinya menjual makanan dirakam Sinar Harian, semalam.
SUNGAI CHOH – Peniaga sebuah premis perniagaan terkedu melihat lensa kamera Sinar Harian merakam aktivitinya melayan pelanggan Melayu membeli makanan pada waktu siang, semalam.
Itu reaksi Marisol, 47, atau Noraini sebaik melihat wartawan Sinar Harian bersama Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Stesen, Rosli Kahan tiba di kedainya di kawasan industri kecil, Taman Anugerah Suria, di sini.
Dia yang berniaga melalui pintu belakang restoran milik suaminya jelas terkejut dengan kehadiran Sinar Harian dan meminta maaf atas perbuatannya.

DUA mangsa menunjukkan kedai menjual pakaian di Facebook yang didakwa menipu mereka selepas membeli baju kurung di laman sosial tersebut di Padang Besar semalam.
PADANG BESAR – Impian lima rakan sekerja untuk melaram baju kurung baharu yang didakwa dibeli melalui sebuah kedai pakaian di laman sosial, Facebook bagi menyambut Aidilfitri nanti berkecai setelah pakaian yang dipesan tidak diterima.
Kesemua mereka bertugas di sebuah institut pengajian tinggi di sini kerugian RM520 berikutan 10 pasang baju kurung yang dipesan itu tidak diterima selepas membuat bayaran pada 19 Julai lalu.

CHITTAGONG (Bangladesh): Meyakini ada hikmah di sebalik sesuatu peristiwa termasuk yang buruk, satu tuntutan di kalangan umat Islam. Mengambil kira faktor ini, konflik berdarah antara etnik Rakhine dengan penduduk Islam Rohingya yang tercetus di Arakan, Myanmar, pada awal Jun lalu, turut tidak terkecuali.
Ini kerana konflik yang meragut ribuan nyawa umat Islam Rohingya itu serta mencetus derita kepada ratusan ribu yang lain, secara tidak langsung menggamit semula perhatian dunia luar terhadap hampir 90,000 pelarian Rohingya yang menghuni tiga kem pelarian di Bangladesh sejak 21 tahun lalu.
Berikutan tempoh panjang itu, mereka yang hidup serba kedaifan dan penuh penderitaan seakan-akan dilupakan apabila jarang menerima bantuan termasuk daripada saudara seagama.