Posts Tagged ‘Segamat’

Lelaki janji tunang 5 wanita

Posted on the October 29th, 2012 under Tempatan by

BUKTI…Nina dan Wani yang menjadi mangsa lelaki kasanova menunjukkan laporan polis mereka.

SEGAMAT: Kelicikan seorang lelaki yang memperdaya puluhan wanita dikenalinya melalui laman mencari jodoh sehingga dapat mengikis wang lebih RM100,000 terbongkar apabila seorang daripada mangsa curiga dengan kegagalannya hadir untuk majlis pertunangan mereka.

Hasil ‘siasatan’ mangsa itu yang mahu dikenali sebagai Wani, 28, amat mengejutkan apabila kekasihnya itu bukan saja berjanji untuk bertunang dengannya pada 26 Ogos lalu, tapi turut membuat janji serupa dengan empat lagi wanita lain.

Wani yang bekerja sebagai guru sekolah rendah berkata, dia menghubungi empat wanita itu yang mengaku senasib dengannya apabila wang mereka turut dikikis lelaki sama.

Tidak sanggup kembar dipisah

Posted on the September 18th, 2012 under General by

Keadaan Muaimin Azli (kanan) yang sering demam menyebabkan dia bersama abangnya, Muaiman (kiri) terus dirawat di Hospital Kuala Lumpur selepas menjalani pembedahan pada Julai lalu.

KUALA LUMPUR – Meskipun sudah mampu menjalani kehidupan normal, sepasang kembar Siam yang menjalani pembedahan maraton di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hampir dua bulan lalu masih tidak dibenarkan pulang ke rumah mereka di Johor.

Bapa kembar tersebut yang kini berusia 17 bulan, Azli Sabran berkata, hal tersebut disebabkan keadaan Muaimin yang kini memiliki kaki kanan sahaja sering menghidap demam berbanding abangnya, Muaiman yang sentiasa ceria.

140 bayi luar nikah diselamatkan

Posted on the September 14th, 2012 under Tempatan by

MUAR – Seramai 140 bayi luar nikah di negeri ini berjaya diselamatkan daripada digugur atau dibuang oleh ibu mereka yang kebanyakannya remaja bawah umur berusia di antara 13 hingga 18 tahun sepanjang empat tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai (gambar) berkata, rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri sejak 2009 menunjukkan bayi yang dapat diselamatkan meningkat setiap tahun setelah ibunya ditempatkan di pusat-pusat perlindungan remaja hamil luar nikah.

Katanya, daripada jumlah itu, 23 bayi diselamatkan pada 2009 dengan Johor Bahru mencatatkan bilangan tertinggi iaitu lima bayi diikuti Muar dan Kluang masing-masing empat bayi, Kota Tinggi (3) dan Segamat serta Batu Pahat masing-masing dua bayi, selebihnya di daerah lain.

“Pada tahun 2010, jumlahnya meningkat apabila 39 bayi berjaya diselamatkan iaitu Johor Bahru (10), Muar, Pontian dan Kota Tinggi masing-masing lima bayi manakala Segamat, Muar dan Kluang masing-masing empat bayi dan di Mersing pula dua bayi.

Malaysia perlukan 100,000 amah dari Indonesia

Posted on the June 4th, 2012 under Tempatan by

SEGAMAT – Malaysia masih memerlukan 100,000 pembantu rumah dari Indonesia selepas pembekuan terhadap penghantaran pembantu rumah dari negara itu ditarik balik oleh kerajaan Indonesia baru-baru ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, sehingga kini, kementerian itu menerima antara 70,000 dan 80,000 permohonan untuk mendapatkan pembantu rumah dari negara itu yang dijangka akan terus meningkat.

Dipetik Bernama, kata beliau, bagaimanapun kos yang dikenakan agak tinggi terhadap agensi yang terlibat menyebabkan Indonesia lebih tertumpu untuk menghantar pekerja asing ke negara lain yang menawarkan gaji yang lebih lumayan.

“Mereka kini melatih pembantu rumah tetapi mereka lebih memilih untuk ke Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan dan Singapura kerana gajinya lebih tinggi,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Anggota Parlimen Segamat, Taman Segamat Jaya di sini hari ini.

Bayi yang dijumpai rupanya anak sendiri

Posted on the November 4th, 2011 under General by

SEGAMAT: Pada 26 Ogos lalu, seorang lelaki mendakwa menemui seorang bayi ditinggalkan di depan sebuah pasar raya di bandar ini dan Selasa lalu, dia ditahan selepas siasatan polis mendapati suspek adalah bapa bayi malang itu.

Tindakan bijak pegawai penyiasat kes yang meminta lelaki berusia 21 tahun itu untuk menyerahkan sampel asid deoxyribonucleic (DNA) selepas mendapati hidung bayi serta lelaki terbabit serupa akhirnya berjaya membongkar penipuan berkenaan.

Ketika mendedahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Majid Mohd Ali berkata, hasil ujian DNA dilakukan Jabatan Kimia diperoleh pihaknya Selasa lalu, suspek terus ditahan di kediamannya di Felda Selancar untuk membantu siasatan.

Qiamulail sambil curi duit masjid

Posted on the September 23rd, 2011 under Tempatan by

CURI ...Koperal Abd Kassim Aboo (tiga dari kiri) bersama Mohamad Syafiq (dua dari kanan) menunjukkan tabung yang duitnya dicuri.

SEGAMAT: Seorang penganggur membuat helah mahu melakukan Qiamullail bagi membolehkannya bermalam di Masjid Jamek Chaah di sini, tetapi misi sebenarnya ialah mencuri wang daripada dua tabung rumah ibadat berkenaan.

Sebelum kejadian 15 September lalu, jemaah di masjid berkenaan merungut kerana jumlah kutipan tabung masjid berkurangan sedangkan setiap bulan, ia mampu mengumpul sumbangan mencecah RM3,000.