Posts Tagged ‘Sarawak’

KUALA LUMPUR – Petronas hari ini mengumumkan penemuan minyak dan gas di telaga Adong Kecil West-1 di Blok SK333, di laut Sarawak, penemuan minyak dan gas, pertama di laut Malaysia selepas 24 tahun.
Syarikat minyak negara itu berkata penemuan kali terakhir di laut ialah di Medan Asam Paya pada 1989, juga di Sarawak.
Petronas berkata telaga Adong Kecil West-1, terletak kira-kira 20km di timur laut pekan Miri, digerudi oleh JX Nippon Oil & Gas Exploration (Onshore Sarawak) Ltd, operator bagi Blok SK333, bersama-sama rakan usaha samanya, Petronas Carigali Sdn Bhd.

KUCHING: Dua pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, di sini, direman tiga hari bermula semalam kerana disyaki membelasah seorang tahanan sehingga koma dan terpaksa menjalani pembedahan berikutan mengalami pendarahan otak.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap anggota atau pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan kesalahan dan memberi jaminan kes itu akan disiasat secara terperinci.
“Polis tidak akan menyembunyikan sebarang kesalahan dilakukan anggota dan pegawai, bahkan mereka akan didakwa seperti orang awam,” katanya sambil menjelaskan kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

KUALA LUMPUR – Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd. (Ayamas) semalam menafikan dakwaan yang menyatakan syarikat itu menggunakan antibiotik yang diharamkan pihak berkuasa dalam produk ayam keluaran syarikat tersebut.
Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korporat Ayamas, Rosniza Baharum berkata, pihaknya sangat terkejut mendengar larangan import produk ayam keluaran Ayamas ke Sarawak oleh pihak veterinar negeri tersebut kerana didakwa mengandungi antibiotik yang dikenali sebagai Chloramphenicol.
Menurut beliau, pihaknya sentiasa melaksanakan langkah kawalan kualiti yang ketat untuk memastikan semua produk keluaran Ayamas sentiasa berada pada tahap terbaik sebelum dipasarkan kepada pelanggan kerana keselamatan dan kesihatan pengguna adalah keutamaan syarikat itu.

ANAK panah menunjukkan arah seorang wanita terjatuh dari tingkat enam Apartmen Ixora, Jalan Tun Razak semalam.
KUALA LUMPUR – Seorang wanita Sarawak yang baru tiba di sini untuk mengubati penyakit misteri yang didakwa berpunca daripada rasukan makhluk halus mati selepas tiga jam dia ditemui dalam keadaan parah akibat terjatuh dari tingkat enam Apartmen Ixora, Jalan Tun Razak, Pudu di sini kelmarin.
Wong Wei Sing, 54, disahkan mati ketika dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada pukul 5.30 petang selepas mengalami kecederaan parah dengan kedua-dua belah kakinya patah manakala pahanya cedera akibat terjatuh tiga jam sebelum itu.

KUALA TERENGGANU – Pasukan Terengganu kehilangan 10 pemain utama setelah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengambil keputusan melepaskan mereka selepas mendapat persetujuan bersama untuk saingan Liga Malaysia musim depan.
Presidennya, Datuk Che Mat Jusoh memaklumkanbahawa 10 pemain yang dilepaskan itu termasuklah bintang bola sepak tempatan dan dua pemain import pasukan Terengganu yang masih mempunyai kontrak sehingga penghujung musim ini.
Menurutnya, pemain yang meminta mereka dilepaskan dan mendapat persetujuan daripada persatuan antaranya termasuklah Mohd Sharbinee Allawee (penjaga gol); Mohd Muslim Ahmad (pertahanan); Abdul Hadi Yahya (penyerang); tiga pemain tengah, Joseph Kalang Tie; Reeshafiq Alwi dan Shukor Jusoh.

SHAH ALAM – Gara-gara pertikai kebolehan penerjun negara, Pandelela Rinong, para peminatnya menuntut seorang pemegang akaun laman sosial Facebook, Johari Pain agar menunaikan janji yang dia sanggup memotong kemaluan jika atlet itu memperoleh pingat dalam acara Sukan Olimpik yang disainginya.
Johari membuat kenyataan itu beberapa jam sebelum Pandelela bersaing dalam peringkat akhir acara 10m Platform Wanita awal pagi tadi (waktu Malaysia) selepas berjaya di separuh akhir.
Pandelela dari Sarawak memperoleh pingat gangsa, sekali gus mencatatkan rekod sebagai atlet wanita pertama membawa pulang pingat.

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menyambut baik keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyerahkan trofi Liga Super pada perlawanan terakhir menentang Sarawak di sini, Sabtu ini.
Berita baik tersebut disahkan oleh Naib Presiden Kafa, Rosmadi Ismail yang dihubungi Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT), Datuk Hamidin Mohd Amin hari ini.
“Kita mengucapkan terima kasih kepada FAM yang mempertimbangkan rayuan dikemukakan menerusi sepucuk surat oleh Kafa dua hari lalu.
“Piala tersebut akan disampaikan oleh Naib Presiden FAM, Datuk Affandi Hamzah sebaik sahaja perlawanan Kelantan menentang Sarawak berakhir malam Sabtu ini,” katanya.
Kelantan disahkan sebagai juara Liga Super minggu lalu.