Posts Tagged ‘Salinan’

Wanita 30-an bersuami dua

Posted on the January 2nd, 2013 under Tempatan by

Wanita berkenaan pada mulanya enggan mengaku telah bernikah, namun akur setelah didesak pihak berkuasa. Doktor berkenaan diambil keterangan pegawai penguat kuasa Jaij

BATU PAHAT – Perbuatan wanita lewat 30-an yang dipercayai menduakan suaminya dengan menikahi lelaki lain, terbongkar apabila dokumen pernikahannya dengan doktor ditemui pihak berkuasa.

Bertindak hasil aduan orang ramai dan siasatan selama beberapa hari, serbuan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat dilakukan di sebuah vila semasa Operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi semalam.

Gundik 11 tahun, 4 kali gugur zuriat haram

Posted on the December 21st, 2012 under Tempatan by

SHAH ALAM: Tidak mahu terus bergelumang dengan dosa, seorang ibu tunggal tiga anak yang menjadi wanita simpanan seorang pegawai kerajaan selama hampir 11 tahun, rela berdepan hukuman apabila menyerah diri di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), di sini, kelmarin.

Wanita berusia 40-an itu mengaku sudah empat kali menggugurkan kandungan hasil hubungan haram itu, namun kini insaf selepas menyedari kekasih gelapnya itu hanya menjadikannya alat pemuas nafsu.

Malah, dia yang mahu dikenali sebagai Ros berkata, lelaki itu sering memukulnya hingga hidungnya patah akibat dipijak dan wangnya juga dikikis sehingga puluhan ribu ringgit termasuk untuk membeli kereta.

3 konstabel ditahan kes rogol

Posted on the November 11th, 2012 under Tempatan by

BUKIT MERTAJAM – Tiga anggota polis ditahan bagi membantu siasatan selepas seorang wanita Indonesia membuat laporan polis mendakwa dirinya diperkosa ketika ditahan di sebuah balai di sini semalam.

Semua mereka berpangkat konstabel yang berusia 20 hingga 30-an itu ditahan petang semalam dan direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi Kosmo! Ahad mengesahkan tangkapan tiga anggota itu yang dibuat susulan laporan daripada mangsa yang berusia 25 tahun kelmarin.

Ibu tuntut masjid serah bantuan

Posted on the November 6th, 2012 under Tempatan by

SARIFFAH (dua dari kiri) bersama empat daripada lima orang anaknya menunjukkan salinan laporan polis di Bandar Sunway, Subang Jaya semalam.

SUBANG JAYA – Seorang peniaga pusat kesihatan menuntut pihak pengurusan sebuah masjid di sini menyerahkan bantuan hari raya terkumpul berjumlah RM3,000 yang didakwa diperuntukkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk lima orang anaknya sejak enam tahun lalu.

Sariffah Mat Nor Rashid, 45, mendakwa, pengurusan masjid berkenaan gagal menyerahkan bantuan hari raya untuk golongan anak yatim itu kepada anaknya sejak suaminya meninggal dunia akibat penyakit kronik pada tahun 2005.

Safee terpaksa diketepikan dari skuad kebangsaan

Posted on the October 12th, 2012 under Sukan by

SAFEE terpaksa melupakan hasrat beraksi pada Piala AFF Suzuki November depan.

PERSATUAN Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) digantung sementara oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) dan yang mendapat tempiasnya ialah penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan beliau telah menerima salinan surat penggantungan tersebut daripada PSSI yang turut melibatkan setiap pegawai dan pemain kelab Liga Super Indonesia.

Pemain yang bernaung di bawah Pelita Jaya juga tidak dibenarkan beraksi dengan skuad kebangsaan.

Jimmy serah 2 bukti video

Posted on the August 29th, 2012 under Artis by

SHAH ALAM: Pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley menyerahkan dua salinan rakaman video kepada Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam sebagai bukti bagi menyokong afidavit keterangannya kerana mempertikai kelayakan isteri, Nursuhaila Eliani Suhaimy yang menuntut hak penjagaan (hadanah) anak perempuan mereka, Zahra Rania Shanley.

Bagaimanapun, Hakim Syarie Mawardi Che Man berkata, isu salinan video dikemukakan Jimmy selaku defendan dalam kes itu ditangguhkan terlebih dulu sehingga Nursuhaila sebagai plaintif dapat melihat rakaman video berkenaan.

Terdahulu, peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus yang mewakili Jimmy memberitahu mahkamah pihaknya memfailkan afidavit keterangan defendan pada 15 Ogos lalu manakala plaintif menerima afidavit keterangan itu dua hari kemudian.

Ajaran Pak Habib terpesong, anggap al-Quran kitab lama

Posted on the August 3rd, 2012 under Tempatan by

Kegiatan ajaran Pak Habib yang terletak di atas tanah seluas kira-kira 1.2 hektar.

RAWANG – Nabi Muhammad SAW dianggap tuhan, al-Quran hanya sebuah salinan buku lama, solat hanya perlu pada hari Khamis dan tidak perlu berpuasa di bulan Ramadan adalah antara amalan yang jelas terpesong dilakukan sekumpulan pengikut ajaran Pak Habib yang bergiat aktif sejak beberapa tahun di Bandar Country Homes (BCH) di sini.

Demikian maklumat yang didedahkan seorang individu yang hampir terikut dengan ajaran sesat itu.