Posts Tagged ‘Saki Baki’

Awas geng langgar, samun kereta

Posted on the August 24th, 2012 under Jenayah by

PEMANDU kereta dinasihat tidak berhenti jika kenderaan mereka dilanggar dari belakang kerana dikhuatiri ia dilakukan oleh kumpulan penjenayah. – Gambar hiasan

KAJANG – Hati-hati jika kenderaan anda dilanggar dari belakang ketika memandu seorang diri melalui beberapa laluan utama di daerah ini ekoran sudah terdapat 10 kes kenderaan disamun pada tahun ini selepas perlanggaran itu.

Berdasarkan aduan, lokasi sasaran kenderaan banyak dilarikan penjenayah selepas dirempuh dari belakang ialah semua persimpangan menuju ke Lebuh Raya Silk, susur ke Lebuh Raya Utara-Selatan, jalan menuju ke Besraya dan semua susur masuk ke Lebuh Raya Grand Saga.

Geng Susu Kangkang kecundang

Posted on the August 23rd, 2012 under Tempatan by

Ab. Rashid (dua dari kiri) menunjukkan barang rampasan daripada lapan ahli Geng Susu Kangkang pada sidang akhbar di Kajang semalam.

KAJANG – Jika sebelum ini banyak kumpulan penjenayah dilaporkan memilih untuk merompak barang-barang kemas atau kenderaan mewah namun lain pula sasaran penjenayah Geng Susu Kangkang apabila mereka hanya berminat untuk mencuri susu tepung berjenama.

Geng Susu Kangkang sebelum ini dikesan aktif melakukan jenayah tersebut di Perlis dan Kedah namun kegiatan tersebut ditumpaskan apabila beberapa ahlinya diberkas kerana mencuri susu tepung di beberapa pasar raya di kedua-dua negeri itu.

Calon Ikhwan menang p’raya Presiden Mesir

Posted on the June 18th, 2012 under Luar Negara by

KAHERAH: Setelah tamatnya tempoh mengundi pada jam 10 malam, proses pengiraan undi pusingan kedua pilihan raya Presiden terus berjalan di setiap pusat-pusat mengundi di seluruh Mesir.

Ia berjalan lancar dan tidak ada sebarang kekacauan besar yang dilaporkan berlaku setakat ini di seluruh Mesir. Akan tetapi pertandingan pusingan kedua ini telah menyerlahkan lagi pertembungan sengit antara calon dari gerakan Islam Ikhwan Muslimin dengan calon yang ditaja dari saki-baki pimpinan rejim Mubarak serta pihak tentera SCAF.

Proses pengiraan undi berjalan lancar terutama apabila baru-baru ini Parlimen telah mengeluarkan ketetapan bahawa hendaklah dibuat kiraan undi tempat undian itu sendiri bagi lebih menjamin ketelusan dan mengelakkan sebarang penipuan. Proses pengiraan ini dikawal selia oleh seorang hakim dan wakil-wakil calon yang bertanding. Salinan keputusan di peti undi tersebut diberi kepada setiap wakil calon dengan ditandatangani sendiri oleh seorang hakim yang memang menyelia peti undi di sepanjang tempoh pengundian.

Kebangkitan kedua rakyat Mesir

Posted on the June 4th, 2012 under Luar Negara by

Calon pilihan raya presiden, Hamdeen Sabahi menyertai penunjuk perasaan mengadakan protes di Dataran Tahrir pada Sabtu lalu.

KAHERAH – Kumpulan prodemokrasi kembali mengadakan protes selepas mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas bekas presidennya, Hosni Mubarak atas tuduhan membunuh lebih 900 orang penunjuk perasaan.

Mereka juga berang kerana anaknya, Gamal dan Alaa didapati tidak bersalah atas tuduhan rasuah. Ekoran itu beribu-ribu penunjuk perasaan membanjiri Dataran Tahrir dan bandar-bandar lain.

Petinju negara bersihkan nama TMJ

Posted on the May 29th, 2012 under Tempatan by

Muhamad Farkhan ketika sidang akhbar untuk menjelaskan keadaan sebenar, semalam.

JOHOR BAHRU – Petinju negara, Muhamad Farkhan Mohd Haron, 24, yang cedera dipukul sekumpulan individu, awal bulan ini, mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan situasi sebenar kejadian di Majlis Sukan Negeri Johor, semalam.

Menurutnya, spekulasi kononnya dia dipukul di restoran tidak benar.

Pencarian lailatul qadar

Posted on the August 24th, 2011 under Agama by

KITA sudah pun berada dalam sepuluh hari-hari terakhir Ramadan yang dirindui oleh para kekasih Allah SWT. Ini bererti kita sudah memasuki sepertiga terakhir Ramadan yang menandakan Ramadan akan melambaikan salam perpisahannya dalam beberapa hari yang pendek.

Hari-hari ini dirasakan pendek oleh para Solehin kerana mereka begitu yakin dengan ketinggian nilai dan keistimewaan hari-hari ini yang menyebabkan mereka seolah-olah merasa tidak mencukupi dengan saki-baki minit dan jam yang ada.

Geng Iskandar punah

Posted on the July 2nd, 2011 under Tempatan by

KUALA LUMPUR: Bergiat aktif dalam jenayah samun, pecah rumah dan curi kereta sejak 18 bulan lalu, satu kumpulan jenayah yang digelar ‘Geng Iskandar’ tumpas apabila polis menyerbu sebuah kondominium yang dijadikan markas serta tempat simpanan pelbagai barangan curi.

Dalam serbuan kira-kira jam 8.30 malam pada 23 Jun lalu di Jalan Ipoh, di sini, empat suspek termasuk ketua kumpulan terbabit yang dikenali sebagai Iskandar diberkas dan ratusan barangan curi dirampas antaranya tujuh kereta, dua motosikal, pelbagai barang elektrik dan barang kemas.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata semua barang curi itu dianggarkan bernilai melebihi RM2 juta dan kumpulan terbabit dipercayai menjalankan kegiatan mereka di Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Kelantan.