Posts Tagged ‘Sahaja’

Ketika menjalani pembedahan membuang tumor di otaknya.
SIAPA sangka di sebalik musibah yang menimpa, ada rahmat besar yang menanti. Perkara ini diakui oleh Mohd Royzilee Mustaffa. Segalanya berlaku begitu pantas, Royzilee tidak menyangka dirinya menjadi mangsa rompakan. Walau sudah cukup berhati-hati namun takdir mengatasi segalanya.
Menyingkap kisah tragis yang menimpa dirinya, anak muda ini tidak dapat lupakan tarikh 1 September 2005 yang mengubah perjalanan hidupnya. Walaupun sudah tujuh tahun berlalu namun kisah ini masih segar dalam ingatan dan tidak mungkin dapat dilupakan.

KUALA LUMPUR – Seorang bekas peniaga kraf tangan di Pasar Seni di sini meminta pihak pengurusan Central Market Sdn. Bhd. supaya lebih bertimbang rasa berhubung kenaikan kadar sewa di pusat pelancongan itu.
Mohammad Zainahar Yuzkhairi, 39, mendakwa, harga sewa tapak seluas 4 x 7 meter kini mencecah ribuan ringgit sehingga menyukarkan penyewa lain terutama bumiputera untuk meneruskan perniagaan.
Sebagai contoh, katanya, mulai Januari tahun ini, peniaga dikehendaki membayar RM2,500 sebulan berbanding RM1,000 pada tahun lalu.

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri mahu Kerajaan Persekutuan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, penggunaan kamera AES wajar ditangguhkan memandangkan Kerajaan Negeri sendiri tidak dimaklumkan lebih awal mengenai perkara tersebut.
“Kita fikir perlu mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai pelaksanaan sistem ini. Kita minta Setiausaha Kerajaan Negeri memanggil Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan untuk memberi taklimat mengenai perkara ini.

BATU PAHAT – Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang bakal dilaksanakan di kebanyakan jalan raya di negara ini mendapat reaksi positif dalam kalangan orang ramai, asalkan ia dilakukan dengan cara betul dan bertujuan mendidik pengguna jalan raya.
Orang ramai serta sebahagian pemimpin mengharapkan pelaksanaan AES ini bukanlah untuk menghukum pemandu berkenaan, tetapi hasilnya lebih baik dengan dapat melahirkan pemandu berhemah di jalan raya.
Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad berkata, pemasangan sistem berkenaan memerlukan kajian yang teliti dan bukannya dipasang untuk mencari serta menghukum pengguna jalan raya sahaja.

Redzuan menunjukkan gendang gergasi yang ditinggalkan di Surau Asy-Syakirin, Sungai Petani, Kedah semalam.
SUNGAI PETANI – Selepas setahun dikejutkan dengan penemuan sebuah beduk lama milik sebuah masjid di Johor, ahli jemaah sebuah surau di sini sekali lagi dikejutkan dengan penemuan hampir serupa apabila sebuah gendang lama didapati ditinggalkan di pintu pagar surau tersebut sejak beberapa hari lalu.
Kejadian itu disedari oleh ahli jemaah surau Asy-Syakirin, Bandar Perdana, Seksyen 8 di sini ketika mereka mahu mengerjakan solat Subuh.
PETALING JAYA: Tidak gelisah dengan kenyataan dan tindak balas bersifat penghinaan terhadap blog erotik mereka, pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee memberitahu pengkritik mereka untuk berundur.
Dalam mesej video yang disiarkan pada Selasa, Tan dan Lee menjawab soalan yang sering ditanya tentang mereka sejak blog erotik mereka Sumptuous Erotica dipaparkan media Singapura.
Ditanya adakah mereka akan mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka, Tan menghamburkan perkataan pedas kepada pengkritiknya.
“(Membuat meminta maaf) tidak pernah terlintas di fikiran saya. Saya perlu meminta maaf untuk apa? Untuk menyakitkan perasaan lembut dan sensitif anda?

Motosikal yang ditunggang remaja terbabit tersangkut di atap rumah milik Ramlah.
JENGKA 4 – Penduduk Felda Jengka 4 digemparkan dengan kejadian motosikal terbang dan tersangkut di atas atap garaj salah sebuah rumah milik peneroka tanah rancangan terbabit, petang kelmarin.
Motosikal terbabit yang dinaiki tiga remaja berusia 16 tahun itu dikatakan terbabas sebaik sahaja keluar dari satu simpang kerana gagal mengawal brek lalu merempuh atap garaj rumah milik Ramlah Seman, 55, yang berada dalam kedudukan kira-kira tiga meter lebih rendah dari jalan tersebut.