Posts Tagged ‘Sahaja’

Kashmir – Hanya kerana marahkan anak gadisnya memandang dua budak lelaki, sepasang suami isteri di sebuah perkampungan di Kotli telah bertindak kejam dengan mencurahkan asid ke muka remaja berkenaan sebelum membiarkannya mati.
Anosh Zafar, 16, diserang oleh bapanya, Mohammed Zafar selepas mendakwa perbuatan anak mereka itu telah mencemar kehormatan mereka.
Perbuatan kejam itu telah dilaporkan kepada polis oleh anak perempuan sulong pasangan itu selepas dia berasa curiga kerana tidak dibenarkan menatap wajah adik perempuannya untuk kali terakhir sebelum dikebumikan.

JENGKA – Keluarga seorang bayi berusia empat bulan yang didapati menghidap jantung berlubang dan salur darah sempit, memerlukan wang tambahan untuk menampung kos rawatan serta pembedahan untuk kali kedua.
Bayi itu, Muhammad Haidar Hisamudin kini ditempatkan di unit rawatan rapi pediatrik (PICU) Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kerana baru sahaja menjalani pembedahan menelan kos sebanyak RM50,000, kelmarin.
Ibunya, Juniza Johari, 28, berkata, anaknya pada asalnya dijangka menjalani sekali sahaja pembedahan, namun doktor memutuskan untuk membuat dua kali pada saat akhir.

Marzuki (kiri) bersama isterinya di salah satu lokasi percutian di Malaysia.
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang menyamar sebagai jurutera dan menggunakan laman web mencari jodoh Myjodoh.net untuk memperdaya wanita bagi mengaut untung mudah kini bagai cacing kepanasan apabila meminta semua kekasihnya supaya menarik semula laporan polis yang dibuat ke atasnya.
Menurut salah seorang bekas kekasihnya, Salsabila, 20-an, Marzuki kini ketakutan apabila perbuatan buruknya itu sejak tahun 2009 terbongkar dan disiarkan di akhbar.

JOHOR BAHRU – Bicara manis penuh muslihat seorang lelaki berperwatakan alim kononnya boleh menjamin seseorang masuk syurga menyebabkan seorang wanita terpedaya hingga memaksa mangsa menyerahkan RM81,000 sebagai upah menghapuskan dosa.
Ketika mendedahkan perkara itu, anak mangsa yang mahu dikenali sebagai Zana, 31, memberitahu, segalanya bermula apabila ibunya yang berusia 72 tahun bertemu dengan lelaki yang mengaku dirinya sebagai amil zakat berumur lingkungan 40-an di Plaza Angsana di sini pada Julai lalu.
Katanya, pada pertemuan itu, ibunya telah memberikan wang selepas amil yang dikenali sebagai Nizam Idris (gambar kecil) tersebut mendakwa dia mengutip zakat dan mengambil sumbangan untuk anak yatim, warga tua dan golongan orang kelainan upaya.

Krisis Rohingya di Myanmar dilaporkan bertambah buruk sejak pertengahan tahun ini. – Foto ihsan CNN
YANGON – Ekoran rusuhan berterusan sejak awal minggu lalu, yang menyebabkan lebih 800 premis musnah dalam kebakaran manakala sekurang-kurangnya 80 maut, pertubuhan Islam di Myanmar membatalkan sambutan Aidiladha kali ini.
Tiada sebab diberikan oleh Persatuan Islam Seluruh Myanmar berhubung keputusan mereka, lapor CNN.

KERJA pengubahsuaian ruang tamu rumah Chiew Ming di Sri Petaling, Kuala Lumpur yang terbengkalai pada Mei lalu selepas suspek menghilangkan diri.
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang mendakwa dirinya sebagai kontraktor kini menjadi buruan polis serta lebih 10 pemilik rumah di sekitar ibu negara selepas disyaki menipu dalam projek pengubahsuaian bangunan membabitkan kerugian lebih RM2 juta sejak awal tahun lalu.
Suspek mudah memperdayakan mangsa kerana menjalankan urusan seperti kontraktor tulen dengan mengemukakan sebut harga serta resit bayaran menggunakan alamat sebuah syarikat pereka dalaman di Selayang dekat sini.

KESAN kecederaan di belakang kepala seorang bayi yang disyaki didera pengasuhnya di Sungai Nibong, George Town.
GEORGE TOWN – Seorang ibu tidak dapat menahan kesedihan apabila anak sulungnya berusia lima bulan terpaksa menjalani pembedahan di kepala Khamis lalu selepas disyaki didera pengasuh di sebuah rumah di Sungai Nibong di sini.
Kejadian itu disedari oleh wanita berkenaan pada 22 Oktober lalu ketika membawa anak perempuannya menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat mengalami demam panas.