Posts Tagged ‘Sahaja’

Yatt Hamzah Lebih Cenderung Kepada Aktiviti Dakwah

Posted on the November 30th, 2012 under Artis by

Yatt berkata, dia masih lagi menerima tawaran berlakon namun meletakkan beberapa syarat bersesuaian dengan imejnya kini. Foto Ihsan Budiey.com

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Yatt Hamzah memberitahu lebih cenderung kepada aktiviti kerohanian dan dakwah selepas mengambil keputusan untuk berhijrah dan mengenakan hijab.

Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 32, berkata, dia berasa seronok dapat berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai penghijrahannya kepada masyarakat terutama golongan muda supaya lebih dekat dengan agama Islam.

Misteri lantai garaj panas

Posted on the November 18th, 2012 under Tempatan by

Hanya beberapa minit air yang dijirus Abdul Rahman sudah mula beransur kering.

SEREMBAN – “Saya dan isteri cuba buat eksperimen dengan menumpahkan air satu jag di atas lantai. Memang mengejutkan kerana lantai itu kering dalam masa beberapa minit sahaja,” kata Abdul Rahman Gumpal, 71, yang dibelenggu misteri apabila lantai garaj rumahnya secara tiba-tiba menjadi panas.

Menurutnya, kejadian itu hanya disedari berlaku jam 9 malam kelmarin ketika dia dan isterinya pulang ke rumah selepas menunaikan solat di masjid.

Norliana nafi pura-pura mengandung

Posted on the November 17th, 2012 under Tempatan by

NORLIANA bersama suami, Aziz Hussein menunjukkan barangan yang telah dibeli untuk menyambut kelahiran bayi kembarnya di Kampung Kelut Jabi, Pokok Sena semalam.

POKOK SENA – Norliana Manaf yang mendakwa kandungannya hilang secara misteri pada Isnin lalu menafikan bahawa dia menghidap pseudosiesis iaitu kehamilan palsu kerana dia mendakwa benar-benar mengandung sebelum kandungan itu ‘ghaib’.

Norliana, 28, seorang pembantu kedai makan memberitahu, dia tidak mereka-reka cerita mengenai kehamilan itu sebaliknya merasai sendiri pengalaman mengandung termasuk pergerakan kandungan ketika berusia lapan bulan.

Bertunang, Anne Ngasri Harap Tidak Ada Yang Buruk Sangka

Posted on the November 12th, 2012 under Artis by

KUALA LUMPUR: Pelakon Anne Ngasri berharap pertunangannya dengan seorang ahli politik yang berstatus duda anak satu itu tidak akan menimbulkan fitnah kononnya dia seorang wanita yang cepat berubah hati selepas putus cinta dengan penyanyi Aliff Aziz.

Anne atau nama sebenarnya Ngasriah Ngasri, 28, berkata, kehadiran lelaki berusia 40 tahun itu dianggap sebagai satu anugerah daripada Tuhan apabila dia memulakan langkah bertemu keluarga Anne untuk meminangnya.

“Sebenarnya dia merupakan kawan saya dan Darling (kakak Anne) sejak setahun lalu tetapi ia tidak lebih daripada sahabat sahaja.

Baju ‘I love PM’ saja tak cukup, Najib nasihat warga Felda

Posted on the November 10th, 2012 under Tempatan by

Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada Majlis Perhimpunan Generasi Baharu FELDA hari ini – Foto Bernama

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyatakan ucapan terima kasih kepada warga Felda dalam program “Himpunan generasi baharu Felda” tetapi masih belum cukup dengan menunjukkan sokongan yang diberikan melalui pemakaian baju “I love PM”.

Menurutnya, negara akan berhadapan dengan peristiwa lebih besar – Pilihan Raya Umum ke-13 dan memerlukan sokongan seperti yang ditunjukkan kepada kerajaan dalam majlis pembayaran durian runtuh fasa ketiga hari ini.

Penulis Fesyen Dikecam, Persenda Pakaian Wanita Islam!

Posted on the November 9th, 2012 under Luar Negara by

Seorang penulis fesyen dikecam oleh orang ramai kerana tulisannya yang mengutuk pakaian wanita Islam iaitu jubah dan burqa.

Annette Lamothe-Ramos dengan tulisannya yang berjudul “I Walked Around in a Burqa All Day (And I’m Not Muslim)” telah menceritakan pengalamannya memakai jubah dan burqa sewaktu bersiar-siar selama 6 jam di kota New York.

Annette yang bertugas sebagai fesyen editor diberikan tugas oleh orang atasannya untuk mendalami sendiri pengalaman menjadi orang ‘Muslim’ untuk seketika dengan memakai pakaian yang menutup aurat.

Mat Yo: Bonus hak saya, Kafa boleh nilai

Posted on the November 9th, 2012 under Sukan by

“ITU hak siapa sebenarnya? Bagi saya sebagai presiden, dia boleh menilai.” Demikian menurut penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Persatuan Bola Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa yang antara lain berkata, kemenangan tiga kejuaraan oleh The Red Warriors hanya akan diberikan kepada pemain yang setia dengan pasukan Kelantan.

Menurut Mat Yo, tiga kejuaraan yang diperolehi oleh Kelantan turut disumbangkan oleh beliau.