Posts Tagged ‘Sahaja’
BUKIT MERTAJAM: Polis Pulau Pinang pada Ahad menyanggah laporan seorang wanita Indonesia yang mendakwa dirogol dua anggota polis di Taman Limau Manis, Bukit Tengah, pada Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pemeriksaan perubatan dan siasatan awal mendapati wanita berusia 26 tahun itu bukan sahaja tidak dirogol dan dipukul, bahkan tiada anggota polis yang digambarkannya bertugas pada waktu kejadian.
“Saya menafikan kejadian itu dan ini adalah satu tohmahan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama kepada anggota saya di Pulau Pinang,” katanya kepada Bernama, di sini.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada Ahad yang antara lain menyatakan seorang wanita Indonesia mendakwa dirogol dan dipukul dua anggota polis peronda dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu.

Khalil al-Syarif Khalil meninggal dunia pada 16 tahun yang lalu. Dia berasal dari Palestin. Dia syahid ketika sedang menentang tentera yahudi laknatullah.
Dulu kawasan kubur Khalil tanpa sengaja tergali. Sudah menjadi kebiasaan di Palestin menyatukan jenazah para syuhada di kubur yang sama.
Juga menjadi kebiasaan di Timur Tengah dan Arab mengebumikan jenazah di liang lahad yang telah lama digunakan.

Selepas menghabiskan tiga dekad dalam hidupnya terlibat dalam Jihad di Afghanistan, Bosnia dan Hezergovina serta Kashmir, Abdul Aziz Al-Jeghaiman,mujahid berasal dari Arab Saudi menemui syahid (insya Allah) di Idlib, Syria, pada awal tahun Islam(Muharram)akibat pengeboman besar-besaran oleh tentera rejim Syiah Bashar Assad.
Al-Jeghaiman, seorang pemuda bijak, pernah ditawarkan menjadi pembantu pengajar di Universiti King Faisal pada tahun 1980-an, tetapi dia lebih memilih untuk pergi ke Afghanistan untuk berjihad bersama para pemuda Saudi dan Arab yang lain.
Sumber menceritakan kepada Al-Hayat bahawa Al-Jeghaiman bahkan memimpin barisan hadapan pasukan Mujahidin ketika itu dalam waktu yang lama dan meninggalkan negara itu ketika perang berakhir.
Mahkamah Tinggi Israel membenarkan permohonan kelompok Yahudi Regavim laknatullah untuk menghancurkan Masjid al-Mafqara di Yatta. Anggota tentera dikerahkan untuk menghancurkan masjid yang berada di kawasan berbukit di Hebron.
Regavim laknatullah menuduh kedudukan masjid yang berada di wilayah pendudukan Palestin tersebut menyalahi undang-undang. Struktur bangunan yang menyalahi peraturan menjadi alasan pihak mahkamah untuk membenarkan kumpulan pemohon laknatullah tersebut.
Beberpavsaksi berkata, rakyat tempatan Palestin cuba menghalang aksi vandalisme laknatullah tersebut. Laman laknatullah Israel Ynetnews melaporkan tentangan sia-sia warga pendudukan tidak dilayan oleh tentera laknatullah dengan peralatannya.

“Dan dari mana sahaja kamu keluar, maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana sahaja kamu (sekalian) berada, maka palingkanlah wajahmu ke arahnya, agar tidak ada hujah bagi manusia atas kamu, kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka. Maka jangan kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Dan agar Aku sempurnakan nikmat-Ku atasmu, dan supaya kamu mendapat petunjuk.” (SURAH AL-BAQARAH AYAT 150)
Tafsiran ayat ini masih lagi berkisar mengenai pertukaran arah kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah. Menurut kitab Tafsir al-Azhar, pangkal ayat ini adalah perintah khusus bagi Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian dijelaskan sekali lagi kepada seluruh umat Nabi Muhammad s.a.w. supaya berpegang teguh dengan arah kiblat ini di mana sahaja mereka berada.
Jangan diubah-ubah lagi dan ia juga tidak akan berubah selama-lamanya. Sama ada berada di tengah lautan, di puncak gunung ataupun di tengah gurun; carilah arah kiblat dan solatlah menghadap ke sana.

KUALA LUMPUR – Umno Negeri Sembilan mencadangkan pucuk pimpinan tertinggi memberikan kuota haji kepada ahli Umno untuk mengerjakan ibadah haji.
Perwakilannya, Datuk Jalaluddin Alias berkata, cadangan itu adalah untuk menguatkan lagi semangat keislaman yang selama ini menjadi tunjang kepada parti itu.
“Biar kita (Umno) yang mulakan dulu. Sebelum ini, parti pembangkang tahu cakap sahaja.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob percaya loji Lynas merupakan isu di Kuantan sahaja dan tidak akan menjejaskan peluang BN di Pahang dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau memberi contoh kawasannya di Bentong yang menurutnya tidak boleh dimenangi DAP.