Posts Tagged ‘Sahaja’

Dera: Saya menyesal serah Fatin

Posted on the January 12th, 2013 under Tempatan by

Gambar Fatin yang dipercayai selepas didera.

GOMBAK – “Tergamak lelaki itu buat Norfatin begini, memang kejam dan tidak berperikemanusiaan,” begitulah reaksi pertama Roszaidah Mohd Salleh, 30, apabila menemui gambar Norfatin Aqilah berikat dengan tali di leher dengan muka lebam dalam telefon bimbit milik ibu kandungnya yang kini ditahan polis berhubung kes penderaan kanak-kanak berusia dua tahun itu.

Menurutnya, dia menangis kerana tidak dapat menahan rasa sebak sebaik sahaja melihat gambar yang menyayatkan hati itu tersebut.

Tarian lucah cemari majlis polis

Posted on the January 9th, 2013 under Tempatan by

GAMBAR menunjukkan tiga individu berpakaian menjolok mata sambil melakukan tarian lucah pada satu majlis anjuran polis Shah Alam di sebuah hotel Jumaat lalu kini tersebar di laman sosial Facebook dan blog.

SHAH ALAM – Majlis tertutup untuk meraikan bakal pesara, pegawai dan anggota polis berpangkat rendah daerah ini yang akan bertukar dicemari insiden memalukan apabila tiga lelaki yang memakai pakaian dalam wanita melakukan aksi tarian separuh bogel Jumaat lalu.

Kejadian itu mengejutkan warga polis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Shah Alam kerana difahamkan persembahan yang sepatutnya diadakan di sebuah hotel terkemuka di Selangor itu berbentuk tarian tradisional.

Wanita Nyaris Dirogol Budak 13 Tahun Harus Didakwa Sekali

Posted on the January 2nd, 2013 under Tempatan by

Semalam kami ada menyiarkan berita bagaimana seorang wanita di Melaka memuat naik gambar dan butiran peribadi seorang budak lelaki berumur 13 tahun yang dia dakwa cuba merogolnya, ada sebahagian pembaca yang marah.

Mereka marah kepada budak itu….namun soalnya…kita tahukah apa kisah sebenar yang terjadi?

Setakat ini, rasanya polis pun belum tampil membuat sebarang kenyataan.

Ezlisa Loy Bertudung Selepas Mimpi Hari Kiamat

Posted on the January 1st, 2013 under Artis by

PETALING JAYA: Pelakon remaja Ezlisa Loy berkata dia menerima hidayah untuk bertudung mulai awal Disember lalu selepas beberapa kali mengalami mimpi mengenai hari kiamat.

Pemilik nama sebenar Nurul Ezlisa Loy Ahmad Sabri, 17, ini berkata, perkara itu sudah lama dipertimbangkan sejak setahun yang lalu dan dia bertekad untuk berhijrah kerana berasa takut dengan mimpi serupa yang dialaminya secara berulang-kali.

“Baru-baru ni saya bermimpi mengenai hari kiamat. Dalam mimpi itu, saya menuju ke masjid dan secara tiba-tiba ada banyak batu jatuh dari langit.

Pelajar tingkatan empat ditemui mati tergantung

Posted on the December 29th, 2012 under Tempatan by

Mayat mangsa dihantar ke HGM untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya.

GUA MUSANG – “Saya dakap seerat-eratnya sebaik melihat dia (arwah) tergantung, dengan harapan dia masih selamat, tetapi meninggal dunia beberapa minit selepas itu.” kata Che Mat Daud, 65, bapa kepada pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chiku 2, yang mati tergantung, petang kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang di rumahnya di Tanah Rancangan Felda Chiku 2, ketika pelajar tersebut berada dalam bilik tidur seorang diri.

Muhyiddin: Biar tarikh PRU13 kekal teka-teki

Posted on the December 28th, 2012 under Politik by

PUTRAJAYA – Beberapa hari lagi menjelang tahun baru 2013, tarikh sebenar Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) masih menjadi teka-teki umum.

Namun begitu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan ia sebagai satu keseronokan untuk membuat teka-teki mengenai tarikh sebenar PRU13.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi gambaran yang sangat jelas bahawa PRU13 akan diadakan pada tahun hadapan.

Diana Amir sebak jumpa Tuan Guru Nik Aziz

Posted on the December 28th, 2012 under Artis by

KOTA BHARU: Artis Diana Amir atau nama sebenarnya Nur Diyana Amir Hashim, tidak dapat menahan sebak apabila bersua dan mula berbicara dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pertemuan 25 minit itu berlangsung di Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 11.35 pagi tadi.

Diana terpaksa berdiam diri seketika mengumpul ketenangan agar sebak berlalu pergi sebaik sahaja dijemput duduk di hadapan Tuan Guru dan mendengar bicara.