Posts Tagged ‘Sahaja’

Naik angin bapa tidak beri duit

Posted on the September 23rd, 2012 under Tempatan by

Zapri menutup mukanya mengelak daripada dirakam selepas dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret.

KUALA TERENGGANU – Bengang kehendaknya untuk mendapatkan sejumlah wang tidak diendahkan oleh si bapa, seorang buruh tergamak mengugut bukan sahaja akan mencederakan bapanya, malah akan mencederakan semua ahli keluarga termasuk ibu dan adik-beradik.

Bagaimanapun, perbuatan buruh, Zapri Razali, 23, menerima pembalasan setelah dikenakan hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

337 penghuni “minum air mayat” tuntut RM100 juta

Posted on the September 23rd, 2012 under Tempatan by

TAWAU 20 Sept. – Sejumlah 337 penghuni perumahan Taman Titingan di sini hari ini memfailkan tuntutan saman berjumlah RM100 juta terhadap Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Jurunilai & Perunding Hartanah Sabah (JPHS) atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan mayat hampir reput dijumpai di dalam tangki simpanan perumahan berkenaan.

Penduduk yang diwakili peguam Chong Kian Ming, memfailkan saman terhadap MPT sebagai defendan pertama dan JPHS selaku defendan kedua di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, di sini kira-kira 2.45 petang.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada 12 Mei 2012, selepas beberapa kali membuat aduan sejak 30 April 2012 berhubung bau air paip tidak menyenangkan di perumahan itu, seorang daripada pekerja defendan menjumpai mayat hampir reput di dalam satu daripada tangki simpanan air perumahan itu.

Teman Lelaki Wanita Campak Bayi Juga Dicari Polis

Posted on the September 23rd, 2012 under Tempatan by

PEKERJA kilang yang direman dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam bagi membantu siasatan kes mencampak bayi.

SHAH ALAM – Polis sedang mengesan teman lelaki wanita yang disyaki mencampak bayi perempuannya dari tingkat tiga, Blok 1 Flat Desa Mentari Petaling Jaya dekat sini Ahad lepas, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah.

Beliau berkata pihaknya bercadang untuk merakam kenyataan lelaki tersebut bagi membantu siasatan, katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini, Selasa.

‘Gadis api’ tidak putus harap

Posted on the September 21st, 2012 under Tempatan by

Nik Aziz bersama rombongan bertanya khabar ahli keluarga Wan Nor Fatihah ketika lawatannya dan turut mengadakan solat Hajat, semalam. – Foto Unit Komunikasi Menteri Besar

KOTA BHARU -Biarpun diugut akan diganggu dengan lebih teruk, ‘Gadis api’ yang diekori api misteri sejak tiga tahun lalu tidak akan berputus asa untuk terus berikhtiar mengubati gangguan mistik itu.

Wan Nor Fatihah Wan Hanafi, 14, yang tinggal di Kampung Bunga Emas, Penambang di sini, nekad untuk berusaha melawan ujian tersebut dengan hasrat bagi menikmati kehidupan lebih tenang seperti rakan-rakan sebaya lain.

70 bomoh tidak berkesan lawan api misteri

Posted on the September 21st, 2012 under Tempatan by

Wan Norfatihah menunjukkan pakaian sekolah yang terbakar akibat api misteri di rumahnya di Kampung Penambang Bunga Emas, Kota Bharu baru-baru ini.

KOTA BHARU – Meskipun sudah menggunakan khidmat 70 orang bomoh dan ribuan ringgit dihabiskan untuk membayar upah mereka, api misteri tetap mengganggu keluarga Zainab Sulaiman di Kampung Penambang Bunga Emas di sini.

Lebih mengejutkan, tidak sampai seminggu api misteri itu mengganggu keluarga itu baru-baru ini, semalam gangguan itu datang lagi ketika Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengunjungi rumah berkenaan bersama isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Banduan tendang muka polis

Posted on the September 20th, 2012 under Tempatan by

JASMANI (kanan) menziarahi Filyx yang dirawat di HTAA yang cedera selepas kereta dipandunya terbabas selepas dia ditendang oleh banduan kelmarin.

KUANTAN – “Banduan yang saya bawa tiba-tiba menendang muka saya dua kali menyebabkan saya gagal mengawal kereta sebelum kenderaan tersebut terbabas melanggar lori di tepi jalan.

“Dalam keadaan separuh sedar, saya nampak dua rakan saya bergelut dengan banduan itu.”

Janin ditemui di tangga kuarters KLIA

Posted on the September 19th, 2012 under Tempatan by

SAIFUL NIZAM menunjukkan tempat janin yang ditemuinya di atas tangga di kuarters KLIA, Nilai.

NILAI – Seorang kakitangan Jabatan Imigresen terkejut apabila menemui janin manusia di tangga tingkat satu sebuah blok kuarters KLIA dekat Nilai semalam.

Saiful Nizam Abas, 40, berkata, dia ternampak janin itu ketika keluar dari rumah berhampiran lokasi kejadian untuk mengambil seorang kanak-kanak yang dijaga oleh isterinya.