Posts Tagged ‘Sabah Dan Sarawak’

Guan Eng cabar PM isytihar harta

Posted on the October 6th, 2012 under Politik by

SHAH ALAM – Semua pemimpin kerajaan dan Barisan Nasional (BN) termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dicabar mengisytiharkan harta masing-masing jika mereka ikhlas dan bersungguh-sungguh mahu membanteras rasuah.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, selain pengisytiharan harta, kerajaan BN juga harus laksanakan tender terbuka, melarang ahli keluarga mereka mempunyai urusan perniagaan dengan kerajaan serta gugurkan pemimpin yang amalkan gaya hidup mewah.

“Sekali lagi, Najib telah gagal buktikan diri dalam usaha membanteras rasuah sehingga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam boleh dengan bangganya menganjurkan kenduri kahwin anaknya untuk seramai 130,000 orang. Tidak kisahlah siapa yang bayar atau berapa jumlah harga kenduri tersebut.

Anwar: Jet peribadi milik rakan

Posted on the September 24th, 2012 under Tempatan by

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa jet peribadi yang digunakannya dalam kempen di Sabah dan Sarawak tengah bulan ini bukanlah miliknya tetapi milik ‘rakannya’.

Menurutnya, rakannya itu meminjamkan jet peribadi jenis Dassault Falcon 7X tersebut untuk berkempen kerana masalah cuaca dan logistik yang dihadapi di kedua negeri Malaysia Timur itu.

“Pemilik jet itu membenarkan saya menggunakan jet itu kerana ingin membantu memandangkan di ketika itu saya amat memerlukan penggunaan jet tersebut,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Ajaran Pak Habib terpesong, anggap al-Quran kitab lama

Posted on the August 3rd, 2012 under Tempatan by

Kegiatan ajaran Pak Habib yang terletak di atas tanah seluas kira-kira 1.2 hektar.

RAWANG – Nabi Muhammad SAW dianggap tuhan, al-Quran hanya sebuah salinan buku lama, solat hanya perlu pada hari Khamis dan tidak perlu berpuasa di bulan Ramadan adalah antara amalan yang jelas terpesong dilakukan sekumpulan pengikut ajaran Pak Habib yang bergiat aktif sejak beberapa tahun di Bandar Country Homes (BCH) di sini.

Demikian maklumat yang didedahkan seorang individu yang hampir terikut dengan ajaran sesat itu.

Royalti: Jangan bohong, Nik Aziz kata Umno

Posted on the July 29th, 2012 under Politik by

SHAH ALAM – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pemimpin Umno tidak wajar “berbohong” berhubung isu royalti petroleum, yang dituntut Kerajaan Negeri itu, lebih-lebih ketika bulan Ramadan sekarang.

Sambil menolak kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin semalam, Nik Abdul Aziz berkata, “berkatalah sesuatu yang benar di bulan Ramadan.”

“Janganlah dididik lidah berbohong lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini,” kata beliau dalam satu mesej dikeluarkan menerusi Facebook hari ini.

Perintah gaji minimum diwarta hari ini

Posted on the July 17th, 2012 under Tempatan by

KUALA LUMPUR – Perintah Gaji Minimum 2012 yang diwartakan hari ini, akan berkuatkuasa pada 1 Jan depan bagi majikan yang menggaji enam orang atau lebih.

Bagi majikan yang menggaji lima pekerja atau kurang, tarikh penguatkuasaan ditetapkan 1 Julai tahun depan, demikian menurut satu kenyataan Kementerian Sumber Manusia.

“Tarikh permulaan kuatkuasa ini juga terpakai kepada majikan yang menjalankan aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) tanpa mengira bilangan pekerja,” menurut kenyataan itu.

Perintah Gaji Minimum 2012 diwartakan mengikut Subseksyen 23(1) Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

Hartawan misteri sedekah RM2.2 bilion bina masjid seluruh negara

Posted on the July 5th, 2012 under Tempatan by

Seorang hartawan misteri mencetuskan kejutan apabila menyatakan hasratnya untuk menyumbang RM2.2 bilion bagi membina masjid, surau dan pusat tahfiz di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Difahamkan, penderma tidak menetapkan jumlah khusus untuk disalurkan kepada setiap negeri tetapi bergantung kepada jumlah yang dipohon oleh jawatankuasa surau dan masjid melalui Jawatankuasa Program Amal Jariah dan Wakaf (AJWA).

Pengerusi jawatankuasa itu, Abu Bakar Mat Drom berkata, jawatankuasa berkenaan ditubuhkan bagi mentadbir dan mengelola wang penderma serta menjalankan amanah individu berkenaan untuk menyalurkan sumbangan itu kepada pihak yang layak.

SPR: Kangkung, Timun Adalah Pengundi Sah

Posted on the May 21st, 2012 under Politik by

PORT DICKSON: Mereka yang memiliki nama-nama ‘unik’ membuatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pening kepala dengan para pengkritik yang mempertikaikan kewujudan golongan tersebut.

Namun, SPR berkata, rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuktikan bahawa mereka adalah pengundi yang sah.

Para pengkritik suruhanjaya itu membuat jenaka terhadap nama-nama haiwan, sayur-sayuran dan individu terkemuka yang masih hidup atau meninggal dunia dalam kalangan daftar pemilih seramai 12.8 juta pengundi.