Posts Tagged ‘Rozita Che Wan’

“Kalau ada rezeki dan ada jodoh, kami akan berkahwin pada tahun ini,” itu komen Zain Saidin apabila diminta mengulas tentang status hubungannya dengan Rozita Che wan. Komen lanjut daripada Zain ini sememangnya ditunggu-tunggu selepas dia meluahkan perasaan terhadap Rozita melalui akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Tambah Zain lagi, dia dan Rozita sudah pun berbincang tentang perkahwinan mereka dan Rozita menyerahkan keputusan di tangannya.
“Che Ta (Rozita) tidak ada letak sebarang dateline kepada saya. Tetapi sudah tentu saya perlukan masa untuk buat persiapan. Sebabnya, saya lelaki dan saya perlu ada sejumlah wang untuk perbelanjaan kahwin. Sebab itu saya kata, kalau ada rezeki, kami akan berkahwin pada tahun ini. Saya dan Che Ta memang serius. Kalau terdengar gosip tentang Che Ta berpasangan dengan lelaki lain, itu tidak benar. Dia bersama saya ketika ini,” ujar Zain tegas.

PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin menyifatkan luahan cinta yang dibuat kepada pelakon jelita Rozita Che Wan menerusi laman Instagram pada Jumaat lalu adalah bersifat peribadi dan enggan mengulas panjang mengenai perkara itu.
Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 28, berkata, paparan wajah Rozita berserta mesej berunsur cinta yang dimuatkan itu bukannya kerana ingin mencari publisiti kosong atau berkongsi kepada umum sebaliknya ia hanya ditujukan kepada wanita itu sahaja.
“Ia bukanlah bertujuan ingin menunjukkan kepada sesiapa pun, sebaliknya foto dan mesej yang dimuatkan itu berunsur peribadi dan ia adalah mesej dari saya untuk dia (Rozita).

Jika tahun lalu, Ayu Raudhah dan suami Zaquan Adha yang juga pemain bola sepak negara, dirundung kedukaan kerana insiden keguguran. Namun pada April depan, segala kedukaan itu akan berbalas dengan kelahiran anak sulung mereka.
Ayu yang kini hamil enam bulan turut mendedahkan, hasratnya untuk menimang anak lelaki akan terlaksana dan dia amat teruja dan berdebar menanti kelahiran putera mereka.
“Alhamdulillah, saya dah pergi ‘scan’ kandungan dan doktor sahkan lelaki. Saya memang seronok bila dapat tahu jantina bayi kerana memang saya mahukan anak lelaki. Tapi, suami lebih teringin anak perempuan. Bagi saya, tidak kisah perempuan atau lelaki, yang penting adalah didikan yang sempurna.

Zain Saidin akui menyukai Rozita dan mahukan hubungan yang lebih serius melebihi teman biasa.
PETALING JAYA: Pelakon kacak Zain Saidin berkata dia tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan aktres Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta pada masa akan datang.
Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 28, berkata, dia menyuarakan hasrat itu kerana hatinya sudah lama tertarik dengan sikap baik hati dan keikhlasan wanita berusia 39 tahun itu.

NAMA Zain Saidin seakan tidak lengkap sekiranya dirinya tidak dikaitkan dengan pelakon janda bergetah, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta.
Gosip cintanya dengan Che Ta berterbangan sejak tahun lepas selepas dirinya menemani pelakon wanita itu dan dua anaknya bercuti ke kota keriangan Genting Highlands.
“Saya memang mengakui menemani Rozita dan anak-anaknya ke Genting semasa cuti persekolahan tahun lepas, itu pun kebetulan saya pun tengah ‘free’ ketika itu.

KUALA LUMPUR, 22 OGOS 2012: Pelakon, Rozita Che Wan melafazkan rasa kesyukuran melihat adiknya iaitu pelakon Ayu Raudhah yang sudah berhijab sebaik pulang dari mengerjakan umrah.
Malah, pelakon ini memberitahu dia pernah meluahkan pandangan terhadap adiknya itu mengenai pemakaian tudung.
“Syukur Alhamdulillah, Ayu sudah pun bertudung. Dari dulu lagi, saya pernah cakap dengan dia supaya bertudung. Saya ada kata kepadanya, adik kamu lebih cantik apabila mengenakan tudung.

KUALA LUMPUR, 20 JULAI 2012: Sejak mula dikaitkan dengan pelakon seksi Rozita Che Wan,38, ramai pembaca murai.com.my yang ingin tahu lebih lanjut tentang hubungan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Asraruddin Putra Omar, 24, dengan dramatis yang juga kakak kepada Ayu Raudah itu.
Walaupun kelihatan seperti hubungan tersebut berjaya disembunyikan, namun ia masih dapat dihidu oleh segelintir pihak media hingga akhirnya tercetusnya kisah hangat mengenai kedua-dua personaliti yang sukses daripada dua lapangan yang berbeza itu.
Pun begitu, bagi Asraruddin atau lebih dikenali sebagai Asra, dia menganggap bahawa perkara itu sebenarnya merupakan sebuah cerita yang lama. Namun, dia tidak menolak dakwaan bahawa dia pernah menjalinkan hubungan bersama Rozita Che Wan.