Posts Tagged ‘Rm3’

Makassar: Kegiatan memperdagangkan wanita berkembang di Makassar kerana ia menjadi tempat lelaki hidung belang membuat dan memperoleh pesanan mendapatkan gadis dari daerah luar.
Ketua Perhubungan Awam Polis Sulawesi Selatan, Endi Sutendi, berkata ada pihak tertentu bertindak sebagai orang tengah menghubungkan lelaki tertentu dan gadis yang ingin menjual dara.
Katanya, kegiatan itu dipercayai berlaku sejak empat tahun lalu. “Gadis terbabit dibawa dari pelbagai daerah, terutama dari Sulawesi Selatan dan Sulawesi Barat,” katanya.

STESEN minyak yang menjadi tempat seorang lelaki disamun di Kajang baru-baru ini.
KAJANG – Seorang lelaki mengalami detik cemas apabila dilibas dengan sebilah parang ketika sedang mengisi minyak dekat Plaza Tol Batu 9, Lebuh Raya Cheras-Kajang di sini baru-baru ini.
Dalam kejadian pada pukul 1 tengah hari, 31 Januari lalu, mangsa berusia lingkungan 40-an diserang sebelum dua suspek yang menaiki sebuah motosikal melarikan beberapa barangan milik mangsa. Nilai kerugian dianggarkan RM3,000.

Putrajaya: Kerajaan memutuskan bahawa pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BRIM 2.0) dilanjutkan sehingga 15 Mac depan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
“Kami beri tempoh sebulan lagi supaya mereka yang belum memohon akan dapat membuat permohonan. “Falsafah kerajaan dalam konteks BR1M ialah untuk memastikan semua rakyat yang layak, mendapat BR1M,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Ekonomi Perbendaharaan di sini, semalam.
Kerajaan memperuntukkan RM3 bilion untuk pusingan kedua skim bantuan berkenaan dalam usaha meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah di samping merancakkan perbelanjaan domestik.

SEBAHAGIAN ketulan ‘kurma’ heroin yang dirampas daripada 11 individu dipamerkan pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam.
KUALA LUMPUR – Sebiji buah kurma mampu mengembalikan tenaga buat orang berpuasa, namun lain pula halnya bagi sebiji ‘kurma’ yang cuba diseludup oleh satu sindiket dadah antarabangsa yang mana ia boleh membawa maut jika dimakan.
Sebiji buah ‘kurma’ yang dijual oleh sindiket tersebut mengandungi kira-kira tiga gram heroin tulen yang boleh menghasilkan lima biji lagi jika diproses sebelum ia dijual di pasaran gelap.

BENTONG – Penjualan rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
“Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikoton untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali,” katanya.

BACHOK: Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysa (BR1M) 2.0 akan dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan iaitu pada Februari dengan kaedah penyampaian dilakukan mengikut kawasan parlimen, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Beliau berkata kementerian akan memastikan setiap rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan tersebut memperolehnya dalam tempoh itu.
“Bagi penerima yang uzur terlantar sakit atau disebabkan usia lanjut, mereka boleh menghantar wakil atau pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan masing-masing untuk menyampaikan bantuan itu kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis kursus jentera pilihan raya yang dihadiri 300 peserta di sini Jumaat.

Anuar sedang menyoal siasat pasangan berkenaan.
KLUANG – Seorang wanita mengaku mempunyai seorang anak hasil hubungan sulit dengan pasangannya yang juga suami orang ketika ditahan dalam Operasi Cegah Maksiat di sekitar bandar Kluang, malam minggu lalu.
Wanita berusia 27 tahun itu ditahan oleh Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) bersama pasangannya berusia 35 tahun dalam satu bilik di salah sebuah hotel bajet.
Malah, lelaki terbabit yang mempunyai tiga anak hasil perkahwinannya mengaku dalam proses perceraian bersama isterinya.