Posts Tagged ‘Rm2’

Leong Pei Koe
BALIK PULAU – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dan anggota polis, Isnin lepas.
Leong Pei Koe, 29, seorang juruukur bahan, didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah ketika kenderaan rasmi baginda melalui balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dekat sini pada pukul 11.50 pagi kelmarin.
Bagi pertuduhan kedua, Pei Koe didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis ASP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid di tempat, masa dan tarikh yang sama.
PETALING JAYA: Pelakon dan model Zarina Anjoulie dan rakan lelakinya sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas pertuduhan positif dadah jenis Methamphetamine Disember tahun lalu.
Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, yang sebelum ini didakwa memiliki dadah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan berasingan di hadapan Majistret Nazri Omran.
Kandungan dadah tersebut didakwa terkandung di dalam air kencing Zarina Anjoulie dan Mohamad Fakhruzaim dan mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Narkotik Damansara, dekat sini, antara 8 malam hingga 8.10 malam, 30 Disember tahun lalu.
Bagi pertuduhan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.

Putrajaya: Kerajaan memutuskan bahawa pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BRIM 2.0) dilanjutkan sehingga 15 Mac depan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
“Kami beri tempoh sebulan lagi supaya mereka yang belum memohon akan dapat membuat permohonan. “Falsafah kerajaan dalam konteks BR1M ialah untuk memastikan semua rakyat yang layak, mendapat BR1M,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Ekonomi Perbendaharaan di sini, semalam.
Kerajaan memperuntukkan RM3 bilion untuk pusingan kedua skim bantuan berkenaan dalam usaha meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah di samping merancakkan perbelanjaan domestik.

Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kiri) pada majlis Pengumuman Bonus Jubli Emas Tabung Haji 2012 di Lembaga Tabung Haji di Kuala Lumpur, hari ini. – Foto Bernama
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan bonus tahunan 6.5 peratus dan bonus khas 1.5 peratus, akan dibayar pada 10 Februari ini kepada 8.2 juta pendeposit.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sempena Sambutan Jubli Emas TH, pengurusan TH memberi hadiah istimewa kepada para pendeposit.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa ketidaktentuan harga saham Felda Global Venture (FGV) sedikit sebanyak berpunca daripada fitnah yang ditaburkan oleh Pakatan Rakyat.
Dakwanya lagi, kegagalan FGV juga sentiasa dinanti-nantikan Pakatan Rakyat yang didakwanya paling gembira sekiranya ia berlaku.
“Pembangkang tak suka FGV ini berjaya, dan fitnah-fitnah mereka ini sedikit sebanyak mempengaruhi sentimen pelabur.

BRASILIA: Seorang remaja Brazil mahu melelong daranya supaya wang yang diperoleh itu dapat membantu merawat ibunya yang uzur.
Menurut media tempatan, Rebecca Bernardo, 18, sedia mengorbankan daranya untuk mengadakan hubungan seks dengan mana-mana lelaki yang menawarkan bidaan tertinggi. Kini menuntut di sekolah menengah, Rebecca berkata, dia mendapat idea menjual kehormatan dirinya selepas membaca kisah Catarina Migliorini sebelum ini. Catarina menerima bayaran RM2.5 juta kerana menjual daranya akhir November tahun lalu. Sejurus selepas menawarkan daranya, Catarina mendapat bidaan daripada lelaki seluruh dunia.
Justeru, Rebecca berkata, dia berharap keadaan sama berlaku terhadap dirinya. “Wang yang diperoleh nanti akan digunakan merawat ibu saya yang terlantar akibat strok,” katanya.
Sebelum ini, kata Rebecca, dia cuba menjual barangan kosmetik dan menjadi pelayan tetapi wang diperolehnya tidak mencukupi. Sementara itu, jiran Rebecca berkata, gadis terbabit tidak pernah tahu siapa bapanya.

PETALING JAYA – Seorang pelakon wanita tempatan bersama rakan lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap tuduhan memiliki dua biji pil disyaki pil erimin 5 seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.
Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 26, yang pernah berlakon dalam drama bersiri Anak Pontianak, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, didakwa didakwa secara bersama-sama memiliki pil tersebut.
Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh mereka di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai di sini, pada 5.30 petang, 30 Disember lalu.