Posts Tagged ‘Risalah’

Kerajaan negeri Selangor akan mengambil alih perkhidmatan bekalan air daripada syarikat konsesi sekarang, dalam masa dua minggu, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya, ia ekoran kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini bahawa kerajaan pusat tiada halangan terhadap langkah tersebut.
“Kerajaan Selangor telah menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui untuk memaklumkan bahawa kita akan mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi dalam tempoh 14 hari,” kata menteri besar dalam dalam satu kenyataan hari ini.

Gambar Hiasan
Kangar: Jabatan Mufti Perlis mengesan gerakan membawa masuk fahaman Syiah yang difatwakan haram ke negeri ini.
Beberapa pengikut Syiah dikesan mengedar risalah berkaitan fahaman itu di beberapa majlis terutama anjuran jabatan itu sejak dua hari lalu.
Timbalan Mufti Perlis, Roslan Esa, berkata risalah bertajuk Forum Hal Ehwal Islam (Mencintai Sahabat Rasulullah)‘ yang diedar itu turut mengguna pakai nama Jabatan Mufti Perlis sebagai penganjur bagi mengelirukan umat Islam.
MELAKA – Gerakan penyebaran ajaran Syiah dikesan berlaku di Melaka sejak enam bulan lepas, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini.
Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri menerusi Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) berjaya mengawal penyebaran itu menerusi rampasan besar-besaran terhadap risalah dan buku berkaitan ajaran tersebut di masjid-masjid di seluruh negeri.
“Jaim sudah menarik balik berpuluh ribu bahan seperti buku dan risalah yang mengandungi maklumat berhubung fahaman Syiah bagi mengelak kekeliruan akidah umat Islam di sini.
“Kita khuatir fahaman ini akan memudaratkan pemikiran umat Islam, namun setakat ini gerakan terbabit masih terkawal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Khas Pentadbiran Kerajaan Negeri dan Taklimat Isu Semasa di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini.

The Store Mohon Maaf Isu Carlsberg Ramadhan. Info Terkini Pihak The Store telah membuat satu permohonan maaf berkenaan isu Carlsberg Ramadhan menerusi laman Facebook The Store.
Terkini dan semasa, masyarakat Islam menggesa pihak pengurusan The Store tampil memohon maaf secara terbuka mengenai Isu Carlsberg Ramadhan jelas menyentuh sensitiviti orang Islam di negara ini.

Kempen tentang Islam dengan cara memasang iklan di badan bas yang dilakukan oleh organisasi GainPeace di Chicago. Kegiatan yang dilakukan organisasi ini ternyata membuahkan hasil, bukan hanya mampu membetulkan pandangan masyarakat Barat yang salah tentang Islam tetapi setelah melihat iklan di badan bas tersebut, seramai 17 warga Chicago yang menyatakan diri untuk masuk Islam.
Diantaranya adalah Leslie C. Toole, seorang guru di Chicago yang sudah sepuluh tahun berkeingan masuk Islam. Tekadnya menjadi seorang Muslim akhirnya terlaksana setelah ia melihat iklan GainPeace di badan bas.

IPOH: Lima puluh ahli Kelab Taat Suami (KTS) disoal siasat Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) ketika mahu melancarkan kempen ‘Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam’ di sebuah banglo mewah di sini, semalam.
Sepasukan penguat kuasa JAIPk menyerbu banglo itu kira-kira jam 4 petang selepas mendapat maklumat mengenai program berkenaan yang dikhuatiri boleh menimbulkan imej negatif kepada Nabi Muhammad s.a.w.
KTS diketuai Khadijah Aam atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah dan beliau adalah isteri kepada Allahyarham Ashaari Muhammad, pengasas pertubuhan Al-Arqam yang diharamkan kerajaan sebelum ini.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata pihaknya telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam.
Antaranya dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’.
Perkara itu didedahkan oleh exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam, Datuk Hasan Ali dalam jawapannya kepada ADUN Sungai Burung, Mohd Shamsudin Lias.