Posts Tagged ‘Ribut’

Mati dipercayai dibelasah anak

Posted on the July 31st, 2012 under Tempatan by

KUCHING – Seorang lelaki warga emas yang bertarung nyawa selepas dipercayai dipukul anak lelaki sendiri akhirnya meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak semalam selepas menerima rawatan hampir dua minggu.

Jeni Kaderi, 77, dipercayai bergaduh dengan anaknya yang berusia 41 tahun pada 17 Julai lalu di rumah mereka di Kampung Sinar Bumi Lama di sini sehingga cedera di rusuk, lebam di mata kiri, telinga kanan dan pendarahan di paru-paru kanan.

Bagaimanapun, suspek yang juga dikenali sebagai ‘Ribut’ pandai memperdayakan jiran-jiran mereka bahawa bapanya cedera selepas terjatuh tangga.

Subhanallah! Langit Runtuh di Garie, Australia

Posted on the July 20th, 2012 under Tempatan by

Satu kejadian yang amat aneh telah berlaku di Garie, Australia yang mana kelihatan langit telah dipaparkan seperti sedang runtuh. Gambar yang telah dirakam oleh David Dullaway pada tahun 2009 ini dikatakan diambil dengan secara tidak sengaja ketika satu ribut besar bakal melanda Pantai Garie yang berada selatan Sydney.

Seorang penduduk Garie yang namanya dirahsiakan berkata, “Saya seperti bermimpi apabila melihat kejadian yang sangat aneh ini. Langit seakan-akan sedang runtuh“. Beliau telah menetap di Garie selama 10 tahun dan mengatakan ini merupakan pengalaman pertama beliau. Di bawah merupakan gambar langit runtuh (atauthe sky is falling).

Lihat saja langit yang seolah-olah hendak runtuh ini, penulis pun terasa seram di hati. Bagaimanalah keadaannya hari kiamat itu di mana langit terbelah, gunung bertaburan, manusia seperti serangga berterbangan, ibu mengandung keguguran anak, ibu lupakan anak dan macam-macam lagi. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita dan mematikan kita dalam iman kita paling tinggi.

Kejadian Awan Pelik Di Kota Kinabalu, Sabah

Posted on the June 13th, 2012 under Tempatan by

Kota Kinabalu digemparkan dengan kejadian awan yang berbentuk luar biasa, jarang sekali kita melihat awan seperti ini sebelum ini dan mungkin belum pernah pun. Awan aneh terbentuk pada jam 7:50 hingga 9:15 pagi 12 Jun 2012. Ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan. Namun begitu, menjelang tengahari, ribut kencang berserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah

Namun begitu menjelang tengah hari, ribut kencang beserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah. Amaran ini juga telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Puting beliung landa Kemaman, 64 rumah ranap

Posted on the May 27th, 2012 under Tempatan by

Adam melihat anggota bomba menebang pokok rambutan yang tumbang menghempap bahagian kiri dapur rumah sewanya di Kampung Bukit Anak Dara, Kijal.

KEMAMAN – Sebanyak 64 rumah dan lima gerai makan di lima buah kampung di daerah ini ranap dan rosak teruk gara-gara dipukul ribut dan puting beliung dalam kejadian bermula jam 11.15 malam tadi.

Jumlah rumah yang rosak membabitkan 34 buah di Kampung Bukit Anak Dara; Kampung Titian Bertayun (22); Kampung Ibai Penunjuk (4); Kampung Che Wan (3) dan Kampung Teluk Kalong (1) manakala lima gerai makan sementara di Medan Selera Geliga.

Dipanggang bahang musim panas

Posted on the May 26th, 2012 under Luar Negara by

NEW DELHI – “Saya rasa seperti mahu melompat ke dalam kolam berisi kiub ais.” “Sangat-sangat panas.” Ini adalah antara mesej pada laman Facebook atau Twitter milik beberapa kawan saya di Malaysia.

Ramai rakyat Malaysia merungut kepanasan sejak kebelakangan ini apabila suhu di negara itu meningkat kepada 32 darjah Celsius berbanding kelaziman 26 atau 27 darjah.

Sebenarnya mereka patut bersyukur kerana tinggal di Malaysia, di mana iklimnya lebih sejuk berbanding India.

Pusaran angin setinggi bumbung

Posted on the April 29th, 2012 under Tempatan by

SHAHROM menunjukkan cermin tingkap rumahnya yang pecah akibat kejadian ribut di Muar semalam.

MUAR – Penduduk di Taman Sri Jeram 3, Bakri di sini terkejut apabila ternampak pusaran angin setinggi bumbung semasa kejadian ribut yang menyebabkan 16 buah rumah rosak teruk awal pagi semalam.

Seorang mangsa, Md. Saat Ali, 49, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi, lebih kurang 15 minit selepas angin kuat dan hujan lebat.

Pesawat mendarat cemas di sawah padi

Posted on the April 27th, 2012 under Luar Negara by

SEJUMLAH orang menyaksikan pesawat ringan yang mendarat di Kampung Raigram, India semalam.

NEW DELHI – Sejumlah orang semalam melihat sebuah pesawat ringan yang mendarat di sebuah kawasan tanaman padi di Kampung Raigram, daerah Murshidabad, India semalam.

Pesawat milik Akademi Tentera Udara Bangladesh itu mendarat semasa ribut berlaku pada malam kelmarin.