Posts Tagged ‘Reman’

Suami isteri ditahan, polis rampas ganja RM110,000

Posted on the January 26th, 2013 under Tempatan by

KUALA LUMPUR – Polis menahan sepasang suami isteri yang juga pemilik gerai makan di Kampung Baru di sini kerana disyaki mengedar dan menyimpan dadah bernilai RM110,000.

Mereka ditahan dalam serbuan polis di gerai makan itu pada 4.30 petang semalam yang menyaksikan rampasan ganja seberat 670 gram, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata kira-kira sejam selepas serbuan di gerai itu, polis menyerbu sebuah stor kira-kira 200 meter di belakang rumah pasangan itu dan merampas 40 ketulan mampat dipercayai ganja yang telah dibalut.

“Pasangan berkenaan dipercayai menjalankan aktiviti itu sejak beberapa tahun lepas,” katanya.

Suami mangsa bunuh direman

Posted on the December 30th, 2012 under Tempatan by

SUSPEK yang merupakan suami mangsa dibawa keluar dari Mahkamah Alor Setar semalam selepas dikenakan perintah tahanan reman bersama dua lagi lelaki berhubung kes bunuh isterinya.

ALOR SETAR – Polis semalam menahan reman tiga lelaki termasuk suami kepada pembantu kedai, Nor Fatimah Anis Md. Radzi, 17, yang maut dipercayai akibat dipukul dengan dua batang buluh dalam satu pertengkaran di Kampung Alor Gelegah di sini awal pagi kelmarin.

Suami mangsa berusia 26 tahun dan dua lagi suspek yang berusia 23 dan 26 tahun direman sehingga 4 Januari depan.

Kanak-kanak maut ditetak ibu saudara

Posted on the December 30th, 2012 under Tempatan by

INILAH rumah di mana Muhammad Muaz mati ditetak ibu saudaranya di Kampung Kejai, Tawar, Baling semalam.

BALING – Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun mati dibunuh oleh seorang ibu saudaranya dalam kejadian di rumah datuknya di Kampung Kejai, Tawar dekat sini semalam.

Ibu saudara mangsa yang menghadapi masalah mental sejak 20 tahun lalu dipercayai sudah menerima rawatan sebanyak lapan kali.

Polis ambil keterangan 10 saksi kes rogol

Posted on the November 14th, 2012 under Tempatan by

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang telah mengambil keterangan 10 orang saksi bagi membantu siasatan kes tiga anggotanya yang didakwa memperkosa seorang wanita Indonesia ketika ditahan di Balai Polis Perai, Bukit Mertajam dekat sini 9 November lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, siasatan berhubung dakwaan yang dibuat wanita berusia 25 tahun itu hampir selesai 95 peratus selepas penahanan ketiga-tiga anggota berpangkat rendah terbabit.

Menurut beliau, sebuah pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat kes tersebut dan akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya (DPP) bagi membuat pertuduhan ke atas anggota terlibat.

Pelajar 17 tahun buang anak baru lahir ke dalam tali air

Posted on the October 25th, 2012 under Tempatan by

KANGAR – Polis menahan seorang pelajar berusia 17 tahun kerana dipercayai membuang bayi perempuan yang baru dilahirkannya ke dalam sebatang tali air di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat, di sini, awal hari ini.

Polis turut menahan tiga lagi individu termasuk teman lelaki pelajar berkenaan selepas mayat bayi itu ditemui mati kira-kira pukul 1 pagi dalam tali air yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah pelajar itu.

Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron berkata, siasatan masih dijalankan bagi memastikan sama ada bayi itu masih hidup semasa dibuang atau dibunuh sebelum dicampak ke dalam tali air itu.

Polis Tahan 13 Lelaki Disyaki Terlibat Kes Menyamar Kerabat Diraja Kedah

Posted on the October 24th, 2012 under Tempatan by

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menahan 13 lelaki disyaki terlibat dalam kes penyamaran anggota kerabat diraja Kedah di sebuah hotel di Jalan Penang pada Selasa.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata dalam serbuan pukul 3 petang itu, kesemua lelaki berusia sekitar 38 hingga 61 tahun itu ditahan ketika menghadiri program yang dinamakan ‘Majlis Pelantikan Ahli Pertubuhan Kebajikan Islamiah Malaysia Diraja’ sebagai tetamu kehormat di hotel berkenaan.

Katanya majlis yang dijadual berlangsung dari pukul 3 hingga 5 petang itu dihadiri kira-kira 120 tetamu yang terdiri daripada individu terlibat dengan pengurusan pusat hiburan di negeri ini.

Teman Lelaki Wanita Campak Bayi Juga Dicari Polis

Posted on the September 23rd, 2012 under Tempatan by

PEKERJA kilang yang direman dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam bagi membantu siasatan kes mencampak bayi.

SHAH ALAM – Polis sedang mengesan teman lelaki wanita yang disyaki mencampak bayi perempuannya dari tingkat tiga, Blok 1 Flat Desa Mentari Petaling Jaya dekat sini Ahad lepas, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah.

Beliau berkata pihaknya bercadang untuk merakam kenyataan lelaki tersebut bagi membantu siasatan, katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini, Selasa.