Posts Tagged ‘Protes’

Presiden Mesir
ALIAA Magda Elmahdy, 22 buat heboh dengan berbogel lagi selepas membuat kerja laknat dengan berbogel di internet tahun lalu. Semakin hampir referendum perlembagaan Mesir yang sedianya dilaksanakan Sabtu (22/12/2012) hari ini, dia nekad melakukan protes dengan tanpa mengenakan apa-apa untuk menutup tubuhnya.
Dia sepenuhnya telanjang dan dia menulis slogan-slogan menolak syariah di tubuhnya, seperti “Kiamat Itu Adalah Mursi”, “Tak Ada Agama”, “Agama Itu Perhambaan”, dan lain-lain lagi.
Magda Elmahdy melakukannya di Kedutaan Besar Kaherah di Stockholm, Sweden pada hari Khamis (20/12/2012). Padahal ketika itu, suhu di Stockholm sedang berada di bawah darjah sifar.

SHAH ALAM – Dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Lembah Klang menjadi sasaran perbuatan vandalisme dengan kedua-duanya disembur cat merah, dipercayai dilakukan awal pagi tadi.
Hasil tinjauan Sinar Harian Online di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) petang ini mendapati kamera itu masih berfungsi seperti biasa, namun proses rakaman mengalami gangguan ekoran cat merah pada permukaan kamera.
Tinjauan mendapati kamera cuba merakam imej kenderaan yang dipandu melebihi had laju memandangkan ‘flash’ masih berfungsi. Pengguna di laluan tersebut didapati memandu seperti biasa.

NEW YORK – Seorang penganut Kristian Koptik kelahiran Mesir yang menghasilkan filem anti-Islam dan mencetuskan protes di seluruh dunia Islam menyatakan dia tidak menyesal menghina Nabi Muhammad SAW, menurut satu temu ramahnya dengan akhbar New York Times.
Dalam komen umum pertama sejak filem berdurasi selama 14 minit bertajuk Innocence of Muslims mencetuskan kemarahan pada September lalu, penganut Kristian tersebut, Mark Basseley Youssef memberitahu New York Times, dia mahu mendedahkan apa yang digelarnya ‘kebenaran sebenar’ dan meningkatkan kesedaran mengenai keganasan yang dilakukan atas nama Tuhan.
Filem itu turut menyentuh tentang sentimen anti-Amerika di negara Arab dan dunia Islam.

PENYOKONG Ultras Malaya bertindak menahan bas yang membawa pemain-pemain Harimau Malaya sebagai tanda protes berikutan kekalahan 0-3 Malaysia kepada Singapura pada kempen Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin.
DESAKAN peminat sejati Harimau Malaya yang menuntut pembaharuan skuad bola sepak kebangsaan dengan Datuk K. Rajagobal mengambil tindakan drastik meletak jawatan selaku jurulatih, bukanlah satu cerita baharu sebenarnya.
Bermula apabila skuad negara ditunjukkan jalan keluar oleh Singapura menerusi agregat 4-6 pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia pada Julai tahun lalu, kemarahan penyokong dilihat tidak lagi boleh dibendung sebaik dikecewakan lawan sama dengan keputusan 0-3 dalam aksi sulung kempen Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.

RAJAGOBAL (dua dari kanan) berbincang sesuatu dengan pengurus pasukan, Datuk Subhan Kamal (kiri) selepas skuad Harimau Malaya tewas 0-3 kepada Singapura semalam.
SKUAD ‘eksperimen’ pun tewas, inikan pula ujian sebenar. Ternyata, reputasi selaku juara bertahan Piala Suzuki AFF hanya tinggal sejarah buat Malaysia apabila gagal dalam ujian sulung kempen kali ini sebaik ‘dikerjakan’ Singapura 0-3 dalam aksi Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Dua gol ledakan kapten Singapura, Shahril Ishak pada minit ke-32 dan 37 serta jaringan lewat Aleksandar Duric pada minit ke-75 sudah cukup untuk menyedarkan skuad kendalian Datuk K. Rajagobal supaya kembali ‘berpijak di bumi nyata’ andai mahu kekal bergelar juara kali ini.
MADRID – Lebih seminggu selepas tindakan sebuah majalah Perancis, majalah satira Sepanyol pula menerbitkan karikatur menggambarkan wajah Nabi Muhammad SAW pada muka depan, langkah yang dijangka mencetuskan lagi kemarahan umat Islam.
Majalah Perancis, Charlie Hebdo menerbitkan karikaturnya selepas tercetusnya protes sedunia ekoran filem kemunculan filem Innocence of Muslims.
Edisi terbaru El Jueves muncul di pasaran semalam dengan karikatur muka depan menggambarkan beberapa Muslim berbaris dengan nombor tahanan polis masing-masing manakala kapsyennya pula menyebut “adakah sesiapa tahu rupa Nabi Muhammad.”
Laporan Reuters menyebut isu terbaru ini turut mencetuskan debat di Barat mengenai soal tapisan kandungan dan kebebasan berucap.

SEORANG penunjuk perasaan menghayunkan sebatang kayu berhampiran sebuah kenderaan polis yang terbakar dalam satu protes membantah filem anti-Islam di Karachi, Pakistan kelmarin.
ISLAMABAD – Sekurang-kurangnya 17 maut dan 229 yang lain cedera dalam satu demonstrasi ganas di Pakistan pada Jumaat ketika protes dilihat terus tercetus di negara-negara Islam bagi membantah filem Innocence of Muslims serta karikatur terbitan majalah Charlie Hebdo di Perancis yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Seramai 12 orang maut di Karachi dan lima di Peshawar. Di Karachi, seorang anggota polis maut kerana ditembak ketika pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan supaya bersurai.