Posts Tagged ‘Pilihan Raya’

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada penipuan yang dilakukan oleh Umno berhubung dakwaan bahawa Pas telah ditipu oleh Umno semasa parti itu berada dalam Barisan Nasional (BN).
Bekas perdana menteri itu berkata Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan telah menjelaskan kenapa Pas tidak boleh bersama Umno dalam usaha untuk menyatupadukan orang Melayu.
“Katanya Pas telah ditipu oleh Umno semasa Pas berada dalam BN. Bagaimana Umno menipu Pas tidak dijelaskan dengan terang,” katanya dalam entri terbaharu dalam blog beliau di www.chedet.cc hari ini.

BACHOK: Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysa (BR1M) 2.0 akan dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan iaitu pada Februari dengan kaedah penyampaian dilakukan mengikut kawasan parlimen, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Beliau berkata kementerian akan memastikan setiap rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan tersebut memperolehnya dalam tempoh itu.
“Bagi penerima yang uzur terlantar sakit atau disebabkan usia lanjut, mereka boleh menghantar wakil atau pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan masing-masing untuk menyampaikan bantuan itu kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis kursus jentera pilihan raya yang dihadiri 300 peserta di sini Jumaat.

Stadium Merdeka yang bersejarah menjadi tumpuan peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung dari jam 2 hingga 5 petang tadi. – Foto ihsan Mohd Afif Azman
SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112) yang diadakan hari ini menunjukkan mesej jelas bahawa kerajaan tidak boleh mengabaikan suara rakyat.
Katanya, hari ini seluruh rakyat bersatu hati dan bersatu suara dalam menuntut perubahan.

Noraza Muda yang ditahan dan diikat tangan di sebuah pondok rehat.
MARAN – Kembara Oren Selamatkan Felda peringkat Pahang, kelmarin kecoh apabila Ketua Penerangan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Noraza Muda yang mengetuai konvoi ditahan dan diikat tangannya.
Tindakan tersebut dilakukan bagi menghalang Noraza dan peserta konvoi memasuki kawasan Felda Kampung Awah, Chenor.

NEW YORK – Pertembungan dua lagi aliran cuaca yang bertukar menjadi taufan hampir menenggelamkan kota raya New York dan menjadikan Sandy sebagai taufan paling digeruni dalam sejarah Amerika Syarikat.
Sandy yang mulai membadai telah menyebabkan sebahagian besar kawasan rendah di Manhattan dilanda banjir sehingga bandar raya yang menjadi ikon Amerika Syarikat itu terputus bekalan elektrik.
Kira-kira 400,000 rumah terputus bekalan elektrik di kesemua lima kawasan pilihan raya bandaran iaitu dari selatan Pulau Manhattan sehingga ke kawasan 39th Street.

KUALA LUMPUR, 22 Okt — Penulis blog seks kontroversi Alvin Tan telah menggelar dirinya sebagai peminat kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (gambar) yang terlibat dalam skandal seks dengan teman wanitanya.
“Saya memandang tinggi kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, secara seksual. Kelakar bila semua perkara ini timbul,” kata Tan dalam laman Facebooknya.
Sungguhpun kenyataan Tan mengatakan dia adalah peminat Dr Chua hanyalah satu gurauan, ia juga menjadi berita yang tidak diingini kepada presiden MCA tersebut tatkala beliau akan menghadapi pilihan raya dan dalam masa sama kurang popular di kalangan masyarakat Cina.

AHMAD ZAHID (tengah) berbual dengan para penerima Sijil dan Insignia Kepakaran Kapal Selam sempena lawatan kerja bersama editor kanan media ke pangkalan TLDM Teluk Sepangar di Kota Kinabalu semalam.
KOTA KINABALU – Kementerian Pertahanan berikrar tidak akan membenarkan mana-mana pihak berterusan mempolitikkan perolehan kapal selam negara dengan menabur fitnah sehingga menjejaskan imej negara serta moral pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu khususnya pembangkang dan pertubuhan tidak berdaftar, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) harus dihentikan kerana ia bukan bahan dagangan politik.