Posts Tagged ‘Peratus’

Kuala Lumpur: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN) akan memberi komitmen sepenuhnya dalam membantu menyalurkan pembiayaan kepada usahawan kecil tempatan apabila akan meningkatkan jumlah peruntukkan pembiayaannya sebanyak RM600 juta bagi tahun ini.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Rahim Hassan berkata, jumlah peruntukkan itu dijangka dapat dimanfaatkan lebih 50,000 usahawan yang memohon.
Katanya, tahun lalu TEKUN menyalurkan RM508 juta pinjaman kepada lebih 45,000 usahawan daripada pelbagai sektor berbanding RM311 juta pada 2011.

KANGAR – Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din disahkan akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang di negeri ini.
Mengesahkan perkara itu, Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin berkata, pihaknya sudah mengemukakan tawaran bertanding kepada Haron dan mendapat maklum balas positif.
“Kita beri tawaran ini sejak 2011 lagi dan terbaru, tahun lalu. Beliau jawab secara positif menyatakan kesediaan untuk bertanding kali ketiga walaupun sudah tewas dua kali sebelum ini,” katanya.

Kira-kira 1,000 pekerja pengeluar kereta nasional, Proton di Tanjung Malim dan Shah Alam mengadakan bantahan petang ini berhubung kenaikan minimum gaji bagi kakitangan sedia ada yang sebelum ini dibayar antara RM901 dan RM1,200 dan hanya mendapat kenaikan empat peratus.
Bantahan di Tanjung Malim, bermula pada jam 5.30 petang dan berakhir sejam kemudian, ekoran pelaksanaan gaji minimum pada bulan Januari.
Timbalan Presiden Kesatuan Pekerja Proton Tanjung Malim, Azmi Jamaluddin berkata, pekerja peringkat rendah sebelum ini memperolehi gaji RM600 tetapi kini mendapat kenaikan RM300 berikutan pelaksanaan gaji minimum.

Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kiri) pada majlis Pengumuman Bonus Jubli Emas Tabung Haji 2012 di Lembaga Tabung Haji di Kuala Lumpur, hari ini. – Foto Bernama
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan bonus tahunan 6.5 peratus dan bonus khas 1.5 peratus, akan dibayar pada 10 Februari ini kepada 8.2 juta pendeposit.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sempena Sambutan Jubli Emas TH, pengurusan TH memberi hadiah istimewa kepada para pendeposit.

William Yau Zhen Zhong
SUBANG JAYA – Polis sahkan mayat kanak-kanak ditemui di jeti Kampung Sungai Sireh Pelabuhan Klang malam tadi adalah William Yau, 6, yang dilaporkan hilang di Putra Heights minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, ia berdasarkan pengecaman dibuat kedua ibu bapa mangsa, Goh Ying Ying dan Yau Kok Kang di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pagi tadi.
Bagaimanapun, menurutnya pihak polis masih menunggu ujian DNA, yang dijangka diperoleh dalam tiga hari lagi untuk pengesahan lanjut.

Asisten Komisioner (ACP) Yahaya Ramli pada sidang media di Balai Polis Subang Jaya.
SUBANG JAYA: Polis memberi kepastian hampir 75 peratus bahawa mayat kanak-kanak yang ditemui di Pelabuhan Klang adalah William Yau.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Yahaya Ramli bekata, ia berikutan keluarga William mengenal pasti mayat mangsa berdasarkan parut di hadapan dan belakang kepala serta seluar pendek yang dipakainya.

ALI (kiri) bersalaman dengan sebahagian penjawat awam pada majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara 2013 di PICC, Putrajaya semalam.
PUTRAJAYA – Kerajaan dijangka mengumumkan penetapan gaji dua hingga lima peratus bagi penjawat awam yang sudah mencapai tahap gaji maksimum atau ‘gaji mati’ pada Februari ini, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa.
Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang membuat kajian teliti bagi menangani masalah penjawat awam yang berprestasi baik dan cemerlang dengan markah 80 peratus ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) mereka tetapi sudah mencapai gaji maksimum dan tidak memperoleh kenaikan pangkat kerana tiada kekosongan.