Posts Tagged ‘Pada Tahun’

Belanja kahwin di AS mahal, sekitar RM83,140

Posted on the March 25th, 2012 under Luar Negara by

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Purata kos perkahwinan di AS kini mencecah AS$27,021 (RM83,140), tidak termasuk belanja percutian bulan madu, menurut laman web perkahwinan TheKnot.com dan Wedding Channel.com.

Kota metropolitan ini yang mencatat perbelanjaan perkahwinan sekitar AS$65,824 (RM202,701) muncul bandar raya termahal untuk berkahwin di AS.

Negeri Virginia Barat pula merekodkan kos perkahwinan paling murah di negara kuasa besar berkenaan iaitu purata AS$14,203 (RM43,716).

Ken Livingstone bersumpah akan jadikan London sebagai pusat bandar Islam

Posted on the March 22nd, 2012 under Luar Negara by

Datuk Bandar London dari Parti Buruh, Ken Livingstone, bersumpah untuk mengubah bandar London menjadi sebuah pusat bandar Islam dan mendidik rakyat London tentang keyakinan Islam.

“Langkah ini akan membantu bandar kami sebagai ciri dan standard yang menunjukkan erti dari kata-kata bijak Nabi Muhammad,” kata Livingstone dalam ucapannya di Masjid Finsbury Park yang dipetik daripada The Daily Telegraph pada Isnin, 19/03/2012 lalu.

Livingstone juga berjanji untuk “mendidik warga London” tentang Islam.

559 Calon SPM 2011 Peroleh Semua A+

Posted on the March 21st, 2012 under General by

PUTRAJAYA: Seramai 559 daripada 468,808 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata, pencapaian keseluruh pelajar dalam peperiksaan terus meningkat sejak empat tahun lalu.

“Pencapaian keseluruhan sekolah juga meningkat, apabila bilangan sekolah dalam kategori ‘cemerlang’ dan ‘baik’ masing-masing meningkat sebanyak 13 dan 60 buah sekolah,” katanya ketika mengumumkan SPM 2011 Keputusan analisa di Kementerian Pelajaran di sini, Rabu.

Happy tampil ceriakan skuad Terengganu

Posted on the March 16th, 2012 under Sukan by

FAIROSE (tiga dari kanan) menyerahkan tajaan kepada Che Mat Jusoh pada satu majlis ringkas di Kuala Terengganu semalam.

REPUTASI yang dibina pasukan Terengganu musim ini terus mendapat perhatian syarikat luar untuk tampil memberi tajaan.

Semalam, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mendapat satu lagi tajaan iaitu daripada syarikat telekomunikasi terkemuka Pantai Timur, happy menerusi kontrak sehingga penghujung tahun ini.

Imam mati ketika masjid dibakar

Posted on the March 14th, 2012 under Luar Negara by

BRUSSELS, Belgium – Sebuah masjid dekat sini yang dibakar dengan sengaja telah mengakibatkan seorang imam mati, kata pihak berkuasa kelmarin.

Jurucakap Pejabat Pendakwa Raya Brussels, Jean-Marc Meilleur berkata, seorang lelaki telah ditangkap.

Menurutnya, lelaki yang yang ditangkap itu merupakan seorang Muslim yang dilahirkan pada tahun 1978.

Beliau berkata, lelaki berkenaan yang bersenjatakan pisau dan kapak turut menyimbah bahan bakar dipercayai sebagai petrol.

Irma Hasmie Sahkan Bakal Bertunang

Posted on the March 13th, 2012 under Artis by

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie mengesahkan bakal bertunang dengan jejaka pilihan hatinya pada tahun ini namun enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut.

Irma dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online berkata, dia akan menjelaskan butiran mengenai jejaka berkenaan kepada umum semasa majlis pertunangan itu nanti.

“Ya, Insya-Allah (akan bertunang), cuma tunggu masa majlis nanti baru saya akan cerita,” ujarnya ringkas.

Ramai Tentera AS bunuh diri selepas balik dari Iraq

Posted on the March 9th, 2012 under Luar Negara by

Penelitian para doktor tentera Amerika Syarikat (AS) berkata, jumlah kes bunuh diri di Angkatan Darat AS melonjak 80 peratus setelah pencerobohan Iraq.

Menurut Jurnal Britain ‘Injury Prevention’ yang diterbitkan pada Khamis, (8/3) sebelum 2003 peratusan kes bunuh diri Angkatan Darat (AD) AS jauh di bawah masyarakat awam. Namun pada 2004 setahun selepas pencerobohan AS ke Iraq, angka bunuh diri itu terus naik tajam.

Pada 2008, lebih kurang 140 perajurit AD bunuh diri. Angka 2008 ini menunjukkan peningkatan 80 peratus dari tahun 2004, catat artikel dalam jurnal tersebut. Laporan lain jurnal itu juga mencatat peningkatan angka bunuh diri yang dilakukan oleh masyarakat awam.

Menurut jurnal tersebut, angka ini terus meningkat, belum pernah terjadi sebelumnya, selama 30 tahun catatan AD AS.