Posts Tagged ‘Pada Tahun’

Batu ajaib berharga RM100,000

Posted on the April 18th, 2012 under Tempatan by

AH TIAM menunjukkan sebutir batu permata palsu pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Terengganu di Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Orang ramai khususnya warga emas dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan penjualan batu permata atau batu delima yang kononnya berkuasa ajaib sehingga mampu menyembuhkan penyakit mahupun dijadikan ubat pengasih.

Ia ekoran polis menerima 11 kes sepanjang tahun lalu yang melibatkan kerugian RM200,000 melibatkan mangsa yang membeli batu kononnya mempunyai kuasa ajaib.

Masjid Agung Djenné, bangunan lumpur terbesar di dunia!

Posted on the April 18th, 2012 under Luar Negara by

Masjid Agung di Djenné, Mali bukan sahaja bangunan lumpur terbesar di dunia , tetapi juga sebuah model arkitektur mesra alam yang berterusan. Meskipun pada saat masjid ini dibina semasa pemerintah kolonial Prancis pada tahun 1906, namun ciri-ciri gaya Afrika diterapkan pada bangunan masjid tersebut. Bahkan, masjid ini dianggap oleh banyak orang sebagai salah satu contoh gaya arkitektur terbaik yang ditemui  di daerah Sahel yang sangat kering dan daerah Sudan di  selatan Sahara, dimana pengaruh Islam sangat kuat. Contoh lain termasuk Masjid Agadez  di Niger dan Masjid Larabanga di Ghana.

Pembinaan Masjid Djenné ini dianggarkan dibina antara tahun 1200 dan 1330. Hanya didengari cerita lisan tiada rekod awal ditemui tentang tarikh sebenar pembinaannya. Dokumentasi bertulis pertama ditemui tentang Masjid Djenné ini adalah pada tahun 1828 ketika pengembara dari Perancis René Caillié melihatnya.

Cabaran Islam menghadapi tentangan di Korea

Posted on the April 16th, 2012 under Luar Negara by

Demi menunjukkan jati diri sebagai muslim, komuniti Muslim di Korea Selatan sedang Berjuang untuk mengatasi cabaran yang ditimbulkan oleh pihak media.

Ada sinar Islam yang sebenarnya, tetapi tidak terlihat di media,” kata Shariq Saeed,penduduk yang telah sembilan tahun menetap di Seoul dari Pakistan, mengatakan pada Korea Times Umat, 13 April.

“Islam yang sebenar adalah apa yang kita lihat di sekitar kita di sini, saudara-saudara (muslim) hidup aman damai.”

1.4 juta berisiko hilang kaki

Posted on the April 8th, 2012 under Kesihatan by

PENGALAMAN kehilangan kaki sama ada akibat penyakit diabetes atau kemalangan pasti meninggalkan kesan trauma yang berpanjangan. Seorang pesara sebuah syarikat percetakan di ibu negara, Azmir Abu Bakar, 57, tidak pernah menyangka kakinya terpaksa dipotong pada tahun pertama persaraannya tahun lalu.

“Luka itu bermula di jari kaki kanan saya dan ia merebak begitu pantas. Dalam tempoh beberapa minggu ia sudah bernanah dan membusuk,” kata Azmir yang kini kudung kaki hingga ke paras lutut.

Pembedahan membuang kaki itu dilakukan November lalu iaitu 12 tahun selepas Azmir dikesan menghidap diabetes.

Bakal bangunan tertinggi Eropah terbakar

Posted on the April 4th, 2012 under Luar Negara by

SEORANG anggota bomba berdiri dekat bangunan Vostok yang terbakar di tingkat 65 di Moscow kelmarin.

MOSCOW – Tingkat teratas bangunan pencakar langit Vostok yang dalam pembinaan di sini terbakar kelmarin.

Ia akan menjadi bangunan tertinggi di Eropah jika siap dibina sepenuhnya pada tahun 2013.

Pemuda lumpuh dituduh rogol pelajar 15 tahun

Posted on the April 2nd, 2012 under Tempatan by

KUALA TERENGGANU — Seorang pemuda yang lumpuh dari pinggang ke kaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana dituduh merogol seorang pelajar berusia 15 tahun sebanyak tiga kali pada November tahun lepas.

Mohd. Sapawi Ismail, 27, yang terpaksa berkerusi roda ketika dihadapkan di hadapan Hakim Zainal Abidin Kamarudin, merupakan bekas tenaga pengajar aktiviti selam skuba sebelum mendapat penyakit lumpuh pada tahun 2010.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd. Sapawi didakwa merogol pelajar itu di rumahnya di Kampung Beting Lintang di Kampung Raja, Besut, antara 8 malam dan 11 malam 27 November lepas.

Radhi OAG Mohon Jangan Sentuh Kisah Peribadi

Posted on the March 28th, 2012 under Artis by

Radhi OAG trauma dengan liputan meluas media mengenai hal peribadinya. - Foto oleh BRIAN MOH

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan OAG, Radhi merayu agar kisah peribadi terutamanya yang berkaitan cerita bekas isteri atau kekasihnya tidak diperkatakan secara meluas seperti sebelum ini.

Ini kerana, ujar penyanyi berusia 34 tahun itu, liputan dan pendedahan yang berleluasa mengenai isu keretakan rumah tangga bersama bekas isteri Shazlin Sharif sejak lima tahun lalu meninggalkan perasaan trauma kepadanya.