Posts Tagged ‘Olimpik’

Janji ‘kerat’ Johari Pain versi kedua

Posted on the August 24th, 2012 under Tempatan by

Kenyataan ‘berani mati’ individu yang menggelar dirinya, Jat Raindy yang tersebar di Facebook, semalam, mengundang perasaan marah peminat bola sepak Kedah

SELEPAS tewasnya juara treble 2007 dan 2008, Kedah pada aksi pertama kumpulan B Piala Malaysia kepada Juara Liga Premeir 2012, ATM 2-0 di laman sendiri kelmarin, seorang lelaki yang menggelar dirinya Jat Raindy sanggup memotong kemaluannya jika Kedah berjaya di dalam saingan Piala Malaysia.

Terdahulu, Jat telah menulis tentang kekecewaannya di laman sosial Facebook serta mendakwa skuad Kenari layak jatuh ke saingan Liga Perdana berdasarkan prestasi yang tidak konsisten yang ditunjukkan.

Chong Wei mohon maaf klip video hina Lin Dan

Posted on the August 12th, 2012 under Sukan by

BEIJING – Datuk Lee Chong Wei memohon maaf berhubung klip video penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee yang menghina bintang badminton China, Lin Dan.

“Saya memohon maaf atas video tersebut, saya juga tidak tahu apa-apa tentang lagu itu, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua, diharap peminat (badminton) China boleh memaafkannya,” kata Chong Wei dalam laman web peribadinya di “microblogging” weibo, laman web di China yang bersamaan dengan Twitter.

Baru-baru ini, Namewee memuat naik klip video ciptaannya di laman web yang mengandungi maki-makian dalam bahasa Hokkien terhadap Lin Dan selepas Chong Wei kalah 21-15, 10-21, 19-21 kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik London, di Arena Wembley.

Atlet berpuasa tetap menang emas di Olimpik 2012

Posted on the August 9th, 2012 under Agama,Sukan by

Atlet warga Britain yang berasal dari Somalia iaitu Mohammad Farah atau lebih dikenali dengan gelaran Mo Farah telah memenangi pingat emas acara larian 10,000 meter di Olimpik London 2012. Mo Farah berkata “Selama Ramadhan, saya berpuasa, meski hal itu bukan sesuatu yang mudah bagi olahragawan”.

Mo Farah, Puasa Berbuah Medali Emas
Rabu, 08 Agustus 2012

LONDON – Mo Farah menciptakan sejarah baru saat mampu finis di urutan pertama nomor marathon 10 ribu meter putra. Pelari keturunan Somalia itu meraih medali emas dengan membukukan waktu 27 menit 30,42 detik. Adapun medali perak diraih pelari AS, Galen Rupp dan medali perunggu diperoleh Tariku Bekele dari Ethiopia.

Nilai pingat emas sekiranya Lee Chong Wei berjaya

Posted on the August 4th, 2012 under Tempatan by

Sebutir pingat emas Olimpik 2012 ini akan mempuyai nilai jutaan ringgit sekiranya Lee Chong Wei berjaya merangkulnya esok. Limpahan ganjaran menanti Chong Wei sekiranya beliau membawa pingat berharga itu termasuk wang tunai RM2 juta dan tambahan RM1 juta dari kerajaan menerusi skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) dan RM1 juta lagi dari syarikat perabot tempatan, 3V Holdings Sdn Bhd.

Malah jongkong emas seberat 12.5kg bernilai lebih RM2 juta turut ditawarkan Pengerusi Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) Datuk Seri Andrew Kam dan elaun sebanyak RM5,000 sebulan kepada pemenang pingat emas Olimpik negara sepanjang hayatnya.

Penghinaan Terhadap Nabi Musa A.S di Olimpik 2012

Posted on the July 31st, 2012 under Agama,Luar Negara by

Gambar di atas: Dikatakan bahawa Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya di Sungai Nil kerana bimbang akan tentera Firaun yang akan membunuh mana-mana bayi lelaki yang lahir pada masa itu. Lihat gambar bayi itu, yang sedang tidur dan dibawa secara perlahan-lahan upacara pembukaan Olimpik 2012, menggambarkan bahawa bayi tersebut adalah Nabi Musa A.S yang sedang dihanyutkan diatas Sungai Nil ketika waktu malam.

Chong Wei mungkin dirawat luar negara

Posted on the May 23rd, 2012 under Sukan by

Lee Chong Wei di sambut oleh Menteri Belia Dan Sukan, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek setibanya di KLIA. - Foto : Safwan Mansor

PEMAIN nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mungkin akan dihantar ke luar negara untuk menjalani rawatan sekiranya tiada alternatif lain.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, ia merupakan jalan terbaik buat pemain harapan negara menghadapi Olimpik London untuk merawat kecederaan di bahagian buku lali kanan.

Chong Wei tumbang di Terbuka India

Posted on the April 30th, 2012 under Sukan by

APA sudah jadi dengan jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei?Adakah kecederaan di bahagian bahu kanan yang di alaminya sebelum ini masih menghantui pemain No. 1 dunia itu.

Semalam, Chong Wei menerima tamparan hebat apabila gagal dalam misi mempertahankan kejuaraan pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka India 2012.