Posts Tagged ‘Ogy’

Ogy Batal Saman: Johan Enggan Beri Komen

Posted on the March 18th, 2012 under Artis by

Johan (Raja Lawak).

PETALING JAYA: Pelawak dan penyampai radio Era FM, Johan (Raja Lawak) enggan mengulas mengenai keputusan pelakon, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy yang membatalkan hasrat untuk menyamannya.

Johan berkata, hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan akhbar dan tidak berhasrat untuk bercerita panjang mengenai kes tersebut.

No comment,” ujarnya kepada mStar Online.

Ogy Batal Hasrat Saman Johan Raja Lawak

Posted on the March 14th, 2012 under Artis by

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) telah membatalkan hasratnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelawak Johan (Raja Lawak) kerana berpendapat enggan memanjangkan isu tersebut.

Terdahulu, aktres itu dilaporkan berasa kecil hati dan terhina akibat sikap celupar mulut pelawak itu yang mempersendakan Allahyarham ibu bapanya iaitu seniman Datuk Ahmad Daud dan Datin Saadiah ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) lalu.

Ogy berkata keputusan itu diambil kerana dia sudah berasa sejuk hati dan memaafkan keterlanjuran pelawak itu.

Johan enggan komen

Posted on the December 1st, 2011 under Artis by

TIADA angin tiada ribut tiba-tiba Johan Raja Lawak, 27, dikejutkan dengan berita Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy ingin menyamannya kerana terguris dengan kata-kata yang berbaur penghinaan yang dilemparkan Johan ke atas dirinya dan kedua-dua ibu bapanya pada malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) pada 20 November lalu.

Umum mengetahui Ogy dan Johan atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz merupakan pengacara pada malam FFM24.

Walaupun, penonton melihat senario gurauan kedua- dua pengacara serba boleh itu menjadi di atas pentas, namun apabila majlis tersebut tamat ada amarah yang tersimpan di benak Ogy kepada Johan sehingga bekas isteri kepada pelakon Eman Manan itu bertindak untuk menyaman Johan.

Kes saman, Johan tunggu masa

Posted on the November 28th, 2011 under Artis by

Kata pepatah Melayu, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Mungkin sesuai dikaitkan dengan isu kes saman membabitkan primadona Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) dan Johan Raja Lawak ini.

Rasa tidak puas hati Ogy timbul semasa Festival Filem Malaysia Ke-24 (FFM24) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ahad lalu.

Dakwa Ogy dalam sebuah akhbar semalam, Johan telah mengaibkannya di hadapan penonton termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis berlangsung.