Posts Tagged ‘Minit’

Taring hampir terbenam di leher

Posted on the February 12th, 2013 under Tempatan by

Gua Musang: “Sepanjang 15 minit bergelut dengan haiwan itu, saya hanya ingat mati, malah hampir pengsan menahan sakit akibat dicakar di seluruh badan,” kata buruh ladang, Alip Abil, 33, yang bertarung dengan seekor harimau kumbang bagi menyelamatkan nyawanya di ladang sawit Felda Perasu, dekat sini, pagi kelmarin.

Apabila taring haiwan ganas itu hampir terbenam di lehernya, Alip berjaya diselamatkan seorang rakannya dalam kejadian jam 8.30 pagi itu.

“Dalam keadaan lemah, saya menjerit meminta tolong dan mujur seorang rakan datang menjolok kayu ke mulut harimau kumbang itu yang hampir menggigit tengkuk saya,” katanya.

Shila Amzah dilapor hilang sudah ditemui

Posted on the February 10th, 2013 under Artis by

Wajah Shila di dalam klip YouTube yang dimuat naik, kelmarin.

SHAH ALAM – Polis mengesahkan penyanyi popular, Shila Amzah, 23, telah ditemui semula, beberapa jam selepas dilaporkan hilang sejak enam hari.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, pihaknya dimaklumkan tentang penemuan itu oleh bapa Shila, ND Lala sendiri semalam.

Ekspres Sinaran Utara tergelincir, lebih 150 terkandas

Posted on the February 10th, 2013 under Tempatan by

BUKIT MERTAJAM — Lebih 150 penumpang kereta api Ekspres Sinaran Utara terkandas selepas tergelincir di Kampung Baru, di sini hari ini ketika dalam perjalanan dari Butterworth ke Kuala Lumpur.

Dalam kejadian 2.20 petang itu, lokomotif kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang membawa 10 gerabak penumpang itu turut mengalami kebakaran kecil dipercayai akibat kebocoran diesel.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam, Rejab Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2.25 petang dan sebuah jentera bersama enam anggota tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.

“Ketika pihak bomba sampai, kelihatan kepulan asap tebal di bahagian hadapan yang menempatkan enjin kereta api dan kita berjaya mengawal api pada 2.47 petang sebelum ia dipadamkan sepenuhnya 36 minit kemudian,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Ibu tunggal 9 anak dicekup bogel

Posted on the January 31st, 2013 under Tempatan by

BESUT – Usaha seorang wanita berusia 54 tahun bersembunyi di bawah katil untuk mengelak diberkas pasukan pencegah maksiat di sebuah rumah dekat Kampung Anak Musang, Jabi di sini, gagal apabila ditangkap dalam keadaan berbogel.

Wanita berstatus ibu tunggal yang dikatakan sudah mempunyai sembilan anak itu hanya menutup badannya dengan kain selimut ketika bersembunyi.

Sepasukan pegawai dan anggota Penguat kuasa Syariah Pejabat Agama Daerah Besut membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di kampung itu jam 12.05 malam selepas mendapat maklumat orang ramai.

Pegawai Agama Daerah, Azmi Tengah berkata, ketika sampai di depan rumah, anggotanya mendapati pintu utama rumah tertutup rapat dan berkunci dari dalam.

Harimau Muda teruskan rentak kemenangan

Posted on the January 31st, 2013 under Sukan by

Jaringan awal perlawanan oleh Izzaq Faris dan jaringan Rozaimi pada minit ke-39 berjaya memberikan kemenangan kepada Harimau Muda menentang Brisbane Lions SC di Queensland Athletics and Sports Center.

Selepas menumpaskan Palm Beach Sharks 5-1 pada Sabtu lepas, Harimau Muda bertemu dengan pihak lawan yang lebih sukar untuk diatasi pada aksi persahabatan yang kedua.

Jurulatih, Ong Kim Swee telah menurunkan kebanyakan pemain simpanan bagi perlawanan menentang Brisbane Lions untuk memberi lebih peluang kepada mereka.

Peniaga makanan miliki syiling berusia 214 tahun

Posted on the January 29th, 2013 under Tempatan by

RUZAMAN menunjukkan syiling AS tahun 1799 dan laporan Kosmo! mengenai lelongan syiling di New York yang hampir sama dengan syiling miliknya di Selayang semalam.

SELAYANG – Seorang peniaga makanan di sini, Ruzaman Zakaria mendakwa memiliki dua keping duit syiling perak lama yang dipercayai berusia antara 138 hingga 214 tahun.

Menurut Ruzaman, 40, syiling berkenaan diperolehnya kira-kira 12 tahun lalu yang diberi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika dia pulang daripada berniaga di Rawang, Selangor.

Dibelasah ulat tiket di Pudu

Posted on the January 22nd, 2013 under Tempatan by

Gambar kiri, tempat mangsa dibelasah ulat tiket. Kanan, Ahmad menceritakan kisahnya kepada wartawan Harian Metro.

Kuala Lumpur: Kebiadaban sekumpulan samseng ‘ulat tiket’ yang bergerak aktif di Pudu Sentral, di sini, bagai sampai di kemuncaknya apabila mereka sanggup membelasah penumpang jika tawaran membeli tiket bas tidak diendahkan.

Malah, menjadi satu kebiasaan apabila penumpang turut dimaki-hamun kumpulan terbabit sebelum dipukul beramai-ramai.