Posts Tagged ‘Mengundi’

Rakyat Digesa Daftar Sebagai Pengundi Sebelum 31 Disember

Posted on the December 13th, 2012 under Tempatan by

PETALING JAYA: Anda hanya mempunyai 19 hari sahaja lagi untuk mendaftar sebagai pengundi jika mahu membuang undi pada pilihan raya umum ke-13 yang mungkin diadakan antara Februari dan Mei tahun depan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggesa semua rakyat Malaysia yang layak dan masih belum mendaftar sebagai pengundi untuk berbuat demikian sebelum 31 Disember ini bagi membolehkan senarai nama dimasukkan dalam suku keempat 2012 yang dijangka akan diwartakan pada Februari ini.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata mereka yang gagal berbuat demikian tidak akan dapat mengundi jika pemilihan diadakan sebelum senarai pengundi seterusnya dikemaskini dan diwartakan pada Mei 2013.

Israel marah status baharu Palestin

Posted on the December 1st, 2012 under Luar Negara by

SEJUMLAH penduduk bersorak bagi meraikan status baharu Palestin di Ramallah, Tebing Barat kelmarin.

BAITULMUQADDIS – Kejayaan Palestin memperoleh status di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara pemerhati bukan anggota di PBB telah mencetuskan kemarahan pelbagai pihak di Israel.

Perhimpunan Agung PBB kelmarin mengundi dengan 138 negara menyokong, sembilan menentang dan 41 buah lagi berkecuali.

Najib enggan ulas isu hilang kerja kerana hudud

Posted on the October 19th, 2012 under Politik by

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang mendakwa 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan.

“Saya tak nak komen (perkara itu),” katanya ringkas dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini.

Kenyataan Chua semalam menerima kritikan keras daripada PAS dan NGO pendesak Melayu PERKASA.

Janda ‘dimatikan’ sejak 11 tahun yang lalu

Posted on the August 3rd, 2012 under Tempatan by

JOHOR BAHRU: “Saya umpama hantu bernyawa. Walaupun masih hidup, tetapi ‘dimatikan’ oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” kata Siti Salbiah Kasmori, 45, yang mengalami pelbagai kesukaran dalam kehidupan kerana di dalam rekod JPN, dia sudah meninggal dunia 11 tahun lalu.

Ibu tunggal itu berkata, sejak kesilapan itu berlaku 11 tahun lalu, dia sudah membuat aduan kepada kepada JPN tiga kali pada 2001, 2006 dan 2008, namun masalah itu belum diselesaikan.

“Masalah ini menyukarkan hidup saya. Lebih teruk, saya tidak boleh menerima pencen arwah suami kerana secara rasminya saya sudah mati. Selain itu, saya risau keluar rumah kerana bimbang ditahan polis.

Lagu tema kemerdekaan paling buruk dalam sejarah negara

Posted on the July 29th, 2012 under Politik by

Saya tertarik untuk mengulas tentang lagu tema sambutan kemerdekaan negara ke-55 yang kini sedang hangat diperkatakan di kalangan rakyat khususnya anak muda Malaysia.

Jika diteliti respon dan sambutan di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan laman-laman blog, ternyata lagu Janji Ditepati yang mana liriknya ditulis oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim ini diperlekeh dan dijadikan bahan jenaka oleh khalayak internet khususnya di kalangan anak-anak muda.

Semakan saya di laman YouTube mendapati, setiap video yang memaparkan lagu ini menunjukkan bilangan pengunjung yang mengundi untuk tidak menyukai (dislike) jauh lebih tinggi berbanding pengunjung yang mengundi untuk menyukai (like) video lagu ini.

Undi BN dapat lebih pahala?

Posted on the July 27th, 2012 under Politik by

KOTA BHARU- Pemuda Umno Kelantan menyifatkan pengundi yang akan mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang akan mendapat lebih pahala daripada apa yang mereka peroleh berbanding mengundi Pas.

Ketuanya, Anuar Safian berkata, pihaknya memberi jaminan jika Pas tidak berbuat apa-apa kemajuan dalam Islam dan bangsa Melayu di negara ini, mereka tidak boleh mendabik dada dengan mengatakan rakyat akan mendapat pahala apabila mengundi parti itu.

“BN terbukti banyak mengotakan janji dan menggerakkan syiar Islam di negara ini.

Berdosa Jika Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji

Posted on the June 27th, 2012 under Agama,Politik,Tempatan by

Oleh: Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID)

Kami, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut :-

Di dalam system demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair. Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu di jamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai.

Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar Negara.