Posts Tagged ‘Melanda’

Masih Aku Cinta ‘hadiah’ Shila buat Sharnaaz

Posted on the February 15th, 2013 under Artis by

SELEPAS lagu ciptaan pertamanya, Patah Seribu menjadi hit tahun lalu, penyanyi popular, Shila Amzah muncul dengan lagu terbaru berjudul Masih Aku Cinta, di sebalik isu berkaitan cintanya yang masih hangat diperkatakan.

Menerusi laman mikro Twitternya hari ini, Shila memperkenalkan lagu tersebut kepada peminatnya.

Ekoran konflik yang melanda hubungan cintanya dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad baru-baru ini, lagu tersebut dikatakan dituju buat kekasihnya itu.

Shila Amzah Buat Persembahan Selepas ‘Menghilangkan’ Diri

Posted on the February 11th, 2013 under Artis by

PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah yang mencetuskan kontroversi susulan kehilangannya sejak enam hari lalu tidak menghampakan peminat-peminatnya apabila dia muncul membuat persembahan di Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia.

Menurut laporan akhbar Berita Harian pada Isnin, Shila telah memberikan persembahan yang cukup bertenaga di Sekolah Tinggi Han Chiang di Pulau Pinang, tengah hari Isnin walaupun kemelut cinta bersama Sharnaaz dan keluarganya masih lagi belum selesai.

Penyanyi itu membuka tirai dengan menyanyikan lagu berbahasa Mandarin, dan lagu berbahasa Inggeris Adele, Set fire to the Rain selain lagu Patah Seribu.

Khazanah Zimbabwe hanya tinggal RM651

Posted on the January 31st, 2013 under Luar Negara by

HARARE – Sukar untuk dipercayai! Tetapi ini yang dialami oleh Zimbabwe, negara benua Afrika sekarang.

Akaun awam negara itu hanya tinggal AS$217 (RM651) selepas membayar gaji kakitangan kerajaan minggu lalu, demikian menurut Menteri Kewangan, Tendai Biti.

“Minggu lalu, apabila kami membayar kakitangan awam, hanya tinggal AS$217 di perbendaharaan,” kata Biti di sini semalam.

“Kewangan kerajaan lumpuh sekarang. Kami gagal mencapai sasaran kami,” kata beliau lagi.

Kenyataan tak tuju pada Rita

Posted on the January 22nd, 2013 under Artis by

Kuala Lumpur: “Kenyataan di Twitter itu bukan menghina atau dituju kepada Rita Rudaini tetapi ia untuk orang lain. Status itu juga tiada kena mengena dengannya,” kata pelakon, Lisdawati Nazaruddin, 34.

Itu penjelasan diberikan Lisdawati berhubung kenyataan yang dipaparkannya di Twitter, semalam sejurus kesal dengan tindakan individu tertentu yang dikatakan memfitnah suaminya, Fauzi Nawawi, 40.

Status di Twitter yang berbunyi ‘Hope hati2 dgn berita fitnah melibatkan Fauzi Nawawi . Anything direct to polis report bukan publisiti murahan or giler glamour’ itu membuatkan ramai tertanya siapa yang dimaksudkan.

Ribut salji landa Baitulmuqaddis

Posted on the January 11th, 2013 under Luar Negara by

RIBUT salji melanda Amman, Jordan semalam.

BAITULMUQADDIS – Ribut salji yang jarang berlaku telah melanda kawasan utara Israel dan melumpuhkan pengangkutan awam di Baitulmuqaddis semalam.

Ia merupakan ribut salji yang terburuk sejak 20 tahun lalu sekali gus menyebabkan beberapa batang jalan raya dan sekolah terpaksa ditutup.

Seorang pegawai sebuah agensi bencana di Baitulmuqaddis, Elisha Peleg meminta penduduk tidak keluar ke rumah ekoran ribut salji itu.

Sonamu: HSNZ benar pesakit balik, polis Terengganu ronda pantai

Posted on the January 7th, 2013 under Tempatan by

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu akan menempatkan anggotanya di beberapa lokasi berisiko terutamanya di sekitar kawasan pantai peranginan bagi menjamin keselamatan orang ramai.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata, langkah tersebut bagi mencegah sebarang insiden berikutan ramalan angin kencang dan laut bergelora berikutan tempias ribut tropika Sonamu akan melanda beberapa kawasan Pantai Timur pada bila-bila masa.

Selain itu, katanya rondaan berkala di kawasan terbabit akan ditingkatkan dan meminta orang ramai agar tidak panik dengan ramalan awal tersebut.

“Pihak polis akan sentiasa memantau kawasan pesisiran pantai serta merekodkan paras air. Jika ia melebihi paras bahaya, kita akan mengeluarkan amaran serta merta.

30 sekolah ditutup akibat banjir

Posted on the January 2nd, 2013 under Tempatan by

BEBERAPA pelajar SMA Mahmudiah, Hulu Terengganu terpaksa pulang apabila sekolah mereka ditutup akibat banjir semalam. – Gambar Azlan Bahrum

HULU TERENGGANU – Kira-kira 12,000 pelajar gagal memulakan hari pertama sesi persekolahan tahun baru 2013 semalam apabila 30 buah sekolah di Terengganu ditutup akibat banjir gelombang kedua yang melanda negeri itu semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, daripada 31 buah sekolah yang terlibat, 23 buah adalah sekolah rendah dan bakinya tujuh sekolah menengah.