Posts Tagged ‘Masih’

Penjaga gol kebangsaan tidak hadir tuduhan khalwat

Posted on the August 3rd, 2012 under Tempatan by

PETALING JAYA – Penjaga gol skuad kebangsaan, Mohd. Farizal Marlias (gambar) yang sepatutnya dituduh di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam atas kesalahan berkhalwat dengan isteri orang tidak muncul di mahkamah semalam kerana kurang sihat.

Pegawai Pendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shafezan Rusli berkata, penjamin Mohd. Farizal, 26, iaitu Khairul Izwan Mohamed Jamaluddin hadir untuk menyerahkan salinan sijil sakit kepada mahkamah sejurus prosiding berakhir.

Terdahulu, semasa kes khalwat Mohd. Farizal yang masih bujang disebut di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad, tertuduh yang juga penjaga gol utama skuad bola sepak Negeri Sembilan tidak kelihatan begitu juga dengan pasangannya, Zaiton Othman, 29.

Rozaimi sarung jersi No.33

Posted on the August 2nd, 2012 under Sukan by

Pemain pinjaman Selangor, Rozaimi Abd Rahman akan menyarungkan jersi No.33 dalam Piala Malaysia seiring dengan ‘Misi 33′ The Red Giants.

Selangor yang kali terakhir menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2005, telah mendapatkan khidmat pemain Sabah, Rozaimi yang juga menjaringkan 10 gol bersama skuad Malaysia B22 dalam saingan Kelayakan Piala AFC.

Selepas tugas bersama skuad kebangssan menentang Arsenal dan Manchester City baru-baru ini, Rozaimi pertama kalinya menyertai sesi latihan bersama Selangor malam tadi.

Dijangkakan Rozaimi akan digandingkan dengan penyerang dari Croatia, Bosko Balaban untuk memantapkan serangan Selangor.

Penyembelihan terbaru di pinggir Damsyik, 25 dibunuh

Posted on the August 2nd, 2012 under Luar Negara by

Penyembelihan terbaru berlaku di pinggir Damsyik (1 Ogos 2012) apabila lebih 25 syuhada’ ditemui dibunuh.

Bandar ini telah diserang dan digempur sejak 6 hari lalu (serangan berlaku dari Bukit Qasiyun dan dari berek tentera yang berdekatan). Maka tindakan ini telah memaksa kebanyakan penduduk melarikan diri.

Semalam, askar rejim Syria telah memulakan operasi dengan menyerang rumah-rumah milik penduduk, mencuri, merampas harta benda dan membakar rumah-rumah. Mereka membunuh sesiapa sahaja dari kalangan penduduk awam di pertengahan jalan. Bandar tersebut kini musnah dan ranap sama sekali.

Bilangan yang terkorban mencecah puluhan orang. Terdapat dari kalangan mereka yang dibunuh dengan cara disembelih, ada yang dibakar hidup-hidup, ada yang ditembak dalam keadaan tangan diikat. Jumlah kematian setakat ini yang mampu dihitung seramai 27 orang manakala bilangan yang cedera lebih 100 orang.

Mayat bayi dalam longkang

Posted on the August 1st, 2012 under Tempatan by

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas terkejut selepas menemui mayat bayi lelaki di dalam longkang besar di Taman Salak Jaya, di sini, semalam.

Mayat bayi itu yang dipercayai baru dilahirkan dan cukup sifat serta masih bertali pusat ditemui kira-kira jam 9.30 pagi.

Menurut saksi yang enggan dikenali berkata, ketika sedang bersenam di sekitar taman, dia ternampak satu objek menyerupai manusia timbul di dalam longkang itu.

Katanya, dia terus mendekati longkang itu dan terkejut selepas melihat objek itu mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat yang timbul di permukaan air dalam keadaan mengiring.

Azarbaijan Pindah Solat Jumaat ke Hari Sabtu

Posted on the July 29th, 2012 under Luar Negara by

Jawatankuasa Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan memerintahkan kepada para khatib masjid di seluruh negara itu untuk melaksanakan solat Jumaat pada hari Sabtu. Arahan itu dikeluarkan pada 30 Jun yang lalu.

Alasan pemindahan tersebut kerana dinilai mengganggu jam kerja, di mana hari Jumaat di Azarbaijan adalah hari kerja rasmi negara itu.

Menurut pemerintah Azarbaijan, pemindahan solat Jumaat ke hari Sabtu diharapkan dapat mengurangkan beban para pegawai dan pekerja pemerintah.

Bayi kena sembelih di tempat pembuangan sampah

Posted on the July 27th, 2012 under Luar Negara by

BAYI malang dirawat di hospital tempatan di Anshan, Liaoning.

BEIJING: Seorang bayi baru lahir yang ditemui dalam plastik di tempat pembuangan sampah dengan kesan kelar di leher dilaporkan semakin pulih, semalam.

Bayi perempuan itu ditemui bersama urinya yang masih melekat diselamatkan selepas seorang lelaki yang mencari barang lusuh terserempak dengan beg plastik berkenaan di bandar Anshan, Liaoning.

Penduduk tempatan menghubungi polis sebelum bayi terbabit dikejarkan ke hospital dan keadaannya dilaporkan kritikal. Seorang saksi berkata, bayi itu masih bernafas dan denyutan jantungnya dapat dilihat.

Tak mahu puasa, tetak kepala ibu

Posted on the July 25th, 2012 under Tempatan by

TELUK INTAN: Seorang pemuda berusia 19 tahun bertindak biadab dan kejam terhadap ibunya apabila menetak kepala wanita itu dengan parang sebelum mencekik mangsa sekuat hati hanya kerana berang selepas dinasihati supaya berpuasa.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Redang Ponggor, Chenderong Balai di sini, jam 2 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, mangsa berusia 40-an memarahi anak sulungnya itu, seorang penganggur yang enggan berpuasa walaupun sudah banyak kali ditegur.